Tuesday, April 11, 2017

Hancur Nanyang! RUU 355, Demo Bantah Karikatur Nanyang.


RUU 355: Ratusan Berdemo Bantah Karikatur Nanyang

PETALING JAYA – “Hancur Nanyang!”… demikianlah gema ratusan peserta perhimpunan protes karikatur disiarkan Nanyang Siang Pau di luar ibu pejabat syarikat akhbar itu di sini hari ini.

Meskipun pihak akhbar berbahasa Cina itu dilaporkan sudah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan menarik balik daripada portalnya semalam, mereka tetap berkumpul untuk menyuarakan bantahan secara aman.
Dianggarkan sekitar 300 anggota pemuda daripada PAS dan pelbagai badan Islam tempatan mengadakan aksi demonstrasi  berhubung penyiaran kartun ‘Akta Kera’ yang diterbitkan Nanyang Siang Pau pada Sabtu lalu.
Ia menggambarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai monyet ceria di dahan pokok ‘Akta 533, ketika beberapa kera lain berkelahi di bawah pohon itu.
Ia susulan dua hari selepas Ahli Parlimen Marang itu membentangkan rang undang-undang persendirian yang dirujuk sebagai RUU 355 bagi memperkasakan hukuman dan bidang kuasa mahkamah syariah di Malaysia.
Karikatur menggambarkan monyet memakai serban yang dirujuk sebagai Abdul Hadi ada di atas pokok, manakala Pandikar sebagai monyet bersongkok pula lari meninggalkan pokok itu untuk merujuk penangguhan perbahasan.
Sekumpulan monyet yang ‘bertekak’ di bawah pokok berkenaan pula menunjukkan ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan mempertikaikan langkah membawa usul RUU 355 itu untuk dibahaskan pada sesi akan datang.
Semalam, Nanyang Siang Pau memohon maaf berhubung karikatur yang didakwa mempersendakan Abdul Hadi dan Pandikar sebagai monyet itu selain memadam kartun tersebut yang disiarkan menerusi laman eNanyang.my.
RUU 355: Ratusan Berdemo Bantah Karikatur Nanyang
Bagaimanapun, para penyokong PAS tetap menyerahkan surat bantahan kepada pengurusan Nanyang Siang Pau pada Selasa dan mahu pihak Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan tegas terhadap akhbar tersebut.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada petang Selasa, seorang aktivis PAS, Khairil Nizam Khirudin menegaskan bahawa Nanyang Siang Pau itu sekali gus telah menonjolkan sikap “biadap, tidak bermoral dan tidak beretika”.
Beliau turut berkata bahawa akhbar tersebut sebagai “tidak sensitif terhadap orang Islam di Malaysia”. Pindaan bertujuan untuk meningkatkan hukuman yang boleh dijatuhkan terhadap orang Islam bagi jenayah tertentu.
RUU yang diusulkan PAS bagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 itu termasuk kesalahan berzina, minum arak dan murtad yang kini hukumannya dikatakan agak ringan. – Agensi

6 comments:

Anonymous said...

Hadi yang dikatakan ulama itu sendiri pun sedap mulut mengatakan orang lain sebagai jebon, babi, anjing, biawak dan macam-macam lagi panggilan, apakah itu tidak biadab??? Memang sudah kenalah dengan dia sendiri digambarkan sebagai monyet barulah padan.

Anonymous said...

amno mana amano
tak tunjuk rasa ka sama
kata sensitif ngan perjuangan islam
ni pung satu puak cilako jugak

Anonymous said...

Saya tambah satu lagi... "butir taik"

Anonymous said...

Ki ki ki ki ki...kalau ikutkan sejarah, PAS itu sendiri pun adalah butir taik UMNO. Itulah sebabnya PAS pun sudah sedondon dengan UMNO.

Anonymous said...

Dari Umno dia datang, kpd Umno dia kembali.

Geng penyamun berkerjasama dgn geng lebai penipu. Dah kena dahhhh..

IrWrWs said...

Butir taik Pangkor 2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails