Friday, June 25, 2021

'Nina Bobo', misi misteri lagu penjajah Kristian/Belanda?

 


CATATAN PERJALANAN IBNU HASYIM

Indokini: Nina Bobo', misi misteri lagu penjajah Kristian/Belanda? 

SIAPA orang-orang lama Indonesia atau Malaysia yang tidak tahu dengan lagu 'Nina Bobo'? Saya sendiri ini semasa kecil di peringkat sekolah rendah Malaysia dulu yang tiada radio di rumah pun, boleh mengingati lagu dan penyanyinya sehinga sekarang. Kerana lagunya paling pepular waktu itu membuat aku tercuri dengar dari rumah-rumah jiran atau pasar ramai... juga terhafal. 

Lagu yang sangat melegenda, khususnya di Indonesia. Sebab para orangtua di Indonesia sering menyanyikan lagu nina bobo ini untuk menidurkan anak mereka yang masih kecil. "Nina bobo, oh.. nina bobo.. Kalau tidak bobo di gigit nyamuk..." Begitu asalnya.

Nina Bobo - Lagu Anak Indonesia

Nina bobo oh nina bobo
Kalau tidak bobo digigit nyamuk
Nina bobo oh nina bobo
Kalau tidak bobo digigit nyamuk
#
Tidurlah sayang, adikku manis.
#
Bobo lah bobo adikku sayang...
Kalau tidak bobo digigit nyamuk
Nina bobo oh nina bobo
Kalau tidak bobo digigit nyamuk

Sekilas lagu ini terdengar biasa saja, dengan liriknya yang sederhana dan mudah diingat. Selain itu, liriknya juga tidak ditemukan kalimat-kalimat janggal yang mengarah ke hal-hal yang berbau mistik atau hal ghaib lainnya.

Tapi tahukah kamu, ternyata lagu nina bobo yang pada saya 'berunsur gereja saham warisan penjajah Kristian itu', dikatakan memiliki sejarah yang cukup menyeramkan? Apa dia? 

Ada 3 versi tentang cerita asal usul misteri lagu nina bobo itu.. Seperti apa ceritanya? 

Dengar lagunya dulu.. 

Video: Anneke Grönloh - Nina Bobo

VideoLagu Nina Bobo dinyanyikan Penyanyi Asal Belanda



3 Versi Misteri Lagu Nina Bobo 
Hasil carian imej untuk ‪Anneke Grönloh - Nina Bobo‬‏

Anneke Grönloh


Satu: Versi Nina Mijk

Alkisah seorang gadis belia asal Belanda bernama Nina Van Mijk.. Gadis yang berasal dari keluarga komposer muzik klasik sederhana yang menetap di Nusantara untuk memulakan hidup baru kerana terlalu banyak pemuzik rival di Belanda.

Hal ini berlaku beberapa dekad selepas kedatangan Cornelis de Houtmen di Banten, warga negara Belanda dari berbagai kalangan sudah memenuhi pulau Jawa dan pulau-pulau di Indonesia. Hidup Nina berjalan normal seperti orang Belanda di Nusantara pada umumnya, berjalan-jalan, bersosial dengan penduduk pribumi, dan mengenal budaya Nusantara.

Kedengaran indah memang, tapi semenjak kejadian aneh itu keadaan menjadi berbanding terbalik. Kejadian aneh itu berlaku pada satu malam badai, petir tak henti-henti saling bersahutan. Dari dalam biliknya Nina menjerit kuat, diikuti suara pasu bunga yang terjatuh dan pecah.

Ayah, Ibu dan pembantu keluarga Nina melarikan diri ke bilik Nina. Pintu dikunci dari dalam, akhirnya pintu itu ditendang oleh ayah Nina. Dan satu pemandangan mengerikan disaksikan oleh keluarga itu, kelihatan di katil tidur Nina melipat tubuhnya mundur persis dalam posisi kayang merayap ke belakang sambil menjerit-jerit dan sesekali mengumpat-ngumpat dengan bahasa Belanda. 
Rambut perangnya yang lurus menjadi kusut tak keruan, kelopak matanya menghitam pekat. Itu bukan Nina, itu adalah jiwa orang lain masuk dalam Nina. Nina kerasukan! Sudah seminggu berlalu semenjak malam itu, Nina dipasung di dalam biliknya. Tangannya diikat dengan. 

Keadaan Nina semakin memburuk, tubuhnya semakin kurus dan pucat. Ibu Nina hanya boleh menangis setiap malam ketika mendengar Nina menjerit-jerit. Ayah Nina tak tahu nak buat apa lagi, kerana kejadian aneh seperti ini gak pernah diduganya. 

Kerana putus asa dan tak tahan melihat keadaan anaknya, ayah Nina pulang ke Belanda sendirian meninggalkan anak dan isterinya di Nusantara. Pembantu rumahnya pun pergi meninggalkan rumah itu kerana takut. Tinggallah Nina yang dipasung dan ibunya disatu rumah yang gak terurus.

Kembali lagi pada satu malam badai namun aneh, ketika itu terdengar Nina tak lagi menjerit-jerit seperti biasanya. Kamarnya begitu hening, perasaan ibu Nina bercampur aduk antara bahagia dengan takut. Bahagia bila ternyata anaknya sudah sembuh, tapi takut kalau ternyata anaknya sudah mati.

Ibu Nina mengintip dari sela-sela pintu bilik Nina, dan ternyata Nina sedang duduk tenang di atas ranjangnya. Tak berkata apa-apa tetapi sejurus kemudian dia menangis sesengukan. Ibu Nina terus masuk ke dalam biliknya dan memeluk Nina erat-erat. Sambil menangis Nina berkata: "Ibu, saya takut .."
Lalu Ibunya menjawab sambil menangis pula.

"Tak apa nak, Ibu ada disini. Kamu tak perlu menangis lagi, jom kita makan. Ibu tahu kau pasti lapar .."

"Aku tak lapar, tapi bolehkah saya meminta sesuatu?"

"Apapun nak ..! Apa?"

"Saya mengantuk, saya rasa saya akan tertidur sangat pulas. Mahu kah ibu menyanyikan lagu pengantar tidur untukku?"

Ibu Nina terdiam, agak sedikit tidak percaya dari apa yang didengar oleh anaknya. Tetapi kemudian ibu Nina berkata sambil mencuba tersenyum.
"Baiklah, ibu akan menyanyikan sebait lagu untukmu.."

Setelah sebait lagu itu Nina terlelap damai dengan kepala pangkuan ibu, wajah anggunnya sudah kembali. Ibu Nina menghela nafas lega, anaknya sudah tertidur pulas. Tapi.. Nina tak bergerak sedikit pun, nafasnya tak terdengar, denyut nadinya hilang, aliran darahnya berhenti. 

Nina telah tertidur benar-benar lelap untuk selama-lamanya dengan lagu ciptaan ibunya sebagai pengantar pemergian dirinya setelah berjuang melawan penderitaan.

Dua: Versi Helenina.

Dari sebuah keluarga kecil yang mempunyai seorang anak kecil bernama Helenina yang biasa dipanggil Nina. Dia berdarah campuran antara Belanda dan Jawa, dimana ayahnya adalah orang Belanda asli dan Ibunya berdarah Jawa.

Diketahui bahawa Nina ini sering mengalami kesulitan tidur, maka ibunya yang bernama Mustika sering bersenandung setiap malam untuk menidurkan anaknya. Sampai akhirnya Nina sangat bergantung dengan senandung ini.

Kemudian, atas saran dari ayahnya Van Rodjnik dibuatnya lirik senandung tersebut. Lirik lagunya sama dengan yang kita ketahui selama ini iaitu ” Nina bobo oooh Nina Bobo, kalau tidak bobo digigit nyamuk “

Hampir setiap malam ibunya menyanyikan lagu tersebut menidurkan Nina. Sampai akhirnya Nina mengalami sakit parah dan meninggal dunia pada usianya menginjak 6 tahun. Mustika selalu menyanyikan lagu tersebut setiap malam sampai akhirnya dia meninggal dunia. Setelah Mustika meninggal dunia, ayahnya Van Rodjnik mengganti menyanyikan lagu tersebut.
 
Hal ini membuat Van Rodjnik sedikit terganggu dan tidak mahu menyanyikan berulang-ulang sampai akhirnya Nina meninggal dunia.
Konon kata Van Rodjnik,  "Kalau kita nyanyikan lagu ” Nina Bobo “ ini untuk menidurkan anak kecil, maka arwah Nina akan datang untuk menjaga anak kecil tersebut selama dia tertidur".
Tiga: Versi Wikipedia

Versi terakhir bersumber dari halaman Wikipedia,..

1.Menyebutkan, kalau lagu ”Nina Bobo“ ini memang aslinya berasal dari Indonesia, dimana kata ”Nina Bobo “mempunyai makna kata kerja. ”Meninabobokan “ Ertinya lagu pengantar tidur. 

2.Lagu ini juga tidak mengacu pada sebuah nama ”Nina“.

3.Melainkan mengacu pada kata ” Bobo “yang berasal dari bahasa China yang ertinya 'tidur'. 

4.Selain itu, lagu ini cukup populer di Belanda kerana dinyanyikan oleh Anneke Gronloh dan Wieteke Van Dort tapi pakai bahasa Belanda.

Berikut liriknya:
Slaap meisje, oh slaap, meisje
als je niet gaat slapen, zul je door een mug gestoken worden.
Laten we gaan slapen, oh lief meisje,
als je niet gaat slapen, zul je door een mug gestoken worden.
Ertinya :
tidurlah gadis, oh tidur, gadis
jika kamu tidak segera tidur, kamu akan digigit nyamuk
tidurlah tidur, oh gadis manis
jika kamu tidak segera tidur, kamu akan digigit nyamuk
Nah, itulah 3 versi cerita asal usul misteri lagu nina bobo yang sangat melegenda di Indonesia. 

Rumusan.

Sudah beberapa malam di Indonesia ini, saya sempat menonton tv tengah malam, filem seram untuk hidangan rakyatnya. Filem yang pada saya menanamkan fahaman 'rosak akidah', bid'ah, tahyol dan 'khurafat, di kalangan umat Islam, terutama untuk pendidikan kanak.

Contohnya, filem seram yang meletakkan peranan 'dukun' atau bomoh berkuasa mematikan manusia. Walaupun akhirnya, kuasa jahat itu dikalahkan oleh kuasa 'ayatul kursi' yang bagai di'tangkal'kan, tetapi tidak diperluaskan tafsirannya sesuai dengan perkembangan dan perjuangan Islam masakini. 

Mungkinkah ia suatu kempen melemahkan aqidah umat Islam? Apabila aqidah rosak, rakyat sudah tidak fikir lagi bagaimana membina sistem keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam, bahkan hingga ke 'Khalifah' di muka bumi?

Amat malang bagi negara umat Islam terbesar di dunia, melarang atau menegah rakyatnya walau 'hanya berfikir atau berniat' ke arah negara Islam dan khalifah di mukabumi. (Lihat kes pengharamn Hizbut Tahrir).

Organisasi Hizbut Tahrir (HT) tak hanya ada di Indonesia. Organisasi yang berdiri pada 1953 ini telah menyebar ke belahan dunia lainnya. Pergerakan HT di sesetengah negara dianggap membahayakan dan meresahkan sehingga pemerintah Indonesia ikut membubarkan organisasi itu. Organisasi tersebut dianggap sebagai partai politik yang berideologi Islam. Salahkah umat berfikir negara Islam di negaranya sendiri? 

Berbalik kepada kisah Nina Bobo, fahaman-fahaman beginilah (fahaman 'rosak akidah', bid'ah, tahyol dan 'khurafat, di kalangan umat Islam, terutama untuk pendidikan kanak) yang cuba disemaikan oleh penjajah barat Kristian ke atas negara jajahannya. 

Cuba memaksa cara hidup bukan Islam ke atas rakyat Islam dalam negara mereka sendiri. Ianya dirancang sebagai lanjutan dari perang Salib di Eropah sebelumnya.

Di mana kesan buruknya misteri lagu Nina Bobo di atas? 

Lihat dan teliti dari berbagai sudut, termasuk sudut Islam, antaranya..

-Itu bukan Nina, itu adalah jiwa orang lain masuk dalam Nina. Nina kerasukan! (Dalam Versi Nina Mijk)
-"Kalau kita nyanyikan lagu ” Nina Bobo “ ini untuk menidurkan anak kecil, maka arwah Nina akan datang untuk menjaga anak kecil tersebut selama dia tertidur". (Dalam Versi Helenina).
-Melainkan mengacu pada kata ” Bobo “yang berasal dari bahasa China yang ertinya 'tidur'. (Dalam Versi Wikipedia)

Lihat dan telitilah dari berbagai sudut!! Sekian.
 
Bersambung..




Ibnu Hasyim
di Kepulauan Indonesia
Ogos 2017









5 comments:

Anonymous said...

Filem dan video yang menanamkan fahaman kemungkaran, kesesatan, 'rosak akidah', bid'ah, tahyol dan 'khurafat, di kalangan umat Islam, terutama untuk pendidikan kanak bertujuan untuk merosakkan akidah dan melalaikan dan menyesatkan umat Islam.

Kita melihat pelbagai drama dan movie Melayu dan bukan Melayu yang berunsur ajaran sesat, maksiat seperti pergaulan bebas, hiburan nelampau, syirik, tahyul , sihir, kemaruk cinta, sikap biadab, dengki khianat, dendam, pengkhianatan, fitnah dll seolah-olah diterbitkan dan ditayangkan kepada umat Islam setiap hari dalam media massa seolah-olah bertujuan untuk merosakkah akidah dan akhlak umat Islam.

Kita percaya ini adalah dari agenda jahat Protokol Zionis untuk malalaikan dan memusnahkan akidah dan akhlak umat Islam melalui barua-barua Zionis yang berwarna hitam, sawo matang dan kuning langsat di negara Islam.

Hantu yang paling berbahaya adalah hantu kuali, hantu liberal mata satu dan hantu roket yang suka melompat-lompat.

Anonymous said...

Dari kacamata Barat, Amerika khasnya. Malaysia diantara mangsa yang paling liat untuk dijinakkan.

Rasulullah saw bersabda: “Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Makkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Makkah, lalu mereka membai’at Imam al Mahdi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Makkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

Pihak Vatican mahukan semua maklumat mengenai Islam, kerana selepas kejatuhan komunis, Islam berpotensi menjadi musuh utama.

Pada tahun 1993, maka ditubuhkan The Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU) telah ditubuhkan secara rasmi di Universiti Georgetown apabila majlis tandatangan dilakukan di antara kedua pihak iaitu Hasib Sabbagh (Warga USA keturunan Arab Palestine) mewakili the Fondation pour L’Entente entre Chretiens et Musulmans dan President Leo O’Donovan, mewakili Universiti Georgetown. Nurul juga melanjutkan pengajian di Universiti Georgetown ini.

Pada tahun tahun 1995, satu kumpulan ahli perniagaan dari Malaysia telah datang menyumbang sebanyak USD$2 million untuk membentuk Kerusi Malaysia di Kerusi Islam Asia Tenggara.

Perjanjian itu sebenarnya telah dibuat terlebih awal iaitu pada Oktober 1994.

Untuk lebih jelas lagi John Esposito turut mendedahkan pada 7 Oktober 1994, Anwar Ibrahim, ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah hadir ke Universiti Georgetown untuk diraikan dalam majlis penganugerahan President’s Medal.

‘Sekumpulan ahli perniagaan dari Malaysia’ yang menyumbang dana itu kepada Kerusi Malaysia di Kerusi Islam Asia Tenggara itu adalah sekumpulan pihak IIIT (The International Institute of Islamic Thought) yang ketika itu bekerja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Prof Amina Wadud (pernah jadi imam solat di masjid) diundang pensyarah jemputan di UIA masa itu samas Anwar jadi Menteri Pendidikan.

Sejak dari Anwar yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan beliau telah melantik rakan baiknya yang terlibat dalam penubuhan IIIT tadi, di Herdon Virginia, Amerika Syarikat, bekerja di UIA, Malaysia. Mereka yang dilantik Anwar adalah Hamid Abu Suleyman (warganegara Arab Saudi yang menetap di Amerika Syarikat) dan Dr Jamal Barzinji, (warganegara Iraq yang juga menetap di Amerika Syarikat).

Hamid dilantik sebagai Rektor UIA manakala Jamal Barzinji pula dilantik Dean, Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. Glen Simpson dari the Wall Street Journal melaporkan, Jamal Barzinji, Ahmed Totonji dan Hisham Al Talib adalah trio dari pendatang-pendatang Iraq yang mengasaskan IIIT, di Amerika Syarikat (bersama dengan Anwar Ibrahim). IIIT ditubuhkan di AS pada 1981 diasaskan oleh Dr Ismail Faruqi (di bunuh angkara aktiviti gay bersama pelajarnya), Dr Jamal Barzinji, Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji dan Anwar Ibrahim.

#bawakotakbukanpisau

---- sambung ----

Anonymous said...

sambung ----

Indonesia yang mempunyai bilangan penduduk Islam teramai di dunia pun mudah mereka kuasai. Sebagai langkah menjerumuskan negara ini ke dalam situasi yang akan memenangkan mereka satu strategi khas telah disediakan.

Berpandukan apa yang terjadi di Indonesia, Jesuits menjadi agen penting dalam usaha merosakkan Islam dari dalam atas pakaian Interfaith atau persamaan kepercayaan (khususnya Islam-Kristian) dan selanjutnya bangunkan pergerakan Islam Liberal.

Dari luar akan wujud tekanan dari pihak Gereja Kristian menuntut itu dan ini dan dari dalam pula Gerakan Islam Liberal akan memberikan sokongan dan menawarkan pelbagai kelonggaran dan tolak ansur. Akhirnya Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah akan terkulai layu.

Kita perlu melihat dengan hati terbuka supaya tidak terkeliru dengan helah dan muslihat musuh.

Siapakah sebenarnya musuh kita? Kenapa ia menjadi musuh? Siapakah yang telah terpedaya? Mampukah kita membanterasnya? Selamatkah anak cucu kita dari agenda mereka? Apakah usaha yang mampu kita lakukan?

Pada Melayu Islam Malaysia harus bersikap mencurigai dan mengawasi bangau2 dan penunggang2 agama ini sedang menyimpan kuku sehingga kuasa mencengkam milik mereka.


#bangaudahpulangsuarasumbang

#bawakotakbukanpisau

Anonymous said...

Ada sorg seleberiti kononnya muslim, dia sokong abam, dan dia juga bela anjing kudung. Dia lebih sayang anjing kudung banding sayang Allah. Mereka berborak ttg keadilan, tapi di mana keadilan dia pada Islam.

Kau betul aku salah said...

Aku rasa 1000 kali lebih baik dia jaga anjing kudung drp melayan org yg pertikaikan keimanan dia kepada Allah swt dan hari akhirat mengikut tafsirannya sendiri yang penuh kebencian dan bisikan syaitan..macam ko

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails