Friday, April 14, 2017

Ini, Rafizi Dedah Nasharudin Terima Dana 1MDB & PAS Jawab..

Nasharudin Mat Isa
Kerajaan perpaduan: Rafizi dedah Nasharudin terima dana 1MDB
Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini, beliau menamakan bekas timbalan presiden Pas itu sebagai penerima dana 1MDB.
Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.
Beliau mendakwa Nasharudin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Nasharudin yang kalah kepada Mohamad Sabu dalam pertandingan timbalan presiden parti pada 2011 sering dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.
Dilantik sebagai setiausaha agung oleh presiden Pas Datuk Fadzil Mohd Noor, Nasharudin mendaki hiraki kepimpinan Pas sebagai timbalan presiden parti setelah menewaskan penyandang jawatan yang juga tokoh veteran Pas Ustaz Hasan Shukri.
Setelah tidak lagi memegang jawatan penting dalam Pas, beliau kini memimpin Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yayasan yang diilhamkan oleh Najib.
Rafizi RamliRafizi Ramli









Rafizi pada 6 April lalu mendakwa mempunyai bukti seorang yang rapat dengan kepimpinan Pas menerima dana itu yang disalurkan langsung daripada akaun peribadi Najib.
Rafizi kemudian terus berteka-teki selama seminggu dan hanya memberi bayangan individu itu sebagai pemimpin Pas dan pernah ditegur mursyidul am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya, Rafizi berkata tranksaksi itu diberitahu kepadanya oleh seorang bekas pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB.
"Pas perlu kembali semak pastikan tidak ada satu sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan Pas," kata Rafizi.
Menurut Rafizi, pegawai kanan SPRM itu juga menjelaskan bahawa siasatan ke atas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum sebahagiannya berpindah kepada peguam tertentu.
SPRM katanya sudah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti individu yang dibayar dengan wang SRC International melalui beliau.
Salah seorang penerima bayaran itu ialah Nasharudin, namun Rafizi tidak dapat mengesahkan sama ada peguam yang dimaksudkan ialah Datuk Hafarizam Harun, peguam Najib, seperti didakwa portal Sarawak Report.
Menurutnya lagi, ahli parlimen Pas Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali juga pernah bertemu bekas pegawai SPRM itu untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB membabitkan Najib.
Menurutnya, perkara yang didedahkannya itu menjurus kepada salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara kerana bayaran kepada pemimpin Pas itu dibuat bagi 'melunakkan' suara Pas dalam isu 1MDB.
Menurutnya, ia juga menunjukkan Nasharudin tidak layak menganggotai Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.
“Sebagai seorang penerima dana, Nasharudin tidak layak dilantik ke panel tersebut," tegas beliau.
Rafizi juga memutuskan membuat dakwaan itu di bawah akuan berkanun supaya beliau boleh membuktikan kebenaran dakwaan itu.
"Kalau petang ini ada perkara yang saya sebut tak betul, boleh buat laporan polis supaya boleh lalui proses undang-undang.
"Saya sudah bagi lesen untuk menggari saya. Kalau yang saya sebut ini tak betul, boleh tangkap masukkan saya dalam lokap malam ini juga," cabar beliau.
Ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun mengalu-alukan sebarang proses perundangan supaya dapat membuka jalan menyiasat perkara ini.

Kenyataan Media PAS Pusat: Akuan Bersumpah YB Rafizi Ramli - "Bekas Timbalan Presiden PAS Terima Wang 1MDB"

1. PAS Pusat ingin menyatakan bahawa bekas Timbalan Presiden PAS, Dato' Dr. Nasharudin Mat Isa, tidak pernah memegang sebarang jawatan dalam PAS sejak beliau tewas dalam pertandingan jawatan tersebut pada tahun 2011 dan setelah ditamatkan sebagai Ahli Majlis Syura 'Ulamak PAS.
2. PAS Pusat mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada dan/atau melalui beliau dalam apa bentuk sekalipun daripada tarikh tersebut kecuali sumbangan tetap bulanan sebagai Ahli Parlimen PAS (berakhir Mei 2013 sebagai Ahli Parlimen Bachok).
3. PAS Pusat menyerahkan perkara Akaun Bersumpah YB Saudara Rafizi Ramli dalam hal ini kepada Pihak Berkuasa untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang. Namun PAS berpandangan ianya kekal berstatus 'dengar cakap' (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu 'maklumat' ini kepada beliau mengesahkannya.
4. Dalam masa yang sama PAS menggesa YB Saudara Rafizi Ramli agar turut dengan segera membuat Akaun Bersumpah tentang dakwaan 'bersifat rasuah' yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin dan Chegubard baru-baru ini terhadap beliau dan beberapa pemimpin Keadilan yang lain Untuk makluman dan pertimbangan rakyat Malaysia.
Terima kasih.
DATO' TAKIYUDDIN HASSAN
SETIAUSAHA AGUNG PAS
Bertarikh: 13 April 2017.

23 comments:

Anonymous said...

Patut dlm parliment semua lobai2 ni senyap pasal 1MDB. Bila ditanya ada lobai2 ni kata "tak ada 4 org saksi tak blh dakwa".

Keh5
Patut la jawap macam tu
Rupa2nya ada lobai yg bersubahat dlm 1MDB ni.


Memang hancin lobai2 ni

Mat Gunong said...

Assalamualaikum Tuan Aji. Alhamdulilah pas dah buat kenyataan. Memang berat tuduhan saudara Rafizi itu dimana disertakan dengan pengakuan berkanun. Adakah
antara Saudara Rafizi kurang bijak ( tuduhan palsu pasti beliau lumat dikerjakan).Atau saudara Rafizi amat ,YAKIN dengan tuduhan itu. Antara 4 hujah penafian PAS itu, tiada satu pun hujah yg kuat untuk menolak hujah dan tuduhan beliau..
Lencun lah macam ni! Habaq Hang.
Dinasihatkan PAS pula buat sumpah laknat utk menafikan semua ini. Perang Persepsi lawannya persepsi juga. Pengakuan berkanun vs Sumpah laknat.

Anonymous said...

Kepala butuh hang sumpah laknat

Anonymous said...

Lobai.. nafi2 ni mmg dh jd buah mulut.
Mcm tu la juga bila dulu ditanya pasal UG...sampai tok lebai hadi pun kelentong. Tup..tup...Hassan Ali dan Nasa sendiri yg ngaku ada perancangan utk UG. Tapi sekor lebai pun tak mahu ngaku.

Ini lah lobai2 zaman sekarang.
Bau hancing tak akan hilang.

Anonymous said...

Sedarlah bahawa PAS adalah anak butir taik UMNO, itu adalah hakikat. Patutlah PAS langsung tidak bersuara mengenai 1MDB, sudah didedakkan. InnaUMNOiwainnaUMNOirojiun.

Anonymous said...

Parti lebai perasuah 90juta hasil songlap duit rakyat Msia.

mahligaiseni said...

Jangan risau. Jika tidak salah, ketidaksalahan itu akan terserlah. PAS jangan risau jika tidak bersalah. Seandainya bersalah, maka bertindaklah dengan jiwa besar. Jawapan hanya ada dalam "diri PAS". Jika tuduhan ke atas PAS itu fitnah, saya nasihatkan orang berkenaan segera insaf. Saya dan ramai rakyat negara ini hanya mahukan suatu kebenaran.

Anonymous said...

Nampaknya balaci-balaci ternakan Lm Gone End seronok memfitnah parti Islam dan ulama Islam. Malangnya komen-komen balaci-balaci tersebut jelas mencerminkan kedunguan dan kebodohan balaci-balaci itu sendiri.

Semua orang boleh membuat SD untuk menuduh seseorang tetapi persoalannya ialah MANA BUKTI yang menyokong SD tersebut? Kalau setakat membuat SD untuk menuduh orang lain tanpa sebarang bukti , SD itu hanyalah satu 'hearsay' sahaja yang pasti akan ditolak oleh mahkamah ! Ini bererti SD itu bernilai sampah sahaja !

Balaci-balaci ternakan kafir harbi juga telah mencipta pelbagai fitnah seperti kerajaan UG dll untuk memfitnah ulama Islam dan parti Islam. Kita semua mengetahui kerajaan UG tidak pernah wujud maka jelaslah balaci-balaci ternakan kafir harbi adalah pendusta low-class !

Balaci-balaci kafir harbi juga mendakwa parti Islam bekerjasama dengan parti keris sedangkan kita semua mengetahui matlamat perjuangan parti Islam yang berlandaskan Islam adalah berbeza dengan matlamat parti keris maka mustahil untuk parti Islam bekerjasama dengan parti keris.

Sekali lagi balaci-balaci ternakan kafir harbi membuktikan diri mereka sebagai pendusta low-class !

Balaci-balaci ternakan kafir harbi juga telah membuat kesimpulan yang amat bodoh yang menunjukkan otak balaci bersaiz biji kacang tanah dengan mendakwa jika seorang ahli sesuatu parti politik menerima wang dari pihak lawan, maka pemimpin pun turut mendapat wang tersebut.

Maka berdasarkan kesimpulan bodoh balaci-balaci ternakan Lm Gone End, jika seorang ahli parti DA-Pig menerima rasuah, ini bererti semua pemimpin DA-Pig menerima rasuah tersebut !

Balaci kafir harbi masa kecil tak mahu mampus, bila sudah dewasa sibuk fitnah agama Islam, umat Islam dan parti Islam.

Anonymous said...

Err...komen di atas tu ada unsur Islamik ke?

Anonymous said...

Busuknya TAHI2 lobai..

Anonymous said...

Lebai TAHI AYAM pun dah ada la ni..
He5.

Mat Gunong said...

Jawab lah dengan fakta bila membalas hujah, bukan dgn maki hamun dan kata kata lucah. Chillex lah bang aji, jangan tunjuk sangat kecelaruan minda dan perasaan tu. Orang kampung semua dah tahu yg mana fakta , dan yg mana kaki auta.

Anonymous said...

Yes. Rafazi telah menepati janjinya. Pas bila nak menepati janji utk saman husam?

Anonymous said...


Lebih baik lagi Haji Bakhil bin Lebai Kedekut dari lobai2 yang makan dedak dan mulut asyik keluar butir taek low.


ish...ish...ish...ish....

Anonymous said...

Pas parti lebai perasuah nak bekerjasama dgn parti penyamun Umno. Patutlah boleh sedondon. Sehati sejiwa.

Melayu rosak kerana UMNO.
Islam rosak kerana PAS.

Anonymous said...

MAKIN KUAT SENGAL PAK LEBAI NI

Anonymous said...

Betapa sesatnya balaci-balaci ternakan DA-Pig yang memuliakan Lm Gone End dan menghina dan memfitnah ulama Islam dan parti Islam yang sedang berusaha membela agama Islam dan hak umat Islam.

Maka tidak hairanlah balaci-balaci pemakan dedak babi cap roket dan pemimpin kafir harbi berani menghina, memaki hamun, memburuk-burukkan, memfitnah dan menentang ajaran Islam dan undang-undang Islam, pendakwah Islam, ulama Islam, mufti dll.

Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang ditulis sendiri oleh balaci-balaci ternakan DA-Pig, maka kita semua tahu bahawa balaci-balaci ternakan DA-Pig dan pemimpin DA-Pig seperti Lm Gone End bersifat seekor, hancin, Lencun, Bau hancing, anak butir taik, perasuah , songlap duit rakyat Msia ,Busuk, TAHI2, TAHI AYAM, maki hamun, kata kata lucah, sangat kecelaruan minda dan perasaan, kaki auta, makan dedak dan mulut asyik keluar butir taek, perasuah, perasuah, penyamun, rosak dan MAKIN KUAT SENGAL !

Anonymous said...

PAS parti lebai perasuah 90juta hasil songlap duit rakyat marhaen terbesar di dunia.

Anonymous said...

Balaci 9:31 AM ternakan kepala tahi DA-Pig memulakan waktu pagi ini dengan dakwaan karut tanpa sebarang bukti. Mana Bukti? Tiada bukti ! Tiada bukti bererti balaci dan pemimpin Pakatun Haprak pimpin Lm Gone End adalah pendusta yang amat menjijikkan! SD rfz yang berbentuk 'hearsay' pun diannggap bukti sedangkan SD tersebut setara dengan sampah.

Nampak sangat kedunguan dan kebodohan balaci-balaci pemakan dedak babi cap roket !

Lu pergi cakap depan cermin lah bhai !

Anonymous said...

Balaci 10:05 anak dajjal parti lebai perasuah duit haram rompakan terbesar di dunia.

Anonymous said...

Anak dajjal 1:12 PM ternakan Lm Gone End sedang meroyan sakan dan memaki hamun apabila dia gagal menjawab soalan MANA BUKTI RASUAH RM 90 JUTA?

Anonymous said...

Nak tahu bukti dan kebenaran gi tanya bapak dajjal Parti Ajaran Syaitan kat marang nun..suruh dia jumpa rafizi di mahkamah.

IrWrWs said...

Kalau dia menipu pun tak de kesan apa pun pada PAS.. pada kami yg paling penting TGHH kekal memimpin kami.. Kalau TGHH cuba nak jadi barua DAP macam ulamak PAN, dia pun akan kami singkirkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails