Wednesday, April 12, 2017

Lacurkan Gadis Melalui Wachat Di Sini..

 INILAH hotel di Jalan Empat, Sandakan yang menjadi lokasi seorang remaja lelaki warga asing mengurung dan memperdagangkan tiga gadis bawah umur untuk dijadikan pelacur melalui aplikasi Wechat.

SANDAKAN – Remaja berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi antara dalang mengurung dan memperdagangkan tiga gadis bawah umur dijadikan pelacur dicekup di sebuah hotel di Jalan Empat di sini kelmarin.

Siasatan awal mendapati, penjenayah warga asing itu ‘mempromosi’ tiga mang­sa yang masing-masing berusia antara 15 hingga 17 tahun itu menggunakan aplikasi WeChat.
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk lacurkan gadis melalui wachat
Melalui langganan secara online itu, setiap pelanggan yang berminat ke atas gadis-gadis itu perlu membayar RM180 untuk mendapatkan khidmat seks.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Azhar Hamin berkata, ketika operasi dijalankan, polis menemui tiga mangsa bersama suspek berkenaan.
“Ketiga-tiga mangsa yang merupakan warga tempatan merayu agar diselamatkan dan memberitahu polis yang mereka dipaksa untuk melakukan aktiviti seks,” katanya semalam. (Kosmo!)

1 comment:

Anonymous said...

Jika Hudud dilaksanakan, kita yakin bapa ayam dan ibu ayam akan memberhentikan aktiviti melacurkan wanita dan palacuran kerana Hudud adalah hukuman berat yang ditakuti oleh penjenayah.

Malangnya puak kafir harbi, munafik liberal, pendakwah agama kafir dan penjenayah, pengusaha dan taukeh industri dosa besar dan kaki botol, kaki judi , kaki betina dll menentang perlaksanaan hukum Allah seperti Hudud semata-mata kerana mereka menyembah hawa nafsu serakah dan bersikap prejudis, perkauman dan cauvinis dan tidak rasional terhadap agama Islam dan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails