Tuesday, April 11, 2017

Kurang Ajar Hina PAS &S/Islam.. Hari Ini, Jom Bangkit Bantah!





Akhbar yang kurang ajar mengeluarkan kartun Bertajuk "Akta Monyet" kartun yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau memaparkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai "speaker" manakala seekor lagi memakai serban dan dinamakan sebagai "Hadi Awang" bertenggek di pokok "Akta 355".





"Hadi Awang" dipaparkan dengan memegang sebatang tongkat sakti sambil mahu menikmati juadah "keledek panas", manakala "speaker" melompat dari pokok itu, sambil berkata: "Simpan untuk hari kemudian."
Karikatur itu juga menunjukkan sekumpulan monyet yang bertekak di bawah pokok berkenaan.

Semakan Malaysiakini pada sekitar jam 6 petang tadi mendapati bahawa versi internet akbar itu telah menurunkan kartun berkenaan.

Akhbar itu juga membuat permohonan maaf terbuka petang ini.

"Akhbar kami bertarikh 8 April pada (bahagian) B2 menyiarkan satu komik mengenai Akta 355 dan tidak menghormati Pandikar and Hadi Awang. (Oleh itu) Nanyang dengan sepenuh hati memohon maaf kepada kedua-dua," kata kenyataan dikeluarkan itu.

Kartun berkenaan juga dipadamkan daripada siaran.

Ia diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau juga dikenali sebagai Akta 355 pada Khamis lalu.

Selepas pembentangan Abdul Hadi dan ucapan sokongan daripada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Pandikar memutuskan bahawa perbahasan usul itu ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat yang akan datang pada bulan Julai nanti.

Tindakan akhbar tersebut adalah penghinaan, Pemuda PAS Selangor menyeru umat Islam supaya bangkit dan mengadakan bantahan di luar pejabat akhbar itu di Petaling Jaya pagi esok.

“Dewan Pemuda PAS Selangor mengerahkan seluruh Pemuda dan menyeru umat Islam bangkit dan mara mempertahankan maruah umat Islam.

“Kebiadapan dan penghinaan yang di buat melalui karikatur kepada presiden PAS dan perjuangan martabatkan mahkamah syariah dalam RUU 355 oleh akhbar Nanyang Siang Pau,” katanya sambil menambah bahawa mereka menyerahkan memorandum menuntut permohonan maaf.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menyifatkan karikatur itu sebagai tindakan yang "kurang ajar dan melampau".

"Nanyang Siang Pau mesti menarik balik kartun itu dan memohon maaf kepada umat Islam, terutamanya PAS," katanya.

Beliau juga berkata parti itu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar berbahasa Cina, yang dimiliki oleh jutawan balak Sarawak Tan Sri Tiong Hew King.

Malaysiakini telah menghubungi Nanyang Siang Pau untuk mendapatkan ulasan mereka.

(TKO)


11 comments:

Anonymous said...

Ini kerana umat islam bertelagah sesama sendiri. Maki hamun sesama sendiri dah jadi zikir harian org umno, pas dan pan,,kerana diperbodoh cina mca,gerakan dan dap. Sebaliknya mereka bersatu. Ini lah hasilnya. Saya yakin, ada cina dap yg berlakon jadi melayu yg memaki hamun org melayu pas dan pan dlm ruangan komentar ini. Maka kita yg islam ni terasuk dgn provokasi mereka.

mohd shahran said...

memang monyet pun. hadi kutuk org lain guna binatang (babi, anjing, biawak)takpe.. bila kena kat dia kita sibuk marah

Anonymous said...

Pesan dgn Hadi dan khadam2nya..lainkali jgn suka melabel, menggelar org lain dgn kiasan binatang..tak elok akhlak mcm tu. skrg bila Hadi dilabel sbg ketua beruk tahu pulak walaun2 beruk terloncat2 kepanasan. Terimalah hakikat tu dan muhasabah diri.

Inilah dia politik NATANG yg PAS amalkan skrg.

Anonymous said...

Puak kafir

Anonymous said...

Puak kafir

Anonymous said...

Anon 8.31,,kartun tu hina islam. Bukan hina hj hadi saja. Tapi, oleh kerana ko benci hj hadi ko anggap kartun tu ditujukan kpd hj hadi saja ke? Lain la jika ko ni berlakon sebagai org islam agaknya...

Unknown said...

Jgn ambik versi orang lah mamat weh , mung dok dgr sdiri pun

Anonymous said...

Anon 9:34 kalo taknak Islam dihina jgn gadai agama utk politik. PAS dan lebai2 hancing 90juta perosak agama membuatkan Islam dipandang rendah dan ditertawakan oleh non muslims dan dunia luar. Ulamak2 jahat ada ramai dlm PAS.

Semua org yg hina Hadi bkn Islam. Mcm org hina Najib tapi bkn hina Melayu.

Anonymous said...

Puak munafik gadai agama 90juta dan peralatkan Islam lebih bahaya kpd Islam berbanding kafir yg belum terima hidayah Allah.

Anonymous said...

2:09...tak kisahlah sapa yg kamu sokong, tapi rasanya kamu tak payah komen lagi baik kot...

Anonymous said...

Anon 2:11....soros, bush, ariel sharon, netanyahu, trump, semua tu lum dapat hidayahkan? Pegilah kawan..xde pun jadi khadam jadila kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails