Saturday, June 26, 2021

Pengusaha filem Melayu perlu sedar ini...

 


Indokini: Pengusaha filem Melayu perlu sedar ini...

Post a Comment On: Ibnu Hasyim

1 – 4 of 4
Anonymous Anonymous said...

Filem dan video yang menanamkan fahaman kemungkaran, kesesatan, 'rosak akidah', bid'ah, tahyol dan 'khurafat, di kalangan umat Islam, terutama untuk pendidikan kanak bertujuan untuk merosakkan akidah dan melalaikan dan menyesatkan umat Islam.

Kita melihat pelbagai drama dan movie Melayu dan bukan Melayu yang berunsur ajaran sesat, maksiat seperti pergaulan bebas, hiburan nelampau, syirik, tahyul , sihir, kemaruk cinta, sikap biadab, dengki khianat, dendam, pengkhianatan, fitnah dll seolah-olah diterbitkan dan ditayangkan kepada umat Islam setiap hari dalam media massa seolah-olah bertujuan untuk merosakkah akidah dan akhlak umat Islam.

Kita percaya ini adalah dari agenda jahat Protokol Zionis untuk malalaikan dan memusnahkan akidah dan akhlak umat Islam melalui barua-barua Zionis yang berwarna hitam, sawo matang dan kuning langsat di negara Islam.

Hantu yang paling berbahaya adalah hantu kuali, hantu liberal mata satu dan hantu roket yang suka melompat-lompat.

June 25, 2021 at 3:48 PM

 Delete
Anonymous Anonymous said...

Dari kacamata Barat, Amerika khasnya. Malaysia diantara mangsa yang paling liat untuk dijinakkan.

Rasulullah saw bersabda: “Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Makkah, lalu mereka membai’at Imam al Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

Pihak Vatican mahukan semua maklumat mengenai Islam, kerana selepas kejatuhan komunis, Islam berpotensi menjadi musuh utama.

Pada tahun 1993, maka ditubuhkan The Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU) telah ditubuhkan secara rasmi di Universiti Georgetown apabila majlis tandatangan dilakukan di antara kedua pihak iaitu Hasib Sabbagh (Warga USA keturunan Arab Palestine) mewakili the Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans dan President Leo O’Donovan, mewakili Universiti Georgetown. Nurul juga melanjutkan pengajian di Universiti Georgetown ini.

Pada tahun tahun 1995, satu kumpulan ahli perniagaan dari Malaysia telah datang menyumbang sebanyak USD$2 million untuk membentuk Kerusi Malaysia di Kerusi Islam Asia Tenggara.

Perjanjian itu sebenarnya telah dibuat terlebih awal iaitu pada Oktober 1994.

Untuk lebih jelas lagi John Esposito turut mendedahkan pada 7 Oktober 1994, Anwar Ibrahim, ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah hadir ke Universiti Georgetown untuk diraikan dalam majlis penganugerahan President’s Medal.

‘Sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia’ yang menyumbang dana itu kepada Kerusi Malaysia di Kerusi Islam Asia Tenggara itu adalah sekumpulan pihak IIIT (The International Institute of Islamic Thought) yang ketika itu bekerja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Prof Amina Wadud (pernah jadi imam solat di masjid) diundang pensyarah jemputan di UIA masa itu samas Anwar jadi Menteri Pendidikan.

Sejak dari Anwar yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan beliau telah melantik rakan baiknya yang terlibat dalam penubuhan IIIT tadi, di Herdon Virginia, Amerika Syarikat, bekerja di UIA, Malaysia. Mereka yang dilantik Anwar adalah Hamid Abu Suleyman (warganegara Arab Saudi yang menetap di Amerika Syarikat) dan Dr Jamal Barzinji, (warganegara Iraq yang juga menetap di Amerika Syarikat).

Hamid dilantik sebagai Rektor UIA manakala Jamal Barzinji pula dilantik Dean, Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. Glen Simpson dari the Wall Street Journal melaporkan, Jamal Barzinji, Ahmed Totonji dan Hisham Al Talib adalah trio dari pendatang-pendatang Iraq yang mengasaskan IIIT, di Amerika Syarikat (bersama dengan Anwar Ibrahim). IIIT ditubuhkan di AS pada 1981 diasaskan oleh Dr Ismail Faruqi (di bunuh angkara aktiviti gay bersama pelajarnya), Dr Jamal Barzinji, Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji dan Anwar Ibrahim.

#bawakotakbukanpisau

---- sambung ----

June 25, 2021 at 3:58 PM

 Delete
Anonymous Anonymous said...

sambung ----

Indonesia yang mempunyai bilangan penduduk Islam teramai di dunia pun mudah mereka kuasai. Sebagai langkah menjerumuskan negara ini ke dalam situasi yang akan memenangkan mereka satu strategi khas telah disediakan.

Berpandukan apa yang terjadi di Indonesia, Jesuits menjadi agen penting dalam usaha merosakkan Islam dari dalam atas pakaian Interfaith atau persamaan kepercayaan (khususnya Islam-Kristian) dan selanjutnya bangunkan pergerakan Islam Liberal.

Dari luar akan wujud tekanan dari pihak Gereja Kristian menuntut itu dan ini dan dari dalam pula Gerakan Islam Liberal akan memberikan sokongan dan menawarkan pelbagai kelonggaran dan tolak ansur. Akhirnya Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah akan terkulai layu.

Kita perlu melihat dengan hati terbuka supaya tidak terkeliru dengan helah dan muslihat musuh.

Siapakah sebenarnya musuh kita? Kenapa ia menjadi musuh? Siapakah yang telah terpedaya? Mampukah kita membanterasnya? Selamatkah anak cucu kita dari agenda mereka? Apakah usaha yang mampu kita lakukan?

Pada Melayu Islam Malaysia harus bersikap mencurigai dan mengawasi bangau2 dan penunggang2 agama ini sedang menyimpan kuku sehingga kuasa mencengkam milik mereka.


#bangaudahpulangsuarasumbang

#bawakotakbukanpisau

June 25, 2021 at 4:00 PM

 Delete
Anonymous Anonymous said...

Ada sorg seleberiti kononnya muslim, dia sokong abam, dan dia juga bela anjing kudung. Dia lebih sayang anjing kudung banding sayang Allah. Mereka berborak ttg keadilan, tapi di mana keadilan dia pada Islam.

June 25, 2021 at 4:09 PM



Sila lihat siri Indokini:
I
II
III

19 comments:

Anonymous said...

Provokasi Pemain bolasepak Euro 2021 terhadap Albania. Albania Negara Islam yang tersisih di benua Eropah

Provokasi Pemain Bolasepak di Piala Dunia pada Albania. Link bawah

https://youtu.be/MvC653xU4iE

Albania Terus berpegang dan mengamalkan Islam. Walaupun berada di tengah-tengah Eropah, di mana agama Kristian merupakan agama majoriti bagi negara-negara Eropah, ia tidak melunturkan semangat penduduk Albania untuk terus berpegang dan mengamalkan ajaran Islam.

https://youtu.be/Dji_Zep6VD4 pemain euro 2021 menghina islam albania

Sebuah negara Islam yang dahulu menjadi sebahagian daripada Empayar Othmaniah. Setelah merdeka ia diserang dan dijajah oleh Itali. Pada penghujung perang dunia ke-2, Albania sekali lagi bebas tapi dikuasai oleh pemerintahan kuku besi puak kiri.

Pemerintah ini diketuai oleh seorang diktator, Enver Hoxha, yang menolak agama Islam sehingga sanggup mengharamkan Allah, Nauzubillah.

Rakyat tidak dibenar menganuti Islam atau apa-apa agama. Akhirnya pemerintahan puak kiri ini jatuh dan diganti dengan pemerintahan pro-demokrasi pimpinan Sali Berisha.

Terdapat kemiskinan di mana-mana sahaja. Muka penduduk muram belaka. Tirana, ibu kota, tidak menunjukkan aktiviti ekonomi. Tidak ada kedai selain kedai kopi di tepi jalan. Tidak ada kenderaan. Bangunan- bangunan ternampak tua dan uzur. Ada beberapa masjid lama yang uzur dan sunyi sepi. Tidak ada sesiapa yang menunaikan solat Jumaat atau solat waktu di situ.

Ibukota Albania Tirana masjid solat Jumaat yang tertua, Masjid Ethem Beu, di tengah Bandar Tirana. Jumlah penduduk di Albania kira-kira tiga juta orang. Menurut rekod, 70 peratus penduduknya adalah penganut Islam.

Sekarang jemaah melimpah sehingga ke tepi jalan besar jauh dari masjid. Perasaan gembira kerana Islam sudah kembali ke Negara ini. Alhamdulillah.

Jika kita ke mana sekali pun atau mengatur strategi menakluki dan memenangi perang ekonomi atau apa sekalipun jangan bawa pisau sebaliknya bawa otak.

#bawaotakbukanpisau

Anonymous said...

lupakan isu kafir mengkafir ni.... isu lama dah isu dah basi nk ulang2 bosan... klu ada timbul lagi isu kafir mengkafir masa PRU seterusnya baru kita lawan.... dah tutup nak ingat balik wat apa... isu kafir mengkafir makanan daging sembelihan umno, kubo barasingan dah tak ada lagi... itu dulu amalan syiah.... PAS dulu masa revolusi Iran Ayatullah Khomeini ramai ahli PAS hantar anak belajar di Qom Iran...

udah udah la tu... tutup trus

Kebanyakkan orang PAS yg ada bau bau ajaran dan amalan syiah dah kuar PAS tubuh PAN jadi barua DAP

Kau betul aku salah said...

Ni kesan kafir mengkafir ni ko kata x de kesan mendalam? Sila hadamkan pelan²
..Sebaliknya di Terengganu isu berkenaan masih berkembang maju. Demikian juga di Kedah. Walaupun Pas menang di Terengganu tahun 1999, tetapi ia tidak dinutralisasikan seperti mana di Kelantan yang mengendurkan isu itu selepas kejayaan Pas dalam tahun 1990. Berdasarkan realiti inilah saya mengolongkan orang Pas di Terengganu sangat fanatik berbeza dengan orang Pas di Kelantan lebih rasional.

Isu pengkafiran ini tenggelam timbul mengikut keadaan, masa dan zone politik. Di kawasan luar bandar yang mana pengetahuan umat Islam cetek mengenai agama, yang berpegang kepada penjelasan ustaz-ustaz kilas ke dalam, memegangnya sekejap mungkin. Di Terengganu negeri yang Pas diketuai Abdul Hadi Awang tidak berubah. Sebab itu kesan daripada isu berkenaan ketara di Terengganu berbanding dengan Kelantan dan Kedah hingga ke hari ini.

Kau betul aku salah said...

http://msomelayu.blogspot.com/2021/06/tawarikh-amanat-haji-hadi.html?m=1

Anonymous said...

Bagi contoh terkini isu kafir mengkafir ini berjalan trus.... bole lapur kat pulis skg ini... jgn cite banyak kita lapur pulis ramai ramai skg ....

Anonymous said...

Isu kafir mengkafir ni agenda parti liberal dan sekutunya mini zionist. Seperti biasa setiap hari akan mainkan fitnah terhadap tghh dan pas. Pada dasarnya liberal ni cetek faham dan amalan agama atau pun ringkasnya jahil. Mereka cuba bawa zaman jahiliah dengan pendekatan liberalisme. Bersekedudukan dgn mini zionist sebagai align kerana liberal dan avengalist boleh tidur sekatil dgn mimpi yg sama. Tentu bila presiden parti liberal istihar malaysia adalah negara org cina dan india, bukan negara org melayu tentunya dapat tepukan gemuruh dari cina dan india. Tapi tangis air mata dari org melayu dan peribumi. Begitulah murahnya harga moral presiden parti liberal utk rampas kerusi pm. Reformasi bagi gantikan islam dgn liberal.

Anonymous said...

Sebenarnya pemimpin-pemimpin parti Islam tidak pernah mengkafirkan umat Islam. Mereka hanya memberitahu hukum Islam tentang orang-orang yang menolak , mempertikai, menghina , mempersendakan, menfitnah atau memburuk-burukkan hukum Islam.

Apa yang kita lihat dari dahulu hingga sekarang ialah musuh-musuh parti Islam sibuk mengkafirkan umat Islam supaya umat Islam membenci parti Islam dan ulama Islam.

Sebagai contoh, lihatlah barua roket @ RBA 2.25 cuba mengkafirkan umat Islam.

Anonymous said...

Isu kafir mengkafir isu basi isu lama saja di gembar gembur kasi orng Melatu fokus pada isu bodoh tak bermanfaat ini.. move on lah wooiiii...!!

Yg teekinja nak spin otai otai reformasi nak cover isu gay LGBT pluralisma dan liberal mereka...

Move on la wooiiii..!!

Musuh kita Singapura dan proksi mereka di Malaysia dan Indonesia pun musuh yang sama..

pedulikan bangau bangau itu..

come on la wooiii...

move onn... think big..!! act big..!!

bawak otak bukan pisau


#bangaudahpulangsuarsumbang

Kau betul aku salah said...

Aikk..geng2 ko yg citer pasal kapir mengkapir..aku pulak yg dikapirkan? Untuk makluman ko..aku in orang islam yg beriman kepada Allah dan hari akhirat..so..dah terlanjur ko kapirkan aku..meh baca daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 25 Februari 1986 pasal amanat hadi.. Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985..

Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan 'politik suku, agama suku'.

Kau betul aku salah said...

..sebab tu sampai sekarang majlis jawatankuasa fatwa malaysia membuat ketetapan bahawa amanat hj hadi adalah salah dan menyeleweng. Cuma baru2 ini didapati "Amanat Haji Hadi Awang" di Banggol Peradong, Terengganu pada 1981 telah dipadamkan dari portal Jakim. Hal ini wajib dijelaskan kerana implikasi perundangan dan agama amat meluas.

Kau betul aku salah said...

Hehehe..bawak otak konon..cabutan judi 22 kali pun x leh buat apa nk bawak otak konon..Memangggil seseorang Muslim sebagai musuh Allah atau musuh Agama adalah perbuatan Takfir.. Perbuatan Takfir ini bukan saja kita mengata kepada seorang muslim “hai Kafir..” Tetapi menggelarkan mereka dengan gelaran musuh Allah.. Sebagaimana Hadis Nabiﷺ..

وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ..

” Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh…”

Kau betul aku salah said...

Contohnya pemimpin parti lebai membuat tuduhan sesama muslim seperti tuduhan PH sebagai musuh Agama.. sedangkan dlm PH tu ramai orang islam yang beriman kepada Allah dan hari akhirat..apa status orang² islam yang berada di dalam PH jika dikatakan PH musuh islam?..nyata kah permusuhan mereka itu dengan islam?..Memangggil seseorang Muslim sebagai musuh Allah atau musuh Agama adalah perbuatan Takfir.. Perbuatan Takfir ini bukan saja kita mengata kepada seorang muslim “hai Kafir..” Tetapi menggelarkan mereka dengan gelaran musuh Allah.. Sebagaimana Hadis Nabiﷺ..

وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ..

” Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh…”

Kau betul aku salah said...

..dan dah dibuat pun laporan polis ..

Kau betul aku salah said...

Tak pasti..jangan tuduh..jika kita mahu menghukum Aqidah sesama Islam, Sebagaimana yg disandarkan kepada kata kata Imam Malik..

إذا وجد تسعة وتسعون وجها تشير إلى تكفير مسلم ووجه واحد إلى ابقائه على إسلامه فينبغي للمفتي والقاضي أن يعملا بذلك الوجه…

“Jika terdapat 99 tanda yg gambaran kekafiran seorang Muslim itu, tetapi masih ada satu alasan yang menunjukkan tanda keislamannya, maka sebaiknya Mufti dan Hakim beramal dengan satu alasan tersebut… “

Aku tak rasa wan azizah dan nurul izzah lahir dari keluarga parti liberal..kau rasa?

Anonymous said...

Sedutan ucapan "Amanat Haji Hadi Awang" yang dipetik oleh Anon 2:50 AM jelas menunjukkan parti Islam PAS tidak mengkafirkan umat Islam. Haji Hadi Awang tidak berkata 'umno kafir' !

Barua-barua ternakan puak kafir harbi yang sibuk mengkafirkan umat Islam untuk menfitnah parti Islam dan menimbulkan kebencian umat Islam terhadap parti Islam dan ulama Islam.

Nampaknya puak kafir harbi roket dan barua-barua roket mereka semakin terdesak sekarang menggunakan politik persepsi untuk menimbulkan kebencian terhadap parti Islam.

Anonymous said...

Barua-barua ternakan puak kafir harbi roket sedang menfitnah parti Islam dengan mengkafirkan umat Islam dengan tujuan untuk menghasut umat Islam membenci parti Islam dan ulama Islam. Maka tuduhan kafir itu kembali kepada barua-barua roket sendiri !

Anonymous said...

Memangggil barua kafir atau barua munafik ternakan puak kafir harbi roket dengan panggilan kafir atau musuh Allah atau musuh Agama adalah bukan perbuatan Takfir.

Puak munafiqun yang menjadi barua ternakan puak kafir harbi roket juga tergolong kepada musuh Islam.

Anonymous said...

Bab kafir mengkafir ni isu basi dah lama ...

move on


bawak otak bukan pisau...

baru bole maju....

Kau betul aku salah said...

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”

..fahamlah kita kenapa imam syafie berkata demikian...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails