Thursday, June 24, 2021

Jika PH jadi kerajaan penuh...

 

Sabarlah, orang lain pun mahukan nama juga

PERNAH tak kita fikir, sebab apa pandemik ini berlaku semasa kita jadi kerajaan? Sebab apa tak berlaku semasa PH jadi kerajaan penuh? Bayangkan jika PH jadi kerajaan penuh, termasuk menang di Terengganu, macam mana dia nak ‘handle’ pandemik ini, terutama bila melibatkan pembahagian bantuan kepada rakyat.

Ingat tak mereka sehingga terpaksa mengiklankan jawatan MPKK masa itu kerana tiada akar umbi. Tidak cukup korum untuk tubuh jawatankuasa. Puas mereka cuba memujuk, baik dari Umno, apalagi PAS, tak endah untuk sertai mereka. Adalah beberapa kerat yang terliur dengan tawaran. Sehinggakan selepas kalah pun, masih ada MPKK mereka yang tidak berjaya dibentuk.

Jika ketika itu pandemik berlaku, kita boleh bayangkan kekacauan yang bakal berlaku. Dengan tidak cukup kakitangan, dengan tiada senarai penerima yang lengkap kerana PH tiada cawangan sebelum itu di mana-mana. Rakyat akan menyumpah mereka agaknya berganda-ganda lagi berbanding sekarang. Mungkin itu yang kita fikirkan. Dan PH tinggal batu nisan.

Namun, takdir menentukan ia berlaku ketika kita yang memegang kuasa ini. Berbagai jurus silat kita keluarkan bagi menepis segala macam serangan dari PH dan rakan-rakannya dengan hashtag mereka  ‘Kerajaan Gagal’. Yang akhirnya perlahan-lahan ia menjadi ‘Rakyat Gagal’ kerana terbukti kerajaan menjalankan tugas mereka, tetapi sebahagian rakyat yang berdegil.

Tetapi jauh dari itu, sebenarnya ini adalah jalan pahala yang dikurniakan Allah kepada keseluruhan jentera kerajaan yang bertungkus lumus mengagihkan bantuan kepada rakyat. JPKK contohnya dihina orang kerana dakwa mereka gagal mengagihkan bantuan kepada sasaran. Betapa besar pahala fitnah yang diperolehi mereka kerana tuduhan ini.

Ia bukan berkenaan menang atau kalah, dilihat atau tidak dipedulikan orang dengan kerja buat anda. Tetapi keikhlasan yang dituntut dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab anda semua kepada rakyat. Inilah tuntutan kepada sejauh manakah anda tahan dengan ujian dan fitnah ini.

Apabila kita mendakwa kita beriman, jangan beranganlah kita boleh duduk bebas dari ujian Allah. Allah pasti menguji kita bagi mengesahkan kebenaran iman kita itu. Kita laksanakan kerja kita, tetapi tidak dihargai orang, kita syukur. Kita buat tugasan kita, tetapi difitnah kata menyeleweng bantuan, kita sabar dan bersyukur.

Kita sudah meratakan bantuan ke seluruh sasaran yang dinamakan, namun ada lagi golongan yang berada di luar kerajaan, mendakwa masih ramai yang terjejas, dan mereka mengandar beras, tepung, minyak, susu dan berbagai lagi bahan asas makanan, ditunjukkan dalam media sosial, sekali gus menampakkan kamu, JPKK, tidak boleh diharap. Tetapi kamu semua tetap sabar dengan tuduhan itu.

Maka pahala dari lubang-lubang ini akan menaikkan darjat kamu di akhirat nanti. Sabarlah, ia tidak semudah yang diucap, tetapi dengan sabar itu, insya-Allah syurga menanti kamu. Biarlah dia masuk kampung tanpa memberi salam, atau berbincang, bertanya apa lagi keperluan yang perlu untuk diagihkan, kerana mereka juga mahukan nama mereka tersebar, dilihat wira. Mereka juga ada tujuannya. 

Bersabarlah semua sahabat yang berjuang dalam kerajaan sekarang, kerana dengan sabar, insya-Allah nama-mu sedang dipahat di syurga. Biarlah kamu tidak dikenali, tetapi amanah kamu laksanakan dengan sabar dan ikhlas hati. Semoga kamu tergolong dari kalangan orang-orang yang sabar. Bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

“Sungguh ajaib dalam urusan orang Mukmin. Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya.”

(Riwayat Muslim)

Ingatlah, Allah memilih kamu untuk ujian ini.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 22/6/2021

1 comment:

Anonymous said...

Part 4 Enemy at the gate. Ambil semula saham saham yang dijual lelong semasa Pakatan Harapan memerintah.

Hubungan pasang surut agar terus curiga mencurigai antara satu sama lain adalah agenda besar mereka agar Indonesia - Malaysia agar sentiasa tegang dan berantakan.

https://youtu.be/T-McLuK0nE0 (Indonesia harus contohi Malaysia hadapi dominasi pelabuhan di Batam dan lain2 Singapura)

Melalui media di kuasai proksi kaum Tiong Kok Indonesia mereka melakukan privokasi terhadap Malaysia. Rakyat Islam Indonesia perlu disedarkan manipulasi warga tiongkok ( kaum Cina Kristian) Indonesia.

https://youtu.be/UZI4z0eYHLo (Tiongkok tolak Jokowi)

Warga tiongkok Indonesia hanya 10% penduduk Indonesia tetapi menguasai 90% ekonomi dan media di Indonesia.

https://youtu.be/7vtdXi5GtN8 (Singapura tahan wang warga Indonesia)

Mantapkan hubungan ekonomi Indonesia - Malaysia jalan terbaik adu domba proksi Singapura melalui warga kaum Cina di kedua negara Malaysia dan Indonesia

https://youtu.be/TF1XVS32PCk (Petronas vs Pertamina)

Begitu juga Kuasai negara kita melalui proksi bangsa Cina , jika tidak Singapura tidak boleh survive.

https://youtu.be/OUxNZx0Ygxs (new order warga Cina Indonesia)

Proksi mereka adalah warganegara Cina di Malaysia dan Tiong Kok di negara tetangga Indonesia

https://youtu.be/Fh1SHDnxalw (Pertamina kalahkan Petronas, media cetus provokasi halus)

Lagi contoh jarum halus media Indonesia milik saham warga Tiongkok Indonesia utk melagakan orang Indonesia - Malaysia kerana memiliki akidah yang sama

https://youtu.be/_096eCjnXC8 (Warga China menguasai kerjaya di Indonesia wajah menteri jelas bangsa Cina)

Kuan Yew menerusi buku Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going mengenai wujudnya kempen dari luar untuk menjatuhkan negara itu kerana dianggap penceroboh selain menurutnya terdapat usaha di pihak Malaysia dan Indonesia mahu menjejaskan perniagaan pelabuhan negara berkenaan.

https://youtu.be/SJoEFd4ZUEY (Indonesia beri amaran Singapura bisa bergelap jika Indonesia hentikan supply gas.)

Sambil akan menguna kan cara saraf dan pemasangan kaki dan talibarut untuk menyusah kan Malaysia dan Indonesia, Singapura pula membina satu sistem keselamatan untuk diri nya.

https://youtu.be/nvtTIAvWggk (Charles Santiago menteri Pakatan Harapan takut dengan Indonesia Omni Laws..!!)

Mantapkan hubungan ekonomi, budaya dengan Indonesia, Thailand, Brunei dan tinggalkan Singapura lupakan Singapura..!!

Ambil semula saham saham yang di lelong murah kepada Singapura semasa 22 bulan Pakatan Harapan memerintah.

PH government undertook to sell 12 strategic assets worth RM25.6 billion, including IHH Berhad (RM8.42 billion), Sapura Upstream (RM3.7 bililon), Acibadem Sigort (RM1.25 billion), Telco M1 (RM1.65 billion), TNB shares (RM1.05 bililon), Boustead Plantation (RM1.2 bililon), Axiata Digital (RM0.579 bililon), BDO Unibank (RM0.415 bililon), CIMB (RM0.364 billion), Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) and the Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion).

The biggest joke was Khazanah’s decision to sell 16% of its stake in IHH Healthcare to Japan’s Mitsui & Co for a meagre RM8.42 billion, leaving Khazanah only 26% equity interests in the company, a share cut worth RM13.13 billion

https://youtu.be/PEz2PYYbgI8 (media indonesia luas liputan petronas 128 juta barrel)

Mencipta proksi billionaire Melayu Made In Singapura bagi menguasai ekonomi Singapura dengan bantuan Malaysia, Brunei dan Indonesia atas dasar 'meritokrasi' secara positif di Singapura.

https://youtu.be/NUXaVab_dEk (Bantuan rakyat Petronas di Indonesia)

Mantapkan jaringan dan rangkaian Kesatuan Peniaga Melayu Islam di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Tinggalkan Singapura dan Lupakan Singapura.!!

https://youtu.be/L79HorzZ_rw (massage to Muslim in Singapore dari Prof Imran Hossein)

Mantapkan dan perbaiki hubungan tetangga Indonesia. Tinggalkan Singapura dan Lupakan Singapura.!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails