Thursday, June 24, 2021

Atlet terjun negara umat Islam M'sia, Cheong Jun Hoong akur

 

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara umat Islam Malysia, Cheong Jun Hoong akur dengan keputusan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) yang mengesahkan tiada slot untuk dia beraksi dalam acara 10 meter (m) platform individu pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, bulan depan.

Bekas juara dunia itu berkata, walaupun kecewa namun tiada apa yang boleh dilakukannya selain menerima hakikat berkenaan.

"Perubahan peraturan selepas tamat kejohanan, tiada apa yang boleh saya lakukan. Kalau kuota sudah penuh memang tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

Kelmarin, FINA memaklumkan kepada Persatuan Renang Malaysia (MAS) bahawa tiada slot untuk Jun Hoong pada Olimpik Tokyo 2020 susulan perubahan dalam peraturan kelayakan yang dikeluarkan pada 12 Mei lalu yang mana hanya 12 kuota individu diperuntukkan berdasarkan keputusan di Kejohanan Piala Dunia FINA 2021 berbanding 18 sebelum itu.

Atlet terjun negara umat Islam M'sia, Cheong Jun Hoong akur dengan keputusan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), tetapi tidak akur dengan peraturan 'patuh syariah' yang sepatutnya diterapkan di negara ini. Na'auzubillahi minzalik! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails