Wednesday, April 12, 2017

Lanun Somalia Kembali,.. Menuntut Hak Mereka?

Somali pirate AGENSI - SEORANG lanun Somalia berdiri di hadapan sebuah kapal nelayan di Hobyo, utara negara itu.


MOGADISHU – Pasukan keselamatan kelmarin menyelamatkan sebuah kapal kargo India yang dirampas kumpulan lanun Somalia tetapi mereka sempat melarikan diri ke darat bersama 11 anak kapal yang dijadikan tebusan, kata pihak berkuasa.
Kapal Al Kausar dirampas awal bulan ini dalam gelombang sera­ngan mengejut oleh lanun Somalia selepas beberapa tahun perairan negara itu bebas daripada insiden rampasan kapal.
“Kami menyerbu kapal India ini dan menyelamatkannya tetapi lanun-lanun telah melarikan seramai 11 anak kapal.
“Kami berjaya menyelamatkan dua kru berkenaan tetapi mereka (lanun) melarikan sembilan anak kapal lain ke kawasan berbukit di antara El Hur dan Hardheere,” kata Timbalan Presiden Negeri Galmu­dug, Mohamed Hashi Arabey kepada agensi berita Reuters.
Galmudug merupakan sebuah negeri persekutuan di Somalia dan mempunyai pasukan keselamatan sendiri.
“Dua anak kapal itu ditemui di dalam sebuah kenderaan yang di­tinggalkan lanun berkenaan selepas mereka dikejar,” kata Mohamed Hashi.
Lanun-lanun berkenaan memberitahu Reuters bahawa anak-anak kapal itu akan digunakan dalam proses tawar-menawar bagi membebaskan konco mereka yang dipenjarakan di India.
“Kami menggalakkan rakan-rakan kami untuk melarikan diri bersama anak-anak kapal ini jika diserang supaya mereka dapat menukar tebusan ini dengan 117 lanun Somalia yang dipenjarakan di India.
“Kami akan membantu rakan-rakan kami supaya tentera Galmudug tidak dapat menyelamatkan sembilan kru kapal India tersebut,” kata seorang lanun bernama Saiid.
Serangan lanun Somalia memuncak pada tahun 2012 apabila 237 kes telah dilaporkan, namun angka itu menurun susulan peningkatan aspek keselamatan oleh pemilik kapal dan pertambahan rondaan pasukan tentera laut antarabangsa.
Serangan lanun bagaimanapun meningkat pada bulan ini dengan dua buah kapal telah dirampas manakala kapal ketiga berjaya diselamatkan oleh tentera India dan China. – Reuters
Hasil carian imej untuk lanun somalia
undefined
Imej yang berkaitan
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan lanun Somalia kembali.. menuntut hak mereka? Mengapa mereka menjadi lanun? 
Menurut mereka, 'orang luar' menggunakan perairan laut mereka untuk kepentingan mereka aja, mengaut kepentingan tanpa memperdulikan hak rakyat Somalia yang menderita miskin. Samakah kumpulan mereka dengan kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina?
Yang jelas, tidak sama dengan pengganas-pengganas Israel dan AS yang berkerjasama merampas dan melanun bumi Palestin dari rakyat Muslim. Menghalau, menyamun dan membunuh penghuni asalnya dari tempat kelahiran mereka sendiri. 
Mereka di Somalia ini, melanun merampas kembali hak mereka? Bukan seperti Israel dan AS yang melanun hak orang lain menjadikan milik mereka... Bangsa bangsat!

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.


klik di sini....

1 comment:

Anonymous said...

Hj!Curi tetap curi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails