Thursday, April 13, 2017

Rogol Ustazah. Mengapa Pilih Hukum Zalim, Tidak Hukum Tarbiah?

 MOHD. RIFAUDIN dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan atas kesalahan merogol seorang ustazah oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Perbuatan keji seorang buruh binaan merogol seorang ustazah yang merupakan isteri orang berbalas selepas lelaki itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Mohd. Rifaudin Che Azmi, 27, menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding yang dijadualkan untuk perbi­caraan kes semalam.
Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 32 tahun selepas mengancamnya dengan menggunakan lawi ayam yang diletakkan di lehernya.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Pulai Chondong, Machang kira-kira pukul 8.30 malam pada 25 Oktober 2012.
Pendakwaan dijalankan me­ngikut Seksyen 376(2) (b) Kanun Keseksaan yang jika sabit ke­salahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nuri Abd. Rahman.
Ahmad Nuri dalam rayuan­nya, memohon kepada mahkamah agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan berikutan tertuduh sudah insaf dan menyesal atas perbuatannya.
Norazlinawati bagaimanapun meminta mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh berikutan perbuatan itu mengakibatkan mangsa yang berstatus isteri orang itu menjadi trauma.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa undang-undang yang ada sekarang dikatakan hukum zalim, yakni bukan hukum tarbiah, hukum yang bersifat mendidik masyarakat jadi baik?

Lihat berita ini.. Jenayah rogol boleh ditangani dengan Hudud dan Takzir - Dewan Ulamak PAS

Jenayah rogol boleh ditangani dengan Hudud dan Takzir - Dewan Ulamak PAS

KUALA LUMPUR: Tiba masanya kerajaan persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol.

Itu desakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan media menyatakan bahawa jenayah rogol boleh ditangani dengan Hudud dan Takzir.

Kenyataan dikeluarkan susulan kes rogol beramai-ramai pada 20 Mei lalu yang melibatkan dua pelajar perempuan berusia 15 dan 17 tahun yang dirogol oleh 38 lelaki di Ketereh, Kelantan dan kes-kes seumpamanya.

Dr Mohd Khairuddin berkata, statistik polis menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia adalah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol.

Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
“Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah hudud. Hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu disabitkan menerusi kesaksian empat orang atau pengakuan tertuduh” jelas Dr Mohd Khairuddin.

Dr Mohd Khairuddin menerangkan bahawa terdapat dua bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan:

1) Rejam sehingga mati jika pesalah pernah melakukan persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.

2) 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah melakukan persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun.

Namun, sekiranya kesalahan tidak dapat dibuktikan melalui empat orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes dan dikenakan hukuman yang dipanggil Takzir mengikut budi bicara mahkamah.

“Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada Hudud sekiranya mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Hukuman Takzir boleh mencapai tahap hukuman mati. Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental” kata Dr Mohd Khairuddin.

Dr Mohd Khairuddin menjelaskan mengenai Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002.

“Enakmen Terengganu menyebut Seksyen 9 (2) iaitu aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu  tanpa berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman Hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman Takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan Qazaf” jelas Dr Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Dr Mohd Khairuddin dalam kenyataan tersebut turut menyebut mengenai hukum Takzir dalam Islam membolehkan pesalah rogol dikenakan bayaran pampasan sebagai gantirugi kepada maruah mangsa.

“Peruntukan seumpama ini tidak terdapat dalam undang-undang sivil hari ini. Mangsa rogol hanya sekadar mendapat malu” katanya lagi.

Dr Mohd Khairuddin juga mahu agar kerajaan persekutuan membentangkan rang undang-undang yang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia.


3 Perkara Mengenai Rogol. 
(Disaring dari http://zulyusoff.blogspot.my/2006/11/fatwa-berkenaan-rogol.html)

Satu: Hukum Jenayah Rogol. 

Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya.

Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut:

Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan.

Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya.

Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan atas seseorang yang melakukannya.

Islam menutup pintu kepada penjenayah yang ingin melakukan jenayah ini. Kajian barat menunjukkan kebanyakan perogol ialah penjenayah sedia ada yang membuat jenayah mereka dibawah pengaruh alkohol dan dadah, dan mereka mengambil kesempatan atas keadaan mangsa mereka berjalan sendiri di tempat terlindung atau tinggal sendirian di rumah. 
Kajian itu juga menunjukkan apa-apa yang penjenayah saksikan di media dan gaya pakaian separuh-bogel yang perempuan pakai semasa keluar juga mendorong kepada perlakuan jenayah hina ini. Hukum Islam datang untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita. Islam melarang perempuan memakai pakaian yang tidak sopan. 
Bahkan, Islam menggalakkan lelaki dan permpuan muda berkahwin awal, dan banyak lagi hukum yang menutup pintu rogol dan jenayah lain. Maka tidaklah mengejutkan apabila kita dengar atau membaca yang kebanyakan jenayah ini berlaku dalam masyarakat yang bebas, yang dipandang oleh sebahagian Muslim sebagai contoh ketamadunan dan kecemerlangan! 
Perlu dinyatakan disini yang di Amerika , contohnya, Amnesty International menyatakan dalam satu laporan 2004 yang bertajuk “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” yang setiap 90 saat seorang wanita dirogol sepanjang tahun itu.
Hukuman rogol dalam Islam sama dengan hukuman zina, iaitu rejam jika penjenayah berkahwin, dan satu ratus sebatan dan buang negeri untuk satu tahun jika dia belum berkahwin.
Disamping itu, Ibn `Abdul-Barr (semoga Allah merahmati ruh nya) berkata:

Para ulama bersepakat bersetuju yang perogol tertakluk kepada hukuman hadd jika terdapat bukti jelas terhadap nya yang dia sepatutnya diberi hukuman hadd, atau jika dia mengakui. Sebaliknya, dia dihukum (iaitu, jika tiada bukti yang hukuman hadd untuk zina boleh dilaksanakan terhadapnya kerana dia tidak mengakui dan tiada empat saksi, maka hakim boleh menghukumnya dan menetapkan satu hukuman yang akan mencegahnya atau yang lain sepertinya). Tiada hukuman untuk perempuan jika benar yang lelaki memaksanya dan mengatasinya. (Al-Istidhkaar, 7/146).
Disamping itu, perogol itu tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senapang. Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat Allah berfirman 

  • (Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar) (Al-Ma’idah 5:33).
Jadi hakim mempunyai pilihan empat hukuman yang disebutkan dalam ayat ini dan boleh memilih mana-mana yang beliau fikirkan paling sesuai untuk mencapai matlamat, iaitu untuk menyebarkan keamanan dan keselamatan dalam masyarakat, dan mencegah penjenayah dan pencabul.

Terjemahan daripada: Islamic Punishment for Rape
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1125407868541&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar


Dua: Hukum Perogol.

Menurut Islam, wanita yang dirogol tidak bersalah akan sebarang dosa kerana dia dipaksakan melampaui kawalannya. Menekankan hal ini, Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda, 
  • “Allah memaafkan Ummah ku kesalahan mereka,apa yang mereka terlupa dan apa yang mereka dipaksa lakukan.” 

Jadi, wanita yang dirogol ialah mangsa dan seluruh ahli masyarakatnya sepatutnya berurusan dengannya dengan hormat dan mulia dan sepatutnya menggalakkannya untuk mendapatkan haknya melalui semua cara yang mungkin.

Fatwa berikut, dikeluarkan oleh Dr. Ahmad Yusuf Sulaiman, professor undang-undang Shari`ah Islam di Universiti Kaherah:

Jika seorang perempuan dirogol, dia sepatutnya menyaman terhadap orang yang merogolnya. Jika terbukti yang dia dirogol, maka mahkamah mesti mengenakan hukuman ta`zir (mengikut budi-bicara hakim) atas perogol. Hukuman ta`zir itu boleh mencapai hukuman mati, mengikut beberapa mazhab. Hal ini sama sekali berdasarkan atas bukti yang rogol itu disahkan melalui ujian perubatan dan proses mahkamah, tanpa pengakuan perogol itu sendiri.

Dalam kes yang perogol mengakui jenayah itu, maka hukuman zina dikenakan atasnya. Jika dia tidak berkahwin, maka dia disebat 100 sebatan. Jika dia berkahwin, maka dia direjam hingga mati.

Untuk mangsa rogol, tiada hukuman dikenakan atasnya. Dia mesti dilayan dengan mulia dan hormat, dan semua bentuk pertolongan mesti diberi kepadanya untuk mendapatkan haknya.

Terjemahan daripada: Punishment for Rapists
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1122819225850&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar


Tiga: Membunuh Diri Untuk Mengelakkan Rogol

Pertama, perempuan Muslim mesti cuba sedaya-upayanya untuk mentaati ajaran Islam dan mematuhi akhlak Islam, terutamanya apabila berurusan dengan lelaki.

Jika dia diancam secara seksual oleh perogol, dia ada hak untuk mempertahankan dirinya. Namun, dia tidak dibenarkan untuk membunuh dirinya tanpa sebarang sebab kerana membunuh diri adalah Haram (dilarang). Hanya Allah mengetahui yang ghaib. Dia mungkin tidak tahu akibat cubaan jenayah mereka; mereka mungkin gagal dalam melaksanakan rancangan jahat mereka.

Dalam hal ini kita ingin menjelaskan yang seorang perempuan Muslim berdepan dengan dua kemungkinan: 

(1)Dia terdedah untuk menjadi mangsa rogol atau serangan seksual dan 
(2) ini mungkin mendorong dia membunuh diri, satu perbuatan yang terlarang. 

Di sini kita bayangkan kejadian dua mudarat, salah satunya, berkaitan membunuh diri, yang pasti, sedangkan yang satu lagi, berkaitan dirinya terdedah kepada rogol, sesuatu yang mungkin, tetapi tidak pasti. Maka, dalam hal ini, membunuh diri tidak dibenarkan.

Lagi pun, kita mesti menimbangkan kesan buruk antara membunuh diri dengan rogol atau serangan seksual. Rogol atau serangan seksual kurang mudarat dibandingkan dengan membunuh diri. Disamping itu, memelihara nyawa ialah kewajipan kehidupan, sedangkan matlamat lain, seperti memelihara maruah seseorang, jatuh ke tempat kedua dikalangan matlamat-matlamat asas yang Islam ingin capai. Maka, tidak dibenarkan bagi seorang perempuan, mangsa rogol, untuk membunuh diri.

Menjawab persoalan tersebut, ulama, penulis dan pensyarah Islam Saudi terkenal Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan:

“Seorang perempuan yang dipaksa untuk melakukan Zina wajib mempertahankan dirinya dan tidak sepatutnya mengalah, walaupun jika dia membunuh orang yang ingin merogolnya. Mempertahankan diri merupakan kewajipan, dan dia tidak bersalah jika dia membunuh orang yang ingin memaksanya melakukan persetubuhan. 

Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda:
  • “Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan hartanya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan dirinya ialah syahid, Sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan agamanya ialah syahid, dan sesiapa yang terbunuh dalam mempertahankan keluarganya ialah syahid.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban) 
Disamping itu, seorang perempuan tidak dibenarkan membunuh dirinya kerana takut dirogol. Seorang perempuan Muslim yang baik diwajibkan menangkis serangan penyerang, tetapi dia tidak dibenarkan pergi keterlaluan dan membunuh dirinya. Jika dia membunuh dirinya, maka dia melakukan perbuatan yang Haram. 

Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda: 
  • “Manusia daripada Ummat ku tidak dipertanggung-jawabkan atas perbuatan yang mereka lakukan kerana tersilap, atas perbuatan yang mereka lakukan kerana terlupa, dan atas perbuatan yang mereka dipaksa melampaui kemampuan mereka.” 
Allah (SWT) berfirman, 
  • “…, kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman. …” (An-Nahl: 106)”

Terjemahan daripada: Suicide to Escape Rape
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503544314&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaE%2FFatwaEAskTheScholar

(IH)

7 comments:

Anonymous said...

Pendidikan sekular dan undang-undang sekular telah gagal untuk membentuk manusia yang berakhlak mulia dan mencegah jenayah di negara ini.

Maka sudah tiba masanya untuk umat Islam di negara ini melaksanakan undang-undang Islam seperti Hudud untuk melindungi manusia dari kejahatan, kezaliman dan nafsu serakah penjenayah keparat yang tidak berhati perut.

Penjenayah amat takut pada Hudud maka mereka bersatu menentang Hudud dengan bantuan kafir harbi dan munafik liberal !

An Anonymous said...

Perenggan yg bawah tu amat nyata berlaku.

Mat Gunong said...

Allah al A'zim. Maaf sahabat , hamba sekadar ingin bertanya?.pengunaan Surah al Maidah juz 6 ayat 33 untuk menguatkan dan menghalalkan hujah saudara , sepatutnya dibaca bersama ayat 34. Iaitu Allah berfirman
34. Kecuali orang orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya,( mereka terlepas dari hukuman itu ). Maka ketahuilah,bahawasanya Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.
Riwayat mengatakan ,Allah menurunkan ayat ini kerana ingin mencela perbuatan Rasullullah yg menjatuhkan hukuman yg tidak wajar dan melampau terhadap suku ukul dan Urainah yg mengkhianati perjanjian dan keterbukaan serta bantuan Rasulullah terhadap mereka bila ingin menganut islam dan diriwayatkan mereka akhir murtad.
Sila rujuk kitab kitab muktabar untuk penjelasan lanjut. Hamba juga ingin menyentuh ayat 33 iaitu pengertian memerangi Allah dan Rasul. Mengikut tafsir al quran ialah derhaka atau melawan perintah Allah dan RasulNya dan * memerangi orang orang islam. Adapun erti orang orang yg berusaha membuat bencana dimuka bumi ialah orang orang yg keluar membawa senjata untuk membunuh,merampas harta dan perompak. ( ini kita boleh kategorikan KAFIR HARBI ).
Maaf kan hamba sekiranya hamba tersilap.

Mat Gunong said...

Nak tanya pendapat sahabat sahabat. Sekiranya pesalah dijatuhkan hukuman Hudud. Perlu kah lagi dikenakan hukuman takzir?. Saya tidak berniat hendak mempertikai apa apa pun, sekadar menambah ilmu. Sekiranya dalam kes diatas, , adakah pesalah akan dirotan depan khalayak kemudian denda. Minta beri pencerahan agar kita semua mendapat menafaatnya.

Anonymous said...

Mat Gunong menulis Riwayat mengatakan ,Allah menurunkan ayat ini kerana ingin mencela perbuatan Rasullullah yg menjatuhkan hukuman yg tidak wajar dan melampau terhadap suku ukul dan Urainah....


Jawapan saya:

Sesungguhnya kamu 'Mat Gunung' telah memfitnah Rasulullah s.a.w. dengan membuat dakwaan karut yang tidak berasas. Hanya orang kafir berani memfitnah Rasulullah s.a.w. .

Umat Islam tidak akan memfitnah Rasulullah s.a.w. kerana mereka amat mencintai Allah dan RasulNya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman yang sesuai dengan perintah Allah (Al-Maaidah 5:33) terhadap orang-orang tersebut yang telah mencuri,membunuh, murtad sesudah beriman dan memerangi Allah dan RasulNya.

Mat Gunong said...

Lu kaki belit. siang malam spin kenyataan orang. . Lain yg di eja. Lain yg kamu baca. Orang kata " biar nampak HODOH, jgn nampak BODOH.

Anonymous said...

Mat Gunung,

Petikan dalam komen 7:39 PM itu diambil dari komen 4:42 PM yang kamu tulis sendiri ! Sekarang kamu tidak mengaku pula ! Oh what a shame !

Nampaknya Lu kaki belit seperti ular sawa. Siang malam spin kenyataan orang sebab kamu tersangat terdesak mahu menipu umat Islam.

NAMPAKNYA KAMU HODOH DAN BODOH.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails