Wednesday, April 12, 2017

Syabas Salahuddin! Berani Minta Rafizi Kemukakan Bukti Kukuh.



Meskipun tidak lagi bersama PAS, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub, berkata beliau berasa bertanggungjawab menjelaskan apa yang diketahuinya mengenai parti berkenaan, lebih-lebih lagi jika melibatkan kepentingan negara.

Mengulas lanjut, Salahuddin yang pernah berkhidmat sebagai naib presiden PAS berkata, parti itu tidak pernah dimaklumkan mengenai penerimaan dana berkaitan 1MDB seperti didakwa Rafizi Ramli.

Katanya, isu penerimaan dana itu juga tidak pernah dibincangkan pada mesyuarat PAS sebelum beliau menyertai AMANAH pada 2015.

"Yang pasti saya tidak terima apa-apa, dan saya tidak tahu dan tidak dimaklum tentang perkara itu," kata Salahuddin pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Rakaman sidang media itu dikongsikan kepada Malaysiakini.

Salahuddin berkata demikian bagi mengulas dakwaan Rafizi yang mendakwa ada bekas pemimpin kanan PAS menerima dana 1MDB, yang disalurkan dari akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Salahuddin turut meminta Rafizi mengemukakan bukti kukuh sekiranya PAS terlibat dengan dana 1MDB.


"Kalau Rafizi ada bukti kukuh saya harap beliau boleh dedahkan dalam masa terdekat," kata Salahuddin.

Salahuddin dipilih ahli PAS menjadi naib presiden parti itu sejak 2009 sebelum disingkirkan beramai-ramai bersama sejumlah tokoh pada 2015. Mereka kemudian menubuhkan AMANAH.



Pandangan Salahuddin Ayub dikatakan berbeza dengan beberapa pimpinan PAN lain seperti Mujahid, Hanipa dan Khalid Samad yang bersama Rafizi semasa Rafizi membuat fitnah kepada PAS.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas Salahuddin, berani minta Rafizi kemukakan bukti kukuh sekiranya PAS terlibat dengan dana 1MDB dan dedahkan dalam masa terdekat. Al-hamdulillah!

9 comments:

Anonymous said...

Syabas. Keadilan tidak mengenal kawan atau lawan. Akhlak yg terpuji.

Anonymous said...

Selehuddin nak beritahu diri dia tu bersih semasa bersama pas, org lain mungkin tak bersih. Itu je...pan dan pkr bersekongkol dgn kapir lge tokong dap memfitnah pas. Solehuddin ketika bersama pas bersih, tp sekarang dah "kotor" bersama ph.

Anonymous said...

Akhlak yg terpuji? Selama ini badut dan pelawak kuali menjadi balaci DA-Pig dan bersekongkol dengan pemimpin kafir harbi DA-Pig menentang apa sahaja yang berlabel Islam.

Ini bererti badut dan pelawak kuali telah menjadi agen Islamophobia ! 'Terpujilah sangat' Kah...kah...kah...kah...kah...

Anonymous said...

Jaga2...
Ada lobai yg senak perut dan terkencing nnt dgn pendedahan ini?
Hai lobai...
Ada juga lobai yg mata duitan ye?
Ku ingatkan lobai2 ni secuci harum mawar semerbak.
Rupanya ada juga lobai yg semerbak busuknya TAHI.

Anonymous said...

Rasuah adalah haram dlm Islam walaupun ia melibatkan parti lebai malang. Agama dan iman sanggup digadaikan. Kuasa duit lebih hebat dari kuasa Al Quran dan Hadis.

Anonymous said...

Balaci pemakan dedak DA-Pig yang hanya sesuai untuk babi ternakan roket hanya pandai membuat dakwaan karut terhadap parti Islam dan ulama Islam TANPA SEBARANG BUKTI. Mana bukti? Tiada bukti !

INILAH AKIBAT MAKAN DEDAK ROKET YANG BERLABEL HARAM ! HATI HITAM SEPERTI EKZOS MOTORSIKAL.

IrWrWs said...

Kalau tak Lebai sekalipun tetap tak boleh terima duit GENTING..

Anonymous said...

Betul tu anon. Tapi parti lebai beruk skrg nak bekerjasama dgn parti pengasas GENTING.

Anonymous said...

Mmg patutlah akhbar mca gambarkan Hadi sbg ketua beruk. Tgk akhlak walaun beruk asyik terloncat2 kepanasan..tak habis2 nak menghasut. Dah tak laku..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails