Saturday, July 10, 2021

Jokowi digesa undur, macam PH ghuyup 22 bulan di M'sia?

 

Presiden Indonesia, Joko Widodo, didakwa gagal menangani pandemik COVID-19 sehingga republik itu menjadi negara paling terjejas akibat coronavirus di Asia Tenggara. - Foto EPA

Jokowi digesa undur kerana gagal tangani COVID-19

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) digesa meletak jawatan dengan segera kerana gagal menangani pandemik COVID-19 di republik itu.

Pakar ekonomi yang juga bekas Menteri Kewangan Indonesia, Rizal Ramli, secara terbuka meminta Jokowi berundur dengan segera, lapor portal berita Suara.com.

Kenyataan Rizal itu dipaparkan menerusi akaun Twitter beliau baru-baru ini selepas Indonesia sejak beberapa minggu kebelakangan kekal sebagai negara paling terjejas akibat coronavirus di Asia Tenggara.

Beliau berpendapat Jokowi perlu memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berkeupayaan untuk menerajui dan mengemudi republik itu keluar daripada krisis COVID-19.

Menurutnya, Jokowi sudah kehabisan idea dan akal untuk memacu pentadbiran Indonesia terutama dengan keadaan pandemik bukan saja tidak berkesudahan, sebaliknya bertambah parah.

"Lebih baik Jokowi letak jawatan dengan cara terhormat dan berikan peluang kepada pemimpin lebih muda untuk mentadbir negara.

"Ramai lagi anak muda di negara ini yang mampu mengelola pentadbiran negara dengan baik," katanya.

Beliau turut menyuarakan rasa kasihan terhadap kebajikan puluhan juta rakyat Indonesia yang terabai selama dua tahun dalam perang melawan COVID-19.

"Jokowi itu biasa-biasa saja, nampak hebat hanya di mata penyokongnya saja dan bukan pada pandangan rakyat secara keseluruhan.

"Jadi, saya mohon Jokowi turun saja daripada tampuk pemerintahannya, benarkan kemasukan ikhtiar atau idea baru bagi memerangi pandemik ini," katanya.

Laman sesawang data penduduk, LaporCovid-19, yang membantu orang ramai mencari katil hospital, berkata ia tidak lagi dapat menerima permintaan untuk bantuan kerana sangat sukar bagi sukarelawan mencari katil kosong.

Sedang hospital yang sesak menolak pesakit, sebilangan keluarga pula berebut silinder oksigen bagi menjaga orang tersayang di rumah termasuk yang tenat dan di ambang maut.

Sistem penjagaan kesihatan Indonesia yang rapuh kini pada tahap hampir lumpuh susulan kes baru harian sudah sampai ke puncak dalam tempoh tiga minggu lalu.

Negara dengan penduduk keempat terbesar di dunia (270 juta) itu semakin kritikal dengan statistik terkini menunjukkan Indonesia merekodkan 2,417,788 kes jangkitan COVID-19 termasuk 63,760 kematian setakat hari ini. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimJokowi digesa undur, macam PH ghuyub 22 bulan di Malaysia?  PH, berfikir bebaslah, keluar dari tempurung fikir tradisional kolot DAP, kembali ke dunia tamaddun! Keluar dari otak-katak DAP!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails