Thursday, June 24, 2021

Jangan kadok kembali naik junjung, beruk naik canggung!

 

Bangkit pertahan maruah agama dan bangsa

USAHA untuk melaga-laga dan mengadu-domba sesama PAS sesama Muafakat Nasional (MN) memporak-perandakan Muafakat Nasional sedang rancak dilancarkan. Kiranya bersatulah umat Melayu Islam, teguh dan perkasalah kekuatan politiknya tatkala itu tiada ruang atau peluang bagi kadok untuk kembali naik junjung.

Perkasa kekuatan politik Melayu Islam, bermakna tonggak negara dikuasai suku yang majoriti, ini akan menjamin kestabilan negara. Terpeliharalah kesucian Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu. Dimartabatkanlah hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera. Lahirlah keadilan dan kemakmuran buat semua.

Yang bimbang akan pencapaian ini adalah gerombolan politik yang rasis dan ekstrem. Yang mahu menghapuskan kontrak sosial yang telah dibina bersama sejak Merdeka oleh nenek moyang kita. Yang menjaja agenda asing ‘Malaysian Malaysia’.

Mereka ini didukung oleh makhluk politik yang sarat dengan agenda peribadi bukannya perjuangan ummah. Yang pentingkan cita-cita dan nasib peribadi mereka bukannya nasib dan masa depan ummah. Mereka ini sanggup ditunggangi dan diperalatkan oleh mereka yang menentang perpaduan umat Melayu Islam.

Oleh itu jangan sekali-kali cenderung dan terpengaruh dengan kerja-kerja jahat ini. Akibatnya hancur tergadailah maruah agama dan bangsa. Kecundang merempat kita di bumi sendiri.

Bersamalah kita bangkit memperkasakan jajaran tunggal perpaduan ummah. Bukannya jajaran songsang yang meranapkan ummah. Ini masanya untuk kita. Ini masanya mempertahan dan menjulang harga diri ummah. Berpegang teguhlah kita akan tali Allah jangan lagi bercerai berai.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 22/6/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan biarkan kadok kembali naik junjung, beruk terhinggut-hinggut di atas canggung! Tolak 'jajaran baru', tolak DAP anti Islam dan DSAI kuda kepang DAP..

1 comment:

Anonymous said...

Setakat ni performance mp pas di parlimen superb.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails