Friday, April 14, 2017

PAC: Nama Nasharudin Tak Pernah Dibangkitkan. Selesai, Tutup.


Hasil carian imej untuk nasharuddin -rafizi Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa (kanan) ketika menyampaikan ucaptana pada seminar di Universiti Chulalongkorn.

PETALING JAYA: Nama bekas timbalan presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa tidak pernah dibangkitkan dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kata pengerusi badan parlimen itu.

Datuk Hasan Arifin berkata pendedahan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli semalam, mendakwa Nasharudin menerima wang berkait 1MDB, tidak pernah dibincangkan dalam PAC.

“Isu ini tidak dibincangkan dalam PAC sebelum ini dan kaitan dengan pemimpin PAS juga tidak pernah dibangkitkan,” katanya kepada FMT.

Pada 2015, PAC yang dianggotai wakil rakyat Barisan Nasional dan pembangkang memulakan prosiding siasatan ke atas 1MDB, ekoran pendedahan syarikat milik Kementerian Kewangan itu dibeban hutang mencecah puluhan bilion ringgit. 

PAC bagaimanapun mengumumkan tugasnya selesai, walaupun dipertikaikan beberapa anggotanya termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa Nasharudin pernah menerima dana berkait 1MDB.

Dalam akuan berkanun yang ditandatanganinya, Rafizi berkata perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai “paling kanan” dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan ke atas wang RM2.6 bilion, yang didakwa mengalir masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib sebelum ini berkata wang itu sumbangan Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya BN pada 2013. Rafizi berkata sebahagian daripada wang itu dipindahkan “kepada peguam tertentu” sebelum ia sampai ke akaun milik Nasharudin.

Dalam reaksinya, Hasan berkata pendedahan yang dibuat Rafizi tidak akan dibincangkan kembali dalam PAC memandangkan pihaknya sudah mengeluarkan laporan lengkap berhubung siasatan 1MDB.

“Kita sudah selesaikan isu tersebut dan pendedahan Rafizi mengaitkan bekas pemimpin PAS juga kita tidak akan bincang lagi.

“Kes ini sudah tutup dan laporan siasatan telah dibuat,” katanya. (TKO)

INFO

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. Kira-kira RM2500 sebulan..

Peluang Kerja Di Singapura.. Dikehendaki 12 Orang, Jawatan Cleaner Condo. RM2500 sebulan..
Sila hubungi: 

Muaz Tel 0182018342 
Aziz   Tel 0172748255

5 comments:

Anonymous said...

Soalan killer yang amat ditakuti oleh balacai-balaci ternakan DA-pig:

SOALAN: MANA BUKTI RASUAH RM90 JUTA?

JAWAPAN: TIADA BUKTI. SEMUA DAKWAAN PAKATUN HAPRAK PIMPINAN LM GONE ENG TERHADAP ULAMA ISLAM DAN PARTI ISLAM ADALAH FITNAH !

KESIMPULAN : PAKATUN HAPRAK ADALAH PAKATAN DAJJAL YANG AMAT MEMUSUHI AGAMA ISLAM DAN UMAT ISLAM

Anonymous said...

Nama bekas timbalan presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa tidak pernah dibangkitkan dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kata pengerusi badan parlimen itu.

Datuk Hasan Arifin berkata pendedahan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli semalam, mendakwa Nasharudin menerima wang berkait 1MDB, tidak pernah dibincangkan dalam PAC.


Sekarang jelas balaci-balaci buta, bisu, pekak dan dungu ternakan parti kafir harbi DA-Pig telah memfitnah ulama Islam dan parti Islam.

Kejahatan, pendustaan, kedunguan, kebiadapan kesesatan dan kezaliman balaci-balaci kafir harbi adalah akibat dari tindakan balaci-balaci dungu menjadi penjilat kafir harbi dan makan dedak babi cap roket yang tidak mempunyai cap 'HALAL'.

Anonymous said...

Nampaknya Rfz sedang menempah penginapan percuma dalam hotel tanpa bintang dengan makanan, minuman dan uniform percuma ! SD 'hearsay' makan tuan !

Anonymous said...

Rafizi dah offer kat lebai2 pondan Pas parti perasuah duit rakyat..bawaklah dia ke balai polis kalau dia menipu.

An Anonymous said...

Kalau dia menipu pun tak de kesan apa pun pada PAS.. pada kami yg paling penting TGHH kekal memimpin kami.. Kalau TGHH cuba nak jadi barua DAP macam ulamak PAN, dia pun akan kami singkirkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails