Saturday, July 10, 2021

Bekas ratu cantik pun tumbuk polis? Mabuk punya hal..

 

Bekas ratu cantik, Kohinoor Damodaran dan rakannya, didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. - Foto NSTP/MOHD YUSNI ARIFFIN

PETALING JAYA: Seorang bekas ratu cantik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua tuduhan menumbuk anggota polis dan menggunakan dadah ketika ditahan di sekatan jalan raya, semalam.

Tertuduh Kohinoor Damodaran Kaittiani, 29, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakut-nakutkan penjawat awam dengan menumbuk Koperal Sharularifin Sarmadan di Jalan Universiti di sini pada jam 3 pagi, 8 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Wanita itu turut didakwa menggunakan dadah Tetrahydrocannabinol di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, jam 2 petang, pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntuk penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan pengawasan tidak lebih tiga tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Lau Chia Xin, menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh bagi semua pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam, Datin Raj Preet Kaur, memohon diberikan ikat jamin rendah dengan alasan perniagaan restorannya terpaksa ditutup, ekoran penularan COVID-19.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin, bagi semua pertuduhan dan menetapkan 6 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Dalam prosiding sama, rakannya, Quek Shen Tying, 33, turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan dadah jenis sama, jam 2.15 petang, pada tarikh dan tempat sama.

Mahkamah kemudian membenarkan Shen Tying diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang juga bekas ratu cantik ditahan selepas merempuh sekatan jalan raya dan menumbuk anggota polis dalam satu kejadian di Lebuh Raya Persekutuan.

Wanita berusia 28 tahun turut dikatakan bertindak agresif dan dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol serta dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, wanita berkenaan memandu kenderaan itu bersama seorang rakan wanita dari arah ibu negara menghala ke Petaling Jaya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau kes ini dikaitkan dengan kes sebelumnya: Balaci DAP Jawap? Ini kita siarkan.."Kes LGE ditud...

.. maka wajarkah seseorang mendesak supaya menunjukkan bukti dari mahkamah yang masih dalam pembicaraan? Mempertikaikan  "Kes LGE dituduh, sampai skrg x da bukti kukuh."? kononnya..

Begitulah fanatik dan ekstremnya puak-puak balaci DAP, parti yang anti Islam di Malaysia. Kesian mereka, mungkin sudah tertelan mata kail yang anti Islam? 

6 comments:

Anonymous said...

Zaman awal Islam pun banyak kafir mabuk lagi dahsat perangai.

Mcmana Islam berjaya ubah?

Pimpin ikut Islam dan tunjuk tauladan betul.

Bukan bergeng dgn penipu utk cuba ubah org mabuk.

SISTEM dlm amano/b end tu dah ROSAK SEPENUHNYA. Budaya2 jijik menebal:

1.Rasuah politik,
2.kemewahan makan comission
3.Pijak kepala orang lain untuk naik.
4.kaya anak bini.
5.Kroni yg selalu ikut belakang tumpang kaya raya.
6.Hidup Melayu tapi join bangsa lain menjarah harta.
7.SOMBONG
8.suka buat lawak hina orang
9.Buat undang2 sendiri langgar.
10. Hutamg x bayar/lambat. Semua hutang juta.

Itu dan banyak lagi kejahatan dah jadi darah daging dr atas sampai ke level cawangan. Penyokong pula ramai ketagih kain batik dan beras araupun dibodohkan dengan suit

Mungkin ada pemimpin baik dan Pemimpin muda akan naik. Kemudian mereka mula dilayan mcm raja. Akan ada kaki penipu berkawan untuk kutip kekayaan dan pemimpin baik akan hanyut juga. Sistem out.

60 tahun lagi si miskin akan terus miskin dan lebih malang yg sedrhana jadi geng miskin pula. Dah 60 tahun dah. SISTEM tu dah tua sangat dah.


Ulang sekali lagi. SISTEM mereka dah rosak. Klau nak berubah kena tukar semua skli dr atas sampai ke perungkat cawangan. Parti tu patut tutup terus BUANG KE SUNGAI.

Geng parti Islam extreme nak bersahabat juga!!! Emmm...

Cuba bincang kenapa ramai Melayu kena dadah.

Anonymous said...

Berniat pun dapat pahala. Tapi yg minum tu, yg sokong arak dan sokong kumpulan minum arak, takkan itu dapat pahala. Yg tu dapat dosa. Yg liberal sokong kumpulan minum arak takkan nak beri pahala. Tu yg kata jahil murakab, sembang tinggi tapi jahil.

Anonymous said...

Persoalan-persoalan yang perlu difikirkan oleh kaum Melayu Islam sebelum mengundi dalam PRU15 supaya hak kaum Melayu dilindungi untuk menjamin survival kaum Melayu Islam :

(1) Bukankah pada September 2019, kerajaan PH telah memberikan geran pendudukan kekal kepada 123 orang penduduk berbangsa Cina yang menduduki Tanah Rizab Melayu di Sekinchan ? Jika ia melibatkan tanah rizab Melayu, bukankah ini bererti kerajaan PH tidak menghormati hak kaum Melayu Islam yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia ? Bukankah tindakan ini merupakan satu bentuk 'rompakan' pihak berkuasa ke atas hak kaum Melayu ?

(2) Bukankah kerajaan PH tidak mahu campur tangan dalam aktiviti penghalauan, perobohan dan pemusnahan di Kampung Melayu Puncak Kundang, Rawang ??? Bukankah ini bererti kerajaan PH tidak mahu membela nasib kaum Melayu Islam ?

(3) Bukankah kerajaan PH yang telah merobohkan rumah atau kampung Melayu di Paya Jaras dll ? Mengapa rumah dan kampung Melayu dijadikan sasaran untuk dimusnahkan oleh kerajaan PH ?

(4) Mengapa kerajaan PH membiarkan rumah dijual pada harga yang sangat tinggi sehinggakan rakyat terutamanya kaum Melayu tidak mampu membeli rumah tersebut ? Bukankah ini menunjukkan kerajaan PH hanya menjaga kepentingan orang asing sahaja seperti rakyat China Komunis ?

(5) Bukankah majoriti ahli dan pemimpin DAP terdiri dari kaum cina sahaja dan segelintir ahlinya terdiri dari orang Melayu (liberal?) ? Bukankah hampir semua pemimpin Melayu kalah dalam pengundian pemilihan pucuk pimpinan DAP ? Bukankah ini menunjukkan DAP adalah parti rasis terhadap kaum Melayu ???

(6) Bukankah kerajaan PH telah berusaha untuk menerima dan mengguna pakai ICERD , Rome Statute dll di Malaysia sedangkan ICERD dan Rome Statute dll boleh digunakan untuk menghapuskan haj Islam dan hak umat Islam dan hak kaum Melayu ? Bukankah sikap kerajaan PH ini mencerminkan dasar Malaysian Malaysia DAP ?

(7) Bukankah ahli bomba Adib telah dibunuh di waktu kerajaan PH berkuasa dan hak Adib untuk mendapatkan keadilan telah dinafikan oleh kerajaan PH apabila AG didakwa membuat keputusan konon Adib tidak dibunuh sebelum mahkamah membuat keputusan Adib dibunuh ? Bukankah ini bererti kerajaan PH telah menghina kedaulatan undang-undang dan mahkamah ? Bagaimana pula kes bunuh
Syed Muhammad Danial ???

(8) Bukankah DAP didakwa mempunyai pengaruh dominan ke atas PH dan DAP juga didakwa bersikap rasis dan didakwa bersikap anti-Islam oleh pelbagai pihak ? Bukankah ini bererti agama Islam dan kaum Melayu Islam berada dalam bahaya jika PH memerintah negara dalam jangka masa panjang ?

Sebagai contoh:

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/dap-hina-islam-kenapa-pakatan-diam-ridhuan-tee/

(9) Bukankah tindakan PH membuat pelbagai persepsi negatif terhadap kerajaan PN yang sedang sibuk mengawal wabak covid-19 dan membantu rakyat telah menyebabkan rakyat membenci kerajaan, negara asing memandang rendah kepada Malaysia dan ekonomi merundum dan negara Malaysia menjadi tidak stabil ??

(10) Bukankah kerajaan PH didakwa menyokong industri dosa besar seperti arak dan judi ?

(11) Bukankah PH didakwa menentang pindaan RUU 355 yang bertujuan untuk memperkasakan dan memartabatkan undang-undang syariah dan mahkamah syariah, Hudud dll ?

(12) Bukankah PH didakwa menyokong ajaran sesat lagi menyesatkan seperti Qadiani, syiah, sekularisme, pluralisme, liberalisme dll yang bertentangan dengan ajaran sesat ?

(13) Dll

Oleh sebab itu , kaum Melayu Islam perlu menyokong dan mengundi pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang mempunyai integriti untuk menjamin hak kaum Melayu Islam dan survival @ kemandirian kaum Melayu Islam dan menolak pemimpin-pemimpin kafir dan pemimpin-pemimpin liberal dalam PRU yang akan datang.

BUGIS said...

Jangan lupo ajak Kulop dan lobai..ajak ayah dan dan mamak berdamai..berlapang dado..buka mato..ada telinga dongar..ada akaa..samo2..pikey..Kito dah toghukk..anak muda berdadah..yg Tuo tak endah..aku aku..Ekau..ekau..kajaan Champa dh 1400 tahun tu pun lingkup ghuyub..inikan pulo mlesyia ni baghu 64 tahun Ajo..pikey ghamai2..daoo..

Anonymous said...

Lobai tak jalan utk perkara maksiat. Bab maksiat boleh ajak abam and the geng. Pasti suka. Sebab ada mini zionist yg suka arak dan mabok. Tengok abam kan ada anak murid yg legend dengan isu semburit. Jika muridnya legend, gurunya lagilah legend. Ramai tahu abam popular di kalangan yg mesra mahkamah.

Anonymous said...

Apa yg ko merepek ni syaitann??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails