Tuesday, June 22, 2021

Pemimpin 'tak cerdik' duduk bawah tempurung DAP, mana faham..

 

Tuan Guru beri peringatan bukannya ekstrem

LIM Guan Eng dakwa Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermain politik perkauman apabila menyeru para pengundi muda agar jangan lagi tertipu dengan mengizinkan Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

Kononnya kenyataan terdesak Tuan Guru itu dibuat semata-mata untuk memastikan para pengundi muda mengekalkan Kerajaan PN. Kononnya lagi Tuan Guru turut mendakwa bahawa PH telah menzahirkan sikap ekstrem mereka terhadap Islam dan pimpinannya sejurus menang dalam PRU14.

Mana yang berbaur politik perkauman dan keagamaan dalam kenyataan Tuan Guru itu? Yang kekal dalam ingatan rakyat dari hal parti yang sentiasa membangkitkan politik perkauman ini adalah DAP.

Dalam PRN Sarawak semasa berkempen seorang pemimpin DAP meminta para pengundi di sana agar mengundi calon DAP yang berbangsa Melayu untuk ‘screw Melayu’. Sehingga hari ini klip video itu ada di internet. Begitu juga seorang pemimpin DAP Perak yang menyatakan Mahathir yang tua terpaksa dipergunakan kembali untuk mengalahkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Siapakah yang lebih perkauman dan ekstremis sebenarnya? Itu baru beberapa contoh kecil.

Tuan Guru hanya mengingatkan kepada para pengundi dan kita semua agar kuasa politik kekal di tangan umat Melayu yang merupakan majoriti penduduk dalam negara, ekstremis dan perkaumankah kenyataan begitu. Umat Melayu Islam wajar pegang teraju negara, salahkah seruan begitu? Kalau PAS dan Tuan Guru perkauman apakah pula DAP dan Guan Eng?

Memastikan umat Melayu Islam mengambil keputusan yang bijak dalam berpolitik bukannya ekstrem tetapi sesuatu yang wajar. Jika mengembalikan PH bermakna dominan kembali DAP yang majoriti Ahli Parlimennya bukan-Islam, maka sesuai sangatlah para pengundi khasnya umat Melayu Islam diperingatkan, biar bumi dipijak milik kita.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/6/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bekas pemimpin PH yang tak cerdik, 'duduk bawah tempurung DAP', sempat merosakkan kerajaan 22 bulan mana faham. Bahkan patut dinyahkan dari politik Malaysia. Apa lagi bila ia mewakili partinya yang anti Islam di negara ini.

Ini 10 bukti anti Islam.. Diangkat dari sedikit maklumat komen tambahan..

1 comment:

Anonymous said...

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails