Thursday, August 14, 2014

2 Adun PAS Belakangi Parti, Diberi Trmpoh 24 Jam Tarik Balik...

Saari Sungib (kiri) dan Hasnul Baharuddin rela meninggalkan PAS demi memastikan Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar Selangor.

KUALA LUMPUR: PAS Selangor memandang serius tindakan Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Morib, Hasnul Baharuddin yang telah mengambil pendirian dan sikap bersendiri tanpa menurut tatacara dan arahan yang telah ditetapkan oleh parti.

Mereka pada sidang media tengah hari tadi menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

"Tindakan 2 Adun PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak," ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya PAS negeri memberi tempoh 24 jam untuk mereka menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuansi tindakan.

Beliau berkata, PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis Syura Ulamak yang harus dipatuhi.
                                           
"Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan? Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 haribulan ini?"
"Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 haribulan ini. Sebab itu sabar," katanya lagi.

Justeru, beliau menasihati kedua-dua Adun itu menarik balik tindakan mereka atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan sewaktu menjadi calon pada PRU13 lalu.

Tegasya, arahan daripada Pesuruhjaya PAS negeri adalah  tumpu kepada  pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti. - HARAKAHDAILY 14/8/2014


Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

1 comment:

Anonymous said...

Hang sapa Khairudin. Kami penyokong PAS dah menyampah dengan pemimpin PAS bertaraf otak belacan macam kamu dan lain-lain pemimpin atasan Pas. Aapapun pendirian pendirian Hj Shaari Sungip dan Hasnul tetap penyokong PAS menyokong mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails