Tuesday, April 11, 2017

Pasangan Gay Di Aceh Dihukum Rotan 100 Kali. Mengapa Masih Meroyan?

Hasil carian imej untuk Pasangan gay di Aceh hadapi hukuman rotan 100 kali


BANDA ACEH – Pihak berkuasa Aceh akan melaksanakan hukuman rotan ke atas dua lelaki yang me­ngaku melakukan seks sejenis, kata seorang pegawai semalam, hukuman pertama seumpamanya terhadap pasangan gay di wilayah Indonesia berkenaan.
Hasil carian imej untuk Pasangan gay di Aceh hadapi hukuman rotan 100 kali
Jurucakap polis syariah Aceh, Marzuki berkata, pasangan gay itu boleh dirotan 100 kali jika didapati bersalah melanggar hukum syarak selepas mereka ditangkap oleh orang ramai yang menyerbu sebuah rumah sewa pada hujung Mac lalu.
Rakaman serbuan di ibu negeri wilayah Aceh, Banda Aceh yang tersebar di internet itu menunjukkan kedua-dua lelaki berkenaan yang masing-masing berumur 21 dan 23 tahun, berada di atas katil.
Polis syariah kemudian menangkap mereka. Kedua-duanya mengaku menjalinkan hubungan dan mengadakan seks sejenis sebanyak tiga kali, kata Marzuki.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan hukum syarak. Di bawah undang-undang itu, mereka yang ditangkap kerana berjudi dan minum arak dirotan di hadapan khalayak ramai sebagai hukuman.
Undang-undang tempatan yang berkuat kuasa pada 2015 juga menyatakan bahawa mereka yang melakukan hubungan gay boleh dirotan sebanyak 100 kali.
Kedua-dua lelaki yang ditangkap baru-baru ini akan menjadi pesalah pertama dirotan kerana melanggar undang-undang itu. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semua berjalan lancar, tiada masalah pun. Yang meroyan cuma puak-puak yang anti undang-undang syariah Islam samada di Malaysia atau di luar negara.

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails