Tuesday, April 11, 2017

400 Pengusaha Teksi Bantah Uber, Grabcar


LANGKAWI – Kira-kira 400 pengusaha teksi hari ini mengadakan demonstrasi membantah keras kemasukkan perkhidmatan ‘e-hailing’, Uber dan Grabcar ke pulau peranginan ini.

Demonstrasi selama sejam di Laman Marmar Langkawi di sini diketuai Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Teksi Langkawi, Ramli Ahmad dan Pengerusi Pertubuhan Teksi Malaysia Cawangan Langkawi, Saad Mahmud.
Ditemui media semasa demonstrasi itu, Ramli berkata kedua-dua persatuan turut menghantar memorandum bantahan kepada beberapa pihak berwajib termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan wakil rakyat di Langkawi.
“Persatuan-persatuan ini mewakili lebih 1,200 pengusaha teksi di Langkawi… janganlah cuba nak masukkan pasir dalam periuk nasi kami (dengan memperkenalkan Uber dan Grabcar di Langkawi),” katanya.
Sementara itu, Saad pula mendakwa perkhidmatan Uber dan Grabcar merupakan satu agenda asing yang dibawa masuk untuk mengganggu gugat perkhidmatan teksi yang beroperasi dalam keadaan harmoni di Langkawi selama ini. – BERNAMA


Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails