Monday, April 10, 2017

2 Gereja Mesir Dibom, 43 Terbunuh.














 REUTERS - SEORANG mangsa serangan berkenaan ditolak di atas pengusung semalam.

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh semalam dalam letupan bom di dua buah gereja komuniti Qibti, serangan terbaharu terhadap golongan minoriti Kristian berkenaan di Mesir, lapor stesen televisyen kerajaan.
Pengeboman pertama berlaku di Gereja Mar Girgis di Tanta, bandar di Delta Sungai Nil, kurang 100 kilometer di luar Kaherah ketika militan Daesh di Mesir meningkatkan ancaman dan sera–ngan terhadap penganut Kristian.
“Letupan berlaku di dewan gereja. Api dan asap memenuhi ruang tersebut, manakala kecederaan yang berlaku amat teruk.
“Saya melihat usus mereka yang cedera terburai dan kaki sebilangan mayat terputus,” kata seorang saksi kejadian, Vivian Fareeq kepada agensi berita Reuters dalam satu wa–wancara telefon.
Seramai 27 orang terbunuh dan 78 cedera dalam letupan itu, kata kementerian kesihatan Mesir.
Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.


AP - WARIS mangsa dan orang ramai mengerumuni sebuah kereta di luar gereja Qibti di bandar Tanta, Mesir selepas letupan bom semalam.


Letupan itu berlaku seminggu selepas perayaan Hari Easter Qibti dan pada bulan yang sama Pope Francis dija–dualkan melawat Mesir.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri, Sherif Ismail mengutuk serangan itu dan berkata, Mesir akan meneruskan usaha untuk menghapuskan keganasan.
Sementara itu, seramai 16 orang lagi maut dalam serangan bom bunuh diri di sebuah lagi gereja komuniti Qibti, Gereja Saint Mark di bandar Iskan–dariah semalam.
Serangan kedua itu turut menyebabkan 41 mangsa cedera.
Komuniti Kristian Qibti menjadi mangsa serangan berterusan sejak Presiden Mohammed Morsi digulingkan pada Julai 2013.
– AFP/Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails