Friday, June 25, 2021

Pemandu teksi, penjaja gembira dapat sumbangan

 


KUALA KRAU: ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim telah menyampaikan sumbangan kepada para penjaja dan pemandu teksi atau kereta sewa sekitar bandar ini di Jengka Sentral, pagi semalam.

Sumbangan wang tunai ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang atas keprihatinan terhadap masalah yang dihadapi para penjaja dan pemandu teksi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ianya bertujuan meringankan beban mereka atas terjejasnya perniagaan dan operasi yang sekali gus mengurangkan pendapatan disebabkan terhadnya jualan dan kekurangan pelanggan menggunakan khidmat.

Turut hadir bersama di dalam majlis ringkas bersama Ustaz Shahril yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau pada penyerahan sumbangan ini ialah Setiausaha Majlis Daerah Maran, Wan Norizan Wan Badaruzzaman.

Ustaz Shahril di dalam ucapannya mengakui PKP kali ini yang mengenakan sekatan pergerakan penuh (SPP) telah memberi tamparan hebat kepada pendapatan seharian banyak pihak terutama golongan tersebut.

“Ada dalam kalangan mereka yang nak dapat RM20 sehari pun agak sukar dan apabila berlaku PKP lebih besar kerisauan yang melanda serta memberi kesan ke atas kehidupan dan keluarga mereka. Kita faham keresahan yang rakyat hadapi sepanjang PKP. 

“Sehubungan dengan itu kita mengharapkan sumbangan yang diberi mampu sedikit sebanyak meringankan beban para penjaja dan pemandu teksi di sini dan kita doa semoga Allah S.W.T hilangkan COVID-19 ini,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 18/6/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, walaupun tidak disebut apa dan berapa, tetapi itulah tanda prihatin rakyat. Bukan macam ada sebuah negeri tu, berlagak kaya tambak laut, tetapi kedekut. Nelayannya sendiri ditindas. Porrah! 

Kita parti orang yang berpegang kepada Islam tidak boleh begitu.. Bukan seperti parti yang anti Islam.

7 comments:

Anonymous said...

Perbezaan antara perniagaan Ebit Liew dengan anak Tun Mahathir...!?

7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Kita Tak Tahu. Apakah perniagaan yang diusahakan beliau sehingga mampu membantu orang lain dengan mudah?

Baru-baru ini, telah kecoh isu tentang harta kekayaan Ustaz Ebit Lew ini di media sosial. Ramai yang mempertikaikan dari mana datangnya wang beliau yang banyak.

Datuk Seri Najib ialah berkenaan Mirzan Mahathir yang membangunkan Konsortium Perkapalan pada tahun 1990-an yang kemudiannya diselamatkan (bail-out) oleh Petronas melalui MISC sewaktu krisis ekonomi pada tahun 1998. pembelian Konsortium Perkapalan Berhad oleh Petronas bukan 'bailout'.

Beliau berkata Mirzan Mahathir mahukan nya pada harga RM2 bilion untuk memboleh kan nya menampung hutang RM1.7 bilion beliau.

Berniaga kedai roti The Loft pun akhirnya minta nyawa untuk di bailout sesudah subuh kedai roti The Loft dibailout sebanyak RM10 juta hengget oleh tokey Cina maka Tokey Cina itu diserahkan projek Bandar Malaysia bernilai 3 billion hengget. Tak serik serik kena main dengan kaum pendatang ini.

Di sini, elok kita kongsikan perniagaan Ustaz Ebit Lew yang mungkin ramai tak tahu. Ada kedai supermarket, kedai makan, kedai fesyen muslimah dan buisness motivator.

'BERKAT' adalah berbezaan antara perniagaan Ebiet Liew dengan anak Tun. Bila tiada berkat dalam perniagaan asal saja rugi semua mintak di bailout minta diselamatkan sebab tak ada keberkatan dalam berniaga.

Anonymous said...

KALAU YA PUN KENA TIPU, JANGAN LAH BAGI TAHU SATU DUNIA


Terkini! Nazri Aziz kata dia kena tipu dengan Zahid



Nazri Aziz kata, dia ditipu oleh Zahid apabila dia umum secara terbuka tarik sokongan kpd kerajaan tebuk atap, PN. Punya la lama dlm politik, tapi mudah kena tipu? Itu bukti bahawa kebodohan itu tidak kira kamu orang lama atau baru dalam politik. Hadi lagi lama dalam politik.

Cuma, lepas ni jangan pula kata, " Saya ditipu oleh Hishamuddin kerana jadi khadam pengumpul SD untuk angkat Hisham jadi PM". Kalau ye pun ditipu, jangan la mengaku secara terbuka bahawa kamu tu bodoh piang.

Anonymous said...

Kes Covid semakin menakutkan. Kes orang bunuh diri semakin meningkat. Kemudahan di hospital semakin tidak mencukupi untuk menampung mangsa Covid. Pelabur lari entah ke mana. Penganggur bertambah. Banyak syarikat gulung tikar. Dan, banyak lagi mala petaka yg melanda sebaik sahaja pengkhianat kerajaan tebuk atap ini merampas mandat rakyat Feb tahun lalu.

Tapi, bila tanya menteri, dia boleh tanya rakyat balik, "Kerajaan gagal dari sudut mana?". Ertinya, tidak pernah insaf. Bodoh sombong dan takbur. Puak2 mereka seronok makan gaji buta. Rakyat dah tiada apa yang mahu dikais untuk dimakan.



Semoga apa yang kita lihat sekarang mendapat perhatian dari Majlis Raja2 dan Istana YDP Agong agar sesuatu yang lebih tegas boleh diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Insaflah kepada Umno dan Pas yang telah terlanjur memberikan sokongan kepada kerajaan gagal ini. Selagi kamu berpaut di bahu mereka, selagi itulah rakyat menganggap kamu juga bersekongkol.

Anonymous said...

AKHIRNYA RAKYAT DISURUH MEMBELI VAKSIN ?


May be an image of 1 person and text that says "Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata pasaran vaksin dalam sektor swasta dijangka akan bermula pada bulan Ogos ini. Bercakap dalam webinar petang ini, katanya jika sesiapa yang inginkan vaksin dengan kadar segera boleh mendapatkannya dalam sektor swasta namun kos vaksin tersebut harus ditanggung sendiri oleh penerima. kini TV"



Tall & Stupid

AKHIRNYA RAKYAT DISURUH MEMBELI VAKSIN

Akhirnya Menteri yg menyelaras program Imunisasi Covid-19 ini berkata rakyat yg mahu segera divaksin boleh ke sektor swasta dan terpaksa membayar sendiri kos tersebut. Gila apa ni?

Kita semua tahu Pharmaniaga adalah satu2nya syarikat yg dilantik utk membeli vaksin. Perlantikkan itu juga sebenarnya pelik kerana di kebanyakkan negara2 dunia kerajaan mereka yg membeli sendiri vaksin tersebut. Syarikat ini juga mengimport vaksin dari China di mana mereka membungkusnya secara domestik menerusi prosedur "fill and finish".



Persoalan mengapa bukan KKM yg menguruskan pembelian? Kenapa negara kita lewat menerima bekalan vaksin? Kenapa perlu dijual kpd pihak swasta? Ke mana 5 juta dos vaksin yg disumbangkan oleh negara2 Eropah? Bagaimana tidak sampai 10 juta divaksinasi kita boleh kekurangan vaksin?

Anonymous said...

Seme dok makan gaji buta
Duit rakyat tu..
Haram

Anonymous said...

Retail, hartanah dan subdisi sewa: Bila CEO Mydin kata retail hampir mati, bagaimana pula nasib peniaga IKS dan PKS?


Retail, hartanah dan subdisi sewa: Bila CEO Mydin kata retail hampir mati, bagaimana pula nasib peniaga IKS dan PKS?
June 25, 2021
1- Kelmarin bila aku menulis tentang kesan teruk F&B(Kedai Makan) dan Food Rider, Aku ada sentuh sektor kedua terkesan teruk, Iaitu Retail(Peruncitan). Dan semalam ia diakui oleh datuk Ameer Mydin Majoriti peniaga-peniaga sektor peruncitan di negara ini terutama peniaga Melayu sudah ‘hampir mati’ akibat perlaksanaan PKP Bodoh 3.0..

2- Bayangkan biarpun Mydin dikenal sebagai pusat Pasaraya yang menjual keperluan makanan dan barang basah, Dia juga terkesan teruk..Agaknya bagaimana IKS dan PKS yang lain ? Untuk Pengetahuan,IKS dan PKS adalah penyumbang cukai dan peluang pekerjaan terbesar kepada Kerajaan, iaitu hampir 70%..

Anonymous said...

IKS
100% Melayu isle.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails