Tuesday, April 11, 2017

Rafizi Ramli Terima Jutaan Dana politik? - Makpen & Profesional


Hasil carian imej untuk rafizi dan wang
MAJLIS Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) bersama-sama dengan Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia (Profesional) meminta Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis menyiasat akaun proksi yang melibatkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang didakwa menerima dana politik bernilai jutaan ringgit.
Ketua Eksekutif Makpen, Mohd Zai Mustafa tidak menyangka Rafizi Ramli serta beberapa nama lain juga didakwa terlibat menerima dana politik yang bernilai jutaan ringgit yang disalurkan oleh John Chee Wen sebagaimana yang ditulis Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan oleh portal Malaysia Today pada 8 April 2017 kelmarin.
"Kita minta Rafizi dan nama-nama yang disiarkan itu membuktikan mereka bebas daripada dakwaan tersebut. Dakwaan ini dilihat semacam ada benarnya melihatkan kepada pergerakkan dan gaya politik mereka yang mewah serta kelihatan mempunyai dana yang besar membiayai di belakangnya.
"Daripada mana mereka memperoleh wang yang banyak tersebut? Adakah mereka juga mempunyai taikun yang menyalurkan dana untuk kegiatan politik? Adakah mereka juga mempunyai tuan politik?" soalnya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, jika sekadar gaji dan alaun ahli parlimen sebanyak RM16,000 sebulan, mereka sangat terbatas untuk mengerakkan gerak kerja politik yang kelihatan sangat banyak menggunakan dana yang besar.
Justeru katanya, Makpen dan Profesional mendesak Rafizi Ramli yang terkenal dengan ‘dakwaan-dakwaan fitnahnya’ tampil membuktikan dirinya juga bersih daripada dakwaan tersebut, sebagaimana dia mendakwa orang lain mesti membuktikan dakwaannya. –HARAKAHDAILY 10/4/2017

2 comments:

Anonymous said...

Kita mohon pihak berkuasa menyiasat akaun Rfz dan kaum keluarga dan kroninya secara menyeluruh dan kritikal di dalam negara dan luar negara !

Kalau setakat Rfz membuat pengisytiharan harta, orang lain pun boleh buat ! Soalannya ialah setakat mana kejujuran Rfz ?Beranikah dia mengisytiharkan wang dari saluran yang bertentangan dengan undang-undang?

Anonymous said...

YB dari parti lebai beruk takde sekor pun yg pernah isytihar harta. Manalah tau ada terselit duit rasuah 90juta dlm jubah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails