Sunday, July 04, 2021

Lagi bukti PH/DAP bermulut lebar. Masalah vaksin di S'ngor pula..

 

1. Kerajaan bantu Selangor percepatkan pemberian vaksin

KUALA TERENGGANU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dengan kerjasama Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang berusaha menambah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega khususnya di Selangor.

Timbalan Menteri MOSTI, Dato’ Ahmad Amzad Hashim berkata, kerajaan bimbang dengan peningkatan penularan kes harian pandemik Covid-19, terutama di Selangor, Negeri Sembilan dan Lembah Kelang (Kuala Lumpur).

Menurutnya, kerajaan dan agensi berkenaan akan berusaha membantu Selangor dengan mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat di negeri ini.

“Kita (kerajaan) tetap bantu Selangor yang sepatutnya ini diusahakan oleh kerajaan Selangor. Kita buka lebih banyak PPV Mega supaya lebih banyak suntikan harian.

“Dalam masa sama, kita tambah lagi bekalan vaksin kepada mereka dan untuk bulan Julai ini, kita telah peruntukan sebanyak lebih 4 juta dos kepada Selangor. Jika dibanding dengan negeri-negeri lain ini 10 kali ganda lebih banyak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan gimik Pelancaran Agihan Sumbangan PKP 3.0 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Masjid Al-Hijrah Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Kuala Terengganu, hari ini.

Sehubungan itu, Dato’ Amzad berharap agar kerajaan Selangor akan dapat mencapai kadar suntikan hariannya yang lebih baik selepas ini.

“Semalam, kami dimaklumkan buat kali pertama Selangor mencatat suntikan harian agak tinggi iaitu 50,000 lebih dan sebelum itu dalam lingkungan 40,000 lebih sahaja.

“Walaupun ada dakwaan daripada Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, sebelum ini dia (Dr Siti Mariah) kata boleh buat suntikan 80,000 lebih sehari. Kita tetap bantu Selangor,” jelasnya.

Menurutnya, Jawatankuasa Khas Imunisasi Covid-19 itu akan memberi tumpuan bagi meningkatkan kadar vaksinasi di Selangor dengan segera.

Sebelum ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendakwa kerajaan telah menyerahkan bekalan yang banyak kepada Selangor tetapi kadar pemberian vaksin di negeri sangat rendah.

“Kita (kerajaan) hantar banyak vaksin tetapi (mereka) tak guna habis. Ketika Terengganu mencatat kadar penggunaan vaksin yang tinggi 96 peratus (tapi) negeri Selangor, cuma 62 peratus.

“Kita hantar 800,000 dos vaksin tapi dia (Selangor) pakai 500,000 sahaja dan 300,000 lagi disimpan, belum pakai,” ujarnya.

Ketika ditanya polemik kononnya berlaku kekurangan vaksin di Selangor, kata Dato’ Amzad, kerajaan Persekutuan tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana negeri dalam agihan vaksin.

“Sebab, bila berlaku kes Covid-19 ini bukan masalah di Selangor sahaja. Selangor dan Lembah Kelang adalah pusat penularan Covid-19.

“Apabila berlaku di Selangor, ianya akan merebak ke negeri lain pula. Oleh kerana itu, kita perlu beri tumpuan di kawasan wabak. Sebab itu kita memperkenalkan fasa kawalan wabak.

“Kita menyegerakan program kerjasama antara CITF dengan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), untuk membolehkan dibuka lebih banyak program PPV Industri,” tegasnya.

Harakah dimaklumkan, kes harian Covid-19 hari ini masih tinggi mencecah angka 6,658 kes dan Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan 3,047 kes positif, diikuti Negeri Sembilan 699 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 616 kes.

Seterusnya, Johor (414 kes), Sarawak (361 kes), Melaka (345 kes), Sabah (322 kes), Pahang (200 kes), Kedah (145 kes), Pulau Pinang (142 kes), Labuan (108 kes) dan Perak (101 kes).

Selepas itu, Dato’ Amzad turut meninjau Program Outreach Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (KOSPINT), Kampung Banggol Mempelam, Serada, Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat, Marang.

Hadir sama, Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Terengganu, Dr Muhammad Zuraizi Jaafar, Pegawai CITF, Chua Yong Wei dan Pengetua Imtiaz KOSPINT, Md Imran Md Nor. – HARAKAHDAILY 3/7/2021

2. Cukup-cukuplah bermain politik di Selangor

1 comment:

Anonymous said...

Penipuan Tun Mahathir dan Lim Guan Eng semasa PH berkuasa selama 22 bulan.

1. Ketika Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, PH kata hutang Negara sudah mencecah RM 1 trillion ringgit.

2. Hutang Negara ini termasuk *Hutang Liability* Negara.

3. Bila Laporan Rancangan Malaysia di bentangkan di Parlimen oleh PM Pakatun Putus Harapan iaitu Dr. Mahathir, jelas di dalam Laporan tersebut, *Hutang Negara adalah sebanyak RM688 billion ringgit.*

4. Bukannya RM 1 trillion ringgit.

PEMBOHONGAN KEDUA

6. Lim Guan Eng, mantan Menteri Kewangan PH pula kemudiannya melakukan *Pembohongan Kedua,* iaitu melakukan pinjaman Bon Samurai drp Negara Jepun 2 kali. Kononnya Negara tiada duit untuk membayar projek, gaji dan hutang Negara.

7. Tengku Zafrul, Menteri Kewangan kini berkata, *Kerajaan Tidak Perlu Pinjam Duit dari Luar Negara,* kerana kedudukan kewangan Negara masih kukuh.

8. Adakah Rakyat dimainkan oleh LGE mantan Menteri Kewangan terdahulu, Seorang Akauntan yang tidak bertauliah ini ?

9. Apa Guan Eng buat dengan duit Petronas RM 82 billion ringgit yang di ambik semasa PH berkuasa?

10. Ini juga merupakan satu persoalan yang penting. Rakyat mahu tahu. Apa sebenarnya motif Mahathir dan Lim Guan Eng selaku mantan menteri kewangan kerajaan ter tebuk muka sendiri Pakatan Harapan ini..?

Perlu buat siasatan oleh SPRM atau pun tubuh RCI kenapa Mahathir dan Lim Guan Eng buat pinjaman wang melalui bon samurai sedangkan kewangan negara kukuh kata Tengku Zafrul.

Lebih-lebih lagi Mahathir telah membuat kenyataan terakhir sebagai mantan Perdana Menteri yang mana negara mempunyai simpanan dana kewangan bernilai RM2 trillion atau RM 2 ribu billion.

Bongkar segala penipuan dan pembohongan kerajaan tebuk muka sendiri ini kerana pembohongan mereka semasa PH berkuasa..

Viralkan sebanyak mungkin, biar rakyat faham penipuan dan pembohongan yg telah Tun dan Lim Guan Eng lakukan selama 22 bulan berkuasa.

#bangaudahpulangsuarasumbang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails