Tuesday, April 11, 2017

Sesak Lalu-lintas Di George Town PP, Sama Seperti Jakarta?



GEORGE TOWN – Pulau Pinang, terutamanya George Town, sentiasa menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara sehinggakan pelancong yang memandu kenderaan sendiri pasti tidak terlepas daripada mengalami kesesakan lalu lintas.

Jumlah kenderaan yang sentiasa bertambah setiap tahun serta kemasukan kenderaan dari luar negeri ini pada musim cuti menambahkan lagi kesesakan jalan raya di pusat bandar serta kawasan tumpuan pelancong.
Bagi penduduk pulau, kesesakan lalu lintas bukan perkara baharu di bandar raya ini, terutama pada waktu puncak iaitu pada waktu orang ramai pergi dan pulang pejabat serta musim cuti persekolahan atau cuti hujung minggu yang panjang.
Antara jalan yang sentiasa mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu puncak ialah Jalan Sungai Pinang hingga ke Jalan Perak, Jalan Masjid Negeri, Jalan Air Hitam, Lebuhraya Lim Chong Eu membawa kepada Jambatan Pulau Pinang dan jalan menghala ke Bayan Lepas serta Balik Pulau.
Pada musim cuti pula kesesakan lalu lintas merupakan perkara rutin di kawasan tumpuan pelancong seperti jalan ke Batu Ferringhi, Bukit Bendera dan Jalan Penang.
Menurut wikipedia, Pulau Pinang yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu tanah besar dan pulau mempunyai keluasan 653 kilometer persegi di Seberang Perai dan 293 kilometer persegi di bahagian pulau sedangkan jumlah terkumpul kenderaan di negeri ini meningkat setiap tahun.
Berdasarkan statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, jumlah kenderaan terkumpul di negeri ini pada 2013 ialah 2,408,715 dan jumlah itu meningkat 3.8 peratus kepada 2,500,220 pada 2014.
Pada 2015 jumlah itu meningkat lagi sehingga 2,556,735.
Menurut statistik itu juga, pendaftaran baharu kenderaan bermotor pada Januari hingga September tahun lepas pula ialah 36,628 kenderaan dan daripada jumlah itu 25,353 adalah motosikal, 8,892 kereta, 74 bas, 87 teksi, 37 kereta sewa pandu sendiri, 1,770 kenderaan barang dan 415 lain-lain kenderaan.
Jika dilihat daripada jumlah kenderaan yang sentiasa bertambah sedangkan keluasan bandar raya ini tetap sama dan boleh dikatakan kecil jika dibandingkan bandar raya lain, maka sememangnya masalah kesesakan semakin sukar untuk diatasi.
Keadaan itu ditambah dengan struktur jalan di pusat bandar yang jika dilihat dengan mata kasar sukar untuk dibesarkan kerana kebanyakannya berada rapat dengan kaki lima bangunan.
“Saya takut memandu di Pulau Pinang,” luah seorang rakyat Amerika Syarikat yang berusia 34 tahun dan enggan dikenali serta hampir setahun menetap dan bekerja di George Town.
Mungkin kata-kata itu hanya persepsi peribadi beliau yang membandingkan cara pemanduan di bandar raya ini dan negara asalnya, tetapi tidak dapat dinafikan ia adalah realiti bagi yang memandu kenderaan di sini.
Azman Ngah, 36, dari Kuala Lumpur yang pertama kali bercuti bersama keluarga di negeri ini pada cuti sekolah lepas berkata memandu di bandar raya ini memerlukan kesabaran dan perlu berhati-hati terutama terhadap penunggang motosikal.
“Kebanyakan jalan di tengah bandar sempit dan ditambah dengan penunggang motosikal yang mencelah sesuka hati dan kereta yang berhenti di bahu jalan,” katanya. – BERNAMA

Hasil carian imej untuk ahok & guan eng

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah masalah lalu-lintas jalanraya di George Town Pulau Pinang sama seperti 'macet' di Jaakarta Indonesia... Di mana pemimpinnya berdegar-degar menjanjikan pembangunan, sedangkan masalah kesesakan lalu-lintas jalannya pun tak dapat diselesaikan... 

Simpan masalah itu bawah tikar sahaja? Itulah kesamaannya antara Pulau Pinang dengan Jakara..

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

1 comment:

Anonymous said...

Semasa PRU13, parti kafir harbi roket berjanji mahu membela rakyat. Setelah memenangi PRU13, rejim roket melupakan janjinya sendiri apabila pemimpin roket:

(1) membeli banglo terlajak murah di waktu majoriti rakyat tidak mampu membeli banglo ,

(2) gagal menghapuskan tol sebaik sahaja memenangi PRU13,

(3) menjual tanah kerajaan kepada syarikat-syarikat asing,

(4) mewajibkan rakyat membayar parking kereta dalam tempoh 9.00 pagi hingga 9.oo malam,

(5) membuat kertas kerja yang berharga RM300 juta untuk membazirkan wang rakyat.

(6) memberikan projek kepada kroni dan bini,

(7) menghapuskan berpuluh kampung Melayu @ umat Islam dan mengganggu perniagaan Melayu @ umat Islam. Dalam kes yang terbaru, rejim roket telah meroboh gerai-gerai makan Melayu tanpa sebarang ganti rugi dll sedangkan kaum roket bebas berniaga,

(8) campurtangan dalam proses membuat fatwa yang bererti puak kafir harbi roket telah menghina Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1),

(9) menghina, memfitnah dan menentang agama Islam,ulama Islam, mahkamah syariah, undang-undang syariah, Hudud, pakaian menutup aurat,fatwa seperti fatwa hari valentine, khutbah Jumaat dll dan menafikan hak umat Islam dan memperomosi liberalisme dan pluralisme,

(10) berusaha menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini

(11) Dll

Wahai umat Islam, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam dalam PRU14 dan menolak semua parti kafir harbi, parti liberal dan parti sekular kerana mereka menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah melarang umat Islam dari melantik orang kafir dan puak munafik dari menjadi pemimpin umat Islam:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" An-Nisaa' : 144.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails