Tuesday, April 11, 2017

Saman Sarawak Report Di UK, PAS Ada 10 Saksi



SHAH ALAM: Pas mendedahkan bahawa pihaknya mempunyai kira-kira 10 saksi bagi memberi keterangan di mahkamah berhubung kes saman terhadap Sarawak Report di United Kingdom.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selain itu, pihaknya sedang giat membuat persiapan bagi mengumpulkan saksi-saksi di Malaysia untuk membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes tersebut.
“Pada masa ini, kita tengah senaraikan saksi-saksi yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan United Kingdom untuk bantu beri keterangan.
“Di dalam mahkamah, saksi-saksi ini kadang-kala dipanggil dalam bentuk keterangan bertulis, affidavit dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa pemimpin atasan Pas telah menerima RM90 juta yang dimasukkan ke akaun pihak terbabit sebagai salah satu usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menarik kepimpinan parti Islam itu supaya menyokong BN dan Umno.
Susulan itu, Pas memaklumkan bahawa peguamnya di United Kingdom telah menghantar surat tuntutan pada 13 Disember tahun lalu kepada Sarawak Report yang mengandungi tiga tuntutan.
Antara tuntutan yang dinyatakan sebelum ini adalah supaya Sarawak Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016, membuat permohonan maaf mengikut terma yang dipersetujui oleh Pas dan pihak berkenaan perlu memberi jaminan untuk tidak menyiarkan tuduhan palsu pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu memaklumkan bahawa kes tersebut mempunyai tempoh masa selama enam tahun untuk tindakan saman dan pihaknya sedang dalam proses ke arah tersebut.
“Saya minta pihak-pihak yang menekan Pas supaya mengambil tindakan saman ini agar tidak perlu bimbang kerana kita tetap dengan pendirian untuk ambil tindakan tersebut.
“Bila ia (saman) akan dilaksanakan, itu terpulang kepada peguam,” katanya.
Buat masa ini, Takiyuddin berkata, pihak peguam juga sedang dalam proses untuk mengkaji tentang kesan dan impak diatas tindakan saman yang akan di ambil tersebut.
Tambah beliau, Pas sentiasa membincangkan mengenai isu berkenaan dalam setiap Mesyuarat Pas Pusat malah hasrat untuk menyaman Sarawak Report juga telah dinyatakan sejak petengahan Disember tahun lalu lagi.- Sinar Harian
“Pada pertengahan Disember lalu, kita telah nyatakan hasrat kita untuk saman pihak berkenaan.
“Tapi bilakah sama itu akan diambil masih belum dinyatakan kerana pelbagai persiapan seperti dokumentasi, saksi dan sebagainya perlu dilengkapkan terlebih dahulu sebab kita perlu buktikan pada mahkamah tentang kes ini,” katanya. (mstar)

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

7 comments:

Anonymous said...

Kalau masih nak tunggu hasil kajian atas impak saman keatas parti, baik, batal kan aje niat nak saman. Boleh lak kata mempunyai tempoh selama 6 tahun masih sah. Nak tunggu bulan akhir tahun ke 6 baru nak saman. Alamat fail berahim lah. Silap silap fail hilang ,lupa letak kat mana. Belum lagi nak kumpul saksi. Dapat je saksi ,terus ikat!. Jangan biar terlepas dan merayau. Kalau tidak ,sampai sudah tak dapat kumpul saksi.

Anonymous said...

Pakatun Haprak pimpinan kafir harbi Lm Gone End dan Lm Pig Sian bangsat pernah membuat fitnah melampau terhadap MB Selangor sehinggakan MB tersebut terpaksa meletakkan jawatan. Akhirnya bekas MB itu menang saman apabila pihak Pakatun Haprak terpaksa mohon maaf ! Lihatlah betapa zalima dan jahatnya Pakatun Haprak pimpinan kafir harbi Lm Gone End dan Lm Pig Sian terhadap ahli Pakatan Pakatun sendiri.

Sekarang balaci-balaci dan pemimpin Pakatun Haprak pimpinan kafir harbi sedang memncipta pelbagai fitnah seperti kerajaan UG, kerjasama parti Islam-parti keris, penasihat parti keris, rasuah RM90 juta dll TANPA SEBARANG BUKTI terhadap parti Islam dan ulama-ulama Islam.

Jika mengikut proses undang-undang iaitu Burden of Proof, Pakatun Haprak pimpinan kafir harbi mesti menunjukkan semua bukti untuk membuktikan parti Islam dan ulama Islam bersalah. Malangnya Pakatun Haprak pimpinan kafir harbi gagal menunjukkan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka.

Dan kita semua telah melihat semua fitnah yang direka oleh Pakatun Haprak pimpinan kafir harbi seperti kerajaan UG, kerjasama parti Islam-parti keris, penasihat parti keris, rasuah RM90 juta dll tidak pernah berlaku selama ini.

Maka jelaslah balaci-balaci murahan seperti Rfz yang bakal menghuni penjara dan pemimpin BEBAL Pakatun Haprak pimpinan kafir harbi adalah pendusta yang amat hina, keji dan menjijikkan !

Anonymous said...

Apa boleh buat, busung dah pecah. Bau busuk mengaum.

Anonymous said...

Nak buat mcm akta sekular ruu355 lah..suruh buat usul ditangguh2, dah bentang pun tangguh lg. Peralatkan Islam dan permainkan hukum Allah. Walaun2 beruk terloncat2 bila ketua beruk rasuah 90juta kena kencing.

Anonymous said...

PAS..Parti Ajaran Syaitan berketuakan dajjal peralatkan Islam.

Anonymous said...

Puak munafik liberal dan kafir harbi sentiasa mencipta pelbagai fitnah untuk memfitnah dan memburukkan ulama Islam dan parti Islam. Malangnya semua fitnah tersebut tidak mempunyai sebarang bukti yang bererti puak munafik liberal dan kafir harbi adalah pendusta yang tidak bermoral.

Apabila kita meminta bukti dari puak munafik liberal dan kafir harbi, mereka akan memaki hamun kita seperti komen-komen puak munafik liberal dan kafir harbi di atas.

Inilah akibat puak munafik liberal dan kafir harbi makan dedak cap roket yang hanya sesuai menjadi makanan babi ternakan roket.

Anonymous said...

Parti Angkatan Syiah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails