Friday, May 07, 2010

Promosi Kedai Guntiing Rambut Ala Pendekar Shoalin

JOM KREATIF

Cukur rambut aneh

Wang, gunting rambut ala pendekar shoalin..

JIKA Anda berkunjung ke kota Changsha, Hunan Cina, jangan terkejut bila disalah satu sudut jalan anda jumpai seorang lelaki sedang memotong rambut pelanggannya dengan gaya aneh, kadang terbalik, mengiring dan sebagainya. Potong rambut gaya kungfu.

Seorang lelaki 36 tahun bernama Wang Xiaoyu menggunting rambut pelanggannya dengan gaya ala pendekar Shaolin. Dia yang pernah berlatih ilmu bela diri kungfu hingga 18 tahun itu menerapkan ilmunya pada profesyen yang ditekuninya sekarang, iaitu buka kedai gunting rambut.

Wang pergunakan ilmu kungfunya sebagai ilmu marketing. Iaitu, promosi kedai guntingnya ala pendekar Shaolin. Ramai yang berlumba-lumba nak cuba..

Ini lain, 31 tahun tidak pernah gunting rambut, pernah masuk ke guinness book of records.

Ini lagi lain. Seorang lelaki Australia mempunyai janggut dan rambut panjang tak pernah dipotong lebh dari 10 tahun..

Susunan Blog Ibnu Hasyim.

Siri Jom Kreatif, antara lain..


Pakatan Kedah Akan Tumbang, 3 ADUN Akan Lompat..


BN Kedah: Sama ada pilihan raya baru atau kerajaan tumbang

KUALA LUMPUR, 7 Mei 10 — Barisan Nasional (BN) Kedah membayangkan mempunyai peluang cerah untuk melihat beberapa Adun Pakatan Rakyat akan keluar parti komponennya, sekali gus mengubah landskap pentadbiran negeri semasa.

Sehubungan itu, Umno salah satu komponen BN meramalkan sama ada Kedah akan berubah tangan ataupun sekurang-kurangnya membawa kepada pilihan raya umum negeri yang baru. Umno melihat kemungkinan tersebut berdasarkan perbezaan empat kerusi DUN antara Pakatan Rakyat dan BN yang mendakwa menerima sokongan wakil rakyat Bebas.

Awal tahun lalu kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat tumbang selepas tiga adun - masing-masing dua dari PKR dan satu wakil rakyat DAP keluar parti dan menjadi Adun Bebas mesra BN. “Saya lihat ada peluang (untuk beberapa Adun Pakatan) keluar parti... saya melihat kemungkinan itu kerana sudah ada yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti mereka,” kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Nawawi juga berkata, pihaknya mempunyai maklumat beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat juga tidak berpuas hati dengan parti masing-masing buat masa sekarang. Percaturan Umno-BN ialah antara dua hingga tiga Adun kemungkinan keluar. Bagaimanapun Nawawi enggan menyebut nama Adun yang berpotensi untuk keluar Pakatan Rakyat itu.

“Jika dua wakil rakyat parti (komponen Pakatan) keluar bermakna keseimbangan anggota di DUN iaitu 18:18... sama di pihak Pakatan dan juga BN, jika ini berlaku kerajaan negeri tidak boleh berfungsi, dan pilihan raya umum negeri perlu diadakan, tiada pilihan.

“Jika tiga wakil rakyat keluar dari Pakatan, kami akan ada sokongan lebih satu kerusi iaitu 19:17. Dalam keadaan ini, BN boleh mengambil alih kerajaan, seperti yang berlaku di Perak,” katanya lagi.

Akhir bulan lalu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau tidak khuatir jika masih ada Adun daripada Pakatan Rakyat bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu. Sebaliknya, beliau telah bersedia Show All menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan DUN jika ia benar-benar berlaku.

“Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim,” katanya.

Sehingga kini kerajaan yang dipimpin Pakatan Rakyat sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada PKR iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.

Radzhi keluar tahun lalu manakala Tan bulan lalu ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor. Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas. Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR tiga dan DAP satu kerusi.

BN mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut. Kedah merupakan salah satu daripada lima negeri dikuasai Pakatan Rakyat pada Mac 2008.

Dalam pada itu, Pengerusi PKR Kedah Datuk Johari Abdul pula memberitahu The Malaysian Insider bahawa BN dengan “agresif” cuba mendampingi wakil rakyat Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini khususnya anggota PKR untuk mendapatkan sokongan mereka.

Pun begitu Johari juga melahirkan keyakinan kemungkinan wakil rakyat Pakatan Rakyat akan bertindak keluar parti tidak mungkin berlaku.

“Kami ada menerima laporan mengenai perkara ini. MB juga menyedari perkara ini memandangkan kesemua mereka yang telah didampingi BN telah memaklumkan kepada beliau.

“Mustahil perkara itu akan berlaku,” kata beliau kepada The Malaysian Insider. (AK)

Zina Dalam Tandas, Lagi Bukti Dasar Pelajaran Gagal

MEI 07 10 MELAKA: Memualkan apabila seorang gadis berusia 14 tahun yang ponteng sekolah tergadai ‘mahkotanya’ selepas dipercayai melakukan perbuatan terlarang dengan seorang pelajar lelaki yang juga kenalannya di dalam tandas awam di pusat bandar ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini baru mengenali pelajar lelaki tingkatan tiga berusia 15 tahun terbabit pada awal bulan lalu dan bertemu di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, dekat sini.

Bagaimanapun, rahsia mereka terbongkar selepas pihak sekolah remaja perempuan terbabit menghubungi ibunya bertanyakan mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan. Tembelang gadis terbabit terbongkar selepas ditanya ibunya sebelum membuat laporan polis sehingga remaja lelaki terbabit ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata remaja lelaki terbabit kini ditahan reman tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Katanya, siasatan lanjut mendapati pasangan berkenaan berkenalan pada awal bulan lalu apabila mereka bertemu secara kebetulan di bandar ini ketika sama-sama ponteng sekolah. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: 'Tergadai Mahkota' itu apa? Zina? Rogol? Jelasnya, lagi bukti dasar pelajaran dan pendidikan negara ini gagal.

Lihat ini...

Samseng Junior: Lagi Dasar Pendidikan Gagal

Perangai samsengkah ini?? Bapak borek...

MEI07,10 AMPANG: ‘Samseng Junior’. Itu gelaran yang layak diberikan kepada empat pelajar apabila mereka yang masih menuntut di bangku sekolah sudah berani berjinak-jinak dengan kumpulan samseng. Kumpulan samseng cilik terbabit mula menunjukkan ‘taring’ mereka apabila meminta wang perlindungan daripada rakan yang juga pelajar di sekolah sama di Ampang.

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu tidak bertahan lama apabila semua pelajar terbabit diberkas polis, kelmarin selepas kegiatan mereka itu dilaporkan seorang mangsa yang tidak berpuas hati kerana kerap diugut supaya memberikan wang.

Menurut sumber, semua pelajar terbabit yang berusia 13 hingga 14 tahun mengugut beberapa pelajar sekolah berkenaan dengan meminta mereka memberikan wang sebagai perlindungan.

“Seorang daripada mereka yang bertindak sebagai ketua sering mengugut rakan sekelasnya menyerahkan wang kononnya sebagai perlindungan dan juga yuran untuk kumpulan yang disertai mereka.

“Pelajar terbabit yang berlagak samseng itu meminta rakan sekelasnya membayar RM100 dan jika berdegil dia akan memanggil ahli kumpulan lain untuk memukul mangsa,” katanya.

Menurutnya, kejadian meminta yuran sebagai jaminan untuk mendapat perlindungan daripada kumpulan yang dianggotai pelajar terbabit berlaku sejak Januari lalu.

“Mangsa tertekan dengan perangai rakannya yang berlagak samseng dan mengugut akan memukulnya jika dia enggan menyerahkan wang yang kononnya hanya diambil sekali dalam setahun.

“Berikutan itu, mangsa hanya mampu memberikan RM50 kepada kumpulan pelajar terbabit dan dia diminta membayar baki selebihnya jika tidak mahu dipukul,” katanya.

Sumber terbabit berkata, sejak itu mangsa mula tertekan dan dia sentiasa dibayangi kumpulan pelajar terbabit membuatkannya terpaksa membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana takut diganggu.

“Selain itu, mangsa turut diberitahu beberapa rakannya yang mereka juga diperlakukan sedemikian oleh kumpulan pelajar terbabit.

“Tiga rakan mangsa mendakwa mereka turut membayar RM100 setiap seorang kepada kumpulan terbabit kononnya sebagai yuran perlindungan,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa diugut menyerahkan wang ketika dia menjalani latihan sukan. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahan empat pelajar terbabit.

“Kami memandang serius perbuatan samseng yang membabitkan pelajar sekolah dan gejala tidak sihat seperti ini perlu dibendung kerana faktor usia yang muda dan mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Antara siri kegagalan dasar pelajaran dan pendidikan negara..

GRO Menyorok, Cekup Jangan Tak Cekup

Seorang GRO ditemui sedang bersembunyi dalam lorong rahsia ketika diserbu di George Town kelmarin.

GEORGE TOWN - Cubaan 25 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China bersembunyi di beberapa tempat rahsia untuk mengelirukan pihak berkuasa gagal apabila kesemua mereka dapat dicekup di sebuah pusat karaoke di sebuah hotel di Jalan Anson di sini kelmarin.

Dalam serbuan pukul 11.30 malam itu, sebahagian daripada mereka didapati bersembunyi di lorong rahsia yang dihadang dengan sofa, bilik yang berkunci dan atas bumbung.

Bagaimanapun, kesemua taktik tersebut dapat dihidu hasil kecekapan sepasukan 29 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Pulau Pinang.

Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu, Roslan Wan Chik berkata, sebaik serbuan dilakukan, mereka hanya mendapati seorang lelaki yang merupakan pemilik premis berusia dalam lingkungan 50-an berada di situ. (AK)

Mi Segera: Buat Kajian Sendiri, Bukan Nafi Tanpa Bukti..


PENGGUNA

MEI 7,10 GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam meminta Kementerian Kesihatan membuat sendiri kajian makmal bagi membuktikan kesahihan dakwaan bahawa mi segera tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai.

Kementerian itu dalam kenyataannya yang disiarkan semalam menafikan makanan itu berbahaya dan menganggap CAP yang membuat dakwaan itu pada 21 April lalu tidak mempunyai bukti saintifik.

Pegawai Pendidikan CAP, N.V Subbarow berkata, pihaknya telah membuat kajian ke atas pelbagai jenis mi segera berdasarkan keputusan ujian makmal persendirian. (AK)

Rita & Suami, Kahwin Luar Kariah Pun Didenda...

Rita berbincang sesuatu dengan Aidil Zafuan di luar bangunan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.

KL Mei7 10 - Pelakon Rita Rudaini dan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah mengaku berkahwin di luar kariah dua tahun lalu.

Pasangan itu bakal berdepan hukuman penjara 15 hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman tersebut mengikut Seksyen 40 (2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 selepas pasangan itu bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di wilayah Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah Malaysia, mengaku berkahwin di Luar Negara didenda, bersekedudukan tanpa nikah diluar dan di dalam negara tiada undang-undang denda..

Piala Dunia: Islam UMNO, Ada Judi Halal, Ada Judi Haram.

SUKAN

MEI 06, 10: KERAJAAN mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram. Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya (Sumber Bernama)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Rupanya dalam Islam UMNO, ada judi halal ada judi haram..

Thursday, May 06, 2010

Orang Asli: Serangan Kristian PKR, Apa Sikap PAS?

Catatan Santai Ibnu Hasyim

Renungan masa depan genersi baru orang asli..
Gambar bawah: Dr Mujahid.

TERTARIK saya melihat pandangan Blog Warta Shubhi' COAC Desak JHEOA DiTutup Sahaja, The Nut Graph Mem...'

Menurut blog itu, Centre For Orang Asli Concern atau singkatannya (COAC), merupakan NGO yang bergerak atas matlamat membantu dan memelihara kehidupan orang asli yang terdapat di Malaysia. COAC dengan terbuka menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. Pada saya (Ibnu Hasyim), itu cukup baik!

Kata blog itu lagi, "Namun apa yang amat menyedihkan, organisasi ini sejak akhir-akhir ini seperti mengorek segala aktiviti atau usaha mengislamkan orang asli yang dilakukan oleh berbagai pihak."

Contohnya, baru-baru ini, koordinatornya Dr Colin Nicolas begitu lantang sekali mempersoalkan penglibatan JHEOA dalam usaha mengislamkan orang asli. Sila klik di sini untuk temubual beliau dengan The Nut Graph. Mereka juga menjadikan buku penulisan seorang anthropologist dari Jepun, Nobuta Toshihiro yang menjalankan kajian orang asli di Malaysia dalam tahun 1990.

Nobuta mendakwa bahawa terdapat pertanda yang amat jelas bahawa polisi JHEOA adalah untuk mengislamkan orang asli di Malaysia. JHEOA bersama dengan Jabatan Agama Islam telah melatih seramai 250 pendakwah dalam usaha mengislamkan mereka pada tahun 1991 dan kumpulan ini dinamakan sebagai 'penggerak masyarakat'.

Kata blog itu lagi,

"Saya tidak mempersoalkan matlamat JHEOA yang giat berusaha menyesuaikan orang asli dalam arus pembangunan dan berusaha menjadikan mereka sebagai orang Islam, tetapi yang kita persoalkan ialah bagaimana aktiviti dakwah tersebut dijalankan.

"Jika dilihat dari serangan COAC terhadap JHEOA, ia menunjukkan bahawa usaha dakwah tersebut telah dijalankan atas kepentingan politik, maka saya kira disitulah munculnya konflik yang memesongkan matlamat suci berdakwah.

"Kita sepatutnya berdakwah atas dasar agama serta ikhlas menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam, lagi pun tiada lansung halangan bagi umat Islam di Malaysia ini menjalankan usaha dakwah pada penganut agama selain dari Islam. Parti mana yang mahu disokong oleh orang asli selepas itu adalah hak individu orang asli tersebut.

"Dengan munculnya COAC yang terang-terangan menyokong PR, timbul satu lagi pihak yang berusaha mendekati dan membantu orang asli yang pasti mempunyai unsur politik agar orang asli memihak kepada parti yang mereka sokong. Satu lagi masalah yang bakal timbul adalah mereka yang bergiat aktif dalam COAC merupakan individu yang beragama Kristian, maka akan timbul pula usaha mengkristiankan orang asli di Malaysia.

"Dalam rekod selama ini, orang kristian amat berjaya mengkristian orang asli kerana keunikan serta kesungguhan mereka memikat hati orang yang mereka hampiri. Mereka mempunyai tenaga serta sistem yang teratur dan terurus dalam usaha mereka tersebut.

"Satu lagi yang saya persoalkan ialah di mana orang PAS dalam usaha menghampiri penduduk orang asli ini? Adakah Pas mempunyai satu badan NGO yang khas menumpukan aktiviti mereka mendalami serta memahami keadaan orang asli di Malaysia seperti mana PKR yang mempunyai COAC?.

"Mungkin orang Pas akan berkata, kita sibuk berdakwah pada orang tak asli Malaysia yang masih lagi tidak mengamalkan Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup?

"Walau apapun gerakan COAC serta The Nut Graph mencari kesalahan terhadap aktiviti mengIslamkan orang asli adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam di Malaysia." Begitu pandangan blog tersebut.

Jadi kebimbangan ini timbul adalah kerana adanya gerakan melalui NGO menyokong (mungkin mempergunakan) PKR atau PR, yang mendakyahkan Kristian di kalangan orang Asli di negara ini. Hal menyentuh perasaan orang Islam yang juga bernaung di bawah PR, terutamanya PAS. Dalam pengalaman saya mendampingi orang asli, saya boleh tunjukkan bukti ada seorang isteri Tok Batin di Gombak berugama Islam yang tukar agama menjadi Kristian, sehingga terpaksa bercerai-berai dengan suaminya.

Solusi:

1.. Perlu diwujudkan sebuah NGO untuk membebaskan pemikiran orang asli dari pemahaman yang mundur ke arah pembangunan ruhani dan jasmani. Pertubuhan ini perlu mendampingi orang asli. Tidak kira parti, kerana kalau perjuangan tertumpu sepenuhnya kepada Islam yang syumul, tanpa disaluti selut-selut asobiah, maka pertautan dengan 'tali Allah' itu akan terjalin.

2.. PAS perlu menggerakkan Lajnahnya ke arah mendampingi orang asli. Mungkin Lajnah Perpaduan Nasional di bawah Dr Mujahid, atau perlu diwujudkan sebuah Lajnah baru.

Sekian. Jika ada respon, saya akan sambung lagi, insyaAllah.


Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. Mei 06, 10.

Lihat, ada kaitan...

Serah Laut, Saman Kerajaan: Kit Siang Sokong Husam


KL, 6 Mei 10: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyokong penuh cadangan Exco Kelantan, Datuk Husam Musa untuk memfailkan saman kepada kerajaan persekutuan berikutan penyerahan sempadan laut mengandungi dua medan minyak Blok L dan M di Laut China Selatan kepada Brunei.

Beliau dalam blognya berkata, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Kelantan itu tepat dan wajar sebagai usaha melindungi hak generasi masa depan rakyat Sarawak, Sabah dan Malaysia sendiri.

Semalam Husam yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, mencadangkan agar diambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan persekutuan berikutan pengambil-alihan kawasan perairan laut bersempadanan dengan Negara Brunei.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata beliau akan mencadangkan Husam mengetuai Jawatankuasa Khas Pakatan Rakyat bagi menyaman Kerajaan Persekutuan dalam mesyuarat ketua-ketua Pakatan Rakyat akan datang.

"Saya sendiri akan mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas yang bakal diketuai oleh Husam ini diwujudkan di mesyuarat ketua-ketua Pakatan Rakyat akan datang," katanya.

Selain mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, DAP juga jelasnya bersetuju dengan cadangan Husam agar perdana menteri menyediakan kertas putih berkaitan isu-isu tersebut. Datuk Seri Najib tegasnya perlu mendedahkan kepada awam segala bentuk surat dan dokumen di antara Putrajaya, Brunei, Sabah, Sarawak dan syarikat minyak negara iaitu Petronas yang berkaitan dengan penyerahan kawasan bersempadan.

Ianya termasuk juga laporan segala keputusan yang telah dibuat oleh kabinet sebelum memutuskan perkara tersebut. (AK)

Golongan Pengkid Melanda Chow Kit 'Jual Emas'

TAK MALU...pasangan pengkid yang menawarkan khidmat  ‘mahu emas’.
Pasangan pengkid yang tawarkan khidmat ‘mahu emas’..

KL Mei 6 10: Golongan pengkid kini dijadikan sasaran utama sindiket pelacuran murahan bagi memenuhi nafsu serakah lelaki miang berusia 50-an yang dikatakan ingin mengubah selera kerana sudah bosan dengan tubuh wanita. Selera luar biasa lelaki hidung belang itu menyebabkan pengkid terbabit sering didekati bapa ayam bagi menawarkan pekerjaan sambilan itu.

Mereka ini yang ramai bergerak dalam kumpulan di Chow Kit berhampiran stesen monorel, sering didekati bapa ayam yang berkeliaran di kawasan itu untuk menawarkan pekerjaan dengan bayaran tertentu.

Biasanya, mereka ini menggunakan istilah baru iaitu ‘mau jual emas’ apabila mendekati pengkid terbabit. Jika bersetuju, pelanggan sudah sedia menanti di hotel murah berhampiran.

Pengkid yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 24, mengakui pernah ditawarkan seorang bapa ayam untuk melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

“Saya terkejut apabila disapa sebegitu, mulanya saya tidak mengerti apa maksud sebenar, apabila saya bertanyakan, lelaki itu berkata mahu tubuhnya dijual atau tidak. Selepas itu, saya mengerti ‘emas’ membawa maksud kemaluan.

“Jika bersetuju, saya akan dibawa ke hotel murah dan diberi bayaran seperti dijanjikan,” katanya.

Menurutnya, bapa ayam terbabit sering berkeliaran menggunakan motosikal di lorong kecil di belakang hotel murah di Chow Kit untuk mencari penjual ‘emas’.

“Saya pernah melihat, seorang pelacur berusia 40-an menunggu pelanggan di dalam kereta dan berlaku sesi jual beli ‘emas’ di situ dan selepas itu mereka terus ke hotel murah berhampiran,” katanya.

Sambil menceritakan pengalamannya itu, Man yang dulunya pernah bekerja di sebuah kedai di kawasan itu, kerap melihat pelanggan keluar dan masuk hotel murah berkenaan yang dijadikan sarang pelacuran.

“Lebih mengejutkan, kebanyakan pelanggan berusia 50-an yang begitu menginginkan tubuh mereka dibelai pengkid, saya rasa mereka sukakan golongan ‘ganas’ seperti kami,” katanya.

Tinjauan Harian Metro selama dua jam di hotel yang dimaksudkan Man mendapati ia dijaga rapi beberapa bapa ayam. Difahamkan, Man yang berasal dari Pahang ini menyifatkan lelaki veteran ini lebih cenderung memilih pengkid kerana beranggapan golongan sepertinya lebih selamat daripada penyakit berjangkit seperti HIV berbanding golongan pelacur yang kerap bertukar pelanggan.

“Saya pernah bertanyakan salah seorang warga emas itu kenapa mereka lebih memilih golongan sepertinya, dia berkata pada usia emas ini, mereka sudah bosan dilayan wanita yang bersifat kewanitaan dan mahukan layanan ‘ganas’ dan lain daripada biasa,” katanya.

Man yang ditemani seorang lagi rakan pengkidnya, Zack, 21, turut mengakui pernah ditawarkan layanan seperti itu, tetapi menolak kerana tiada hati pada golongan lelaki.

Zack yang berasal dari Terengganu, berharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu untuk membanteras aktiviti tidak sihat ini daripada berleluasa selain menyelamatkan pengkid lain daripada tersasar jauh.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bahagian Agama atau jabatan lain yang bertanggung jawab, sila ambil perhatian.

Ciri-ciri:


i..Pengkid.

Wanita yang..
  • Berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup)
  • Tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki
  • Menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks
  • Membengkung payudara
  • Suka wanita cantik
  • Menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu.
ii..Tomboi
Wanita yang..
  • Perwatakan seperti lelaki
  • Ada perasaan terhadap lelaki
  • Bukan lesbian (suka sesama jantina atau pengkid)
  • Minat terhadap aktiviti lasak dan mencabar
  • Ada sikap kasar dan ganas
iii. Lesbian
Wanita yang..
  • Perwatakan sama seperti wanita sejati
  • Homoseks (lesbian)
  • Memiliki sikap cemburu
  • Suka wanita cantik.
Begitu kira-kira.. Lihat, ini ada kaitan..

Beranak Dalam Tandas, Lagi Contoh Sistem Pendidikan Gagal

Lembu tidak ada tandas khas, padan la.. manusia kenapa ikut lembu? Siapa salah?

KUALA TERENGGANU, 2010/05/06: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mengandung anak luar nikah mengejutkan kakitangan Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Ajil apabila bersalin bayi lelaki dalam tandas klinik berkenaan, pagi semalam.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika remaja terbabit yang belajar di sebuah sekolah menengah dalam kawasan Ajil, Hulu Terengganu ke klinik berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, bersama guru dan rakan sekolahnya kerana mendakwa sakit perut.

Katanya, sementara menunggu giliran untuk diperiksa, secara tiba-tiba pelajar tingkatan empat itu tergesa-gesa ke tandas klinik berkenaan kononnya mahu membuang air selepas mendakwa perutnya memulas.

“Bagaimanapun, helah pelajar terbabit terbongkar selepas rakannya yang mengesyaki sesuatu berlaku terhadap remaja itu ke tandas berkenaan untuk melihat keadaannya,” katanya.
Menurutnya, ketika memasuki tandas, rakan pelajar terbabit panik selepas mendapati terdapat seorang bayi bersama remaja terbabit yang ketika itu masih lemah selepas bersalin.

“Berikutan itu, rakannya segera memaklumkan kepada guru dan kakitangan klinik yang segera ke tandas berkenaan sebelum bertindak pantas menyelamatkan ibu muda dan bayi berkenaan,” katanya. Katanya, bayi itu dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk pemeriksaan lanjut.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Satu lagi bukti kegagalan sistem pendidikan Malaysia, yang tidak mampu melahirkan insan profesional yang bertakwa. Kementerian pendidikan perlu buat kajian mengapa?

Sila fikir-fikir...

Bagaimana Rasul SAW mentarbiah remaja?

Lihat Hadith ke 19 (Imam Nawawi)

عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال: كنت خلف النبي (صلى الله عليه وسلم) يوماً، فقال لي: "يا غلام إني أعلّمك كلمات: احفظ الله يحفظك، احفـظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لـم ينفعـوك إلا بشيء قـد كتبـه الله لك، وإن اجتمعوا على أن يضرّوك بشيء لم يضرّوك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفّت الصحف". (رواه الترمذي وقال: حسن صحيح)

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas RA :

Pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (yakni, di atas binatang tunggangannya) , lalu kata Nabi :

"Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan...

..Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu,
..peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersamamu.
..Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata.
..Tahulah, jika semua umat manusia berkumpul untuk berikan kepadamu sesuatu menafaat, mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah.
..Begitu juga jika mereka berkumpul nak kenakan suatu mudharat padamu, tentu mereka tidak mampu tentukan, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah atasmu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catatan. '

(HR. Turmuzi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).

Wednesday, May 05, 2010

20 Perkara Kpd Dr M 'Saya Bukan Melayu' -Bong Chan Siong


by Bong Chan Siong

Surat terbuka kepada Dr M: ‘Kaki Dalam Kasut’ (atau dalam mulut?) — Bong Chan Siong

5 MEI — Kehadapan Tun Dr Mahathir Mohamad,

Saya merujuk kepada artikel Tun bertajuk “Kaki Dalam Kasut” yang ditulis pada 20 Julai 2009 di laman web Tun. Izinkan saya berkongsi pendapat saya berkenaan apa yang ditulis oleh Tun.

Dua: Saya percaya penyoal berpendapat orang bukan Melayu berasa amat tertekan dan kecewa dengan “ketidakadilan” terhadap mereka di Malaysia (oleh Kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu).

Orang bukan Melayu mempunyai alasan yang kukuh untuk berasa amat tertekan dan kecewa dengan ketidakadilan terhadap mereka di Malaysia. Malah Bumiputera bukan Melayu, khususnya Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, juga berkongsi perasaan yang sama kerana mereka turut tidak diberikan layanan yang sama seperti orang Melayu sedangkan mereka merupakan penduduk asal negara ini. Berapa banyakkah individu Bumiputera bukan Melayu yang diterima masuk dalam sektor kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan seperti Petronas?

Tiga: Saya tidak tahu sama ada penyoal ini pernah bertanya kepada tokoh bukan Melayu soalan yang sama iaitu perasaan orang Melayu akan keadaan di negara nenek moyang mereka yang mereka sudah jadi kaum yang secara relatif termiskin dan masih ketinggalan.

Tun, kata kunci di sini ialah “yang termiskin dan ketinggalan” dan itu tidak mengira kaum Melayu atau bukan Melayu. Sekiranya bantuan diberikan kepada mereka yang berhak tanpa mengira kaum, warna kulit, dan agama dan didapati majoriti yang miskin adalah orang Melayu, ianya akan diterima baik.

Tiada sesiapa akan mempersoalkan dasar sedemikian. Tetapi adalah salah untuk membuat dan memperalatkan sesuatu dasar yang memberikan keutamaan kepada sesuatu kaum tanpa mengira taraf hidup dan keperluan. Malah jika sesuatu dasar itu dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan dan merit, majoriti orang Melayu secara automatis yang akan mendapat manfaatnya.

Sudah lebih 30 tahun DEB dilaksanakan dan masih yang banyak orang Melayu yang miskin dan ketinggalan. Bukankah ini memberi petunjuk bahawa DEB telah gagal dalam perlaksanaannya dan sesuatu yang drastik perlu dilakukan? Jurang antara yang miskin dan kaya semakin bertambah, di mana kekayaan hanya tertumpu kepada sekumpulan individu Cina, India, dan Melayu.

Malah Tun sendiri ketika berkuasa banyak memberikan kontrak kepada rakan-rakan Tun yang bukan Melayu yang kini gah tersenarai antara individu-individu paling kaya di Malaysia. Mengapa? Mengapa Tun semasa berkuasa tidak memberikan kontrak-kontrak tersebut kepada orang Melayu?

Dan dengan menggunakan hujah individu-individu paling kaya di Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang bukan Melayu, Tun beranggapan adalah patut untuk meneruskan DEB dengan memberikan keutamaan kepada orang Melayu dan menghukum orang bukan Melayu yang miskin dan ketinggalan? Bukankan intipati asal DEB adalah untuk membantu semua yang miskin dan memerlukan pertolongan ekonomi tanpa mengira kaum? Sejak bila DEB itu khusus untuk orang Melayu sahaja?

Oh ya, bukankah mengikut kajian antropologi dan sejarah, kebanyakan orang Melayu di Malaysia dan nenek moyang mereka sebenarnya berasal dari dari Indonesia, Thailand, dan India? Malah China? Jadi negara nenek moyang mereka sepatutnya bukan Malaysia, sama seperti saya? Contohnya: Tun sendiri, Khir Toyo, dan Syed Hamid Albar?

Empat: Jika beliau bertanya dan tokoh tersebut menjawab secara ikhlas, beliau akan dapati bahawa orang Melayu amat kecewa dengan kemiskinan relatif mereka sehingga terpaksa meminta-minta sepanjang masa dan juga ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Apakah dengan adanya DEB sepanjang 30 lebih tahun ini, orang Melayu sudah maju dalam erti kata sebenarnya dan tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang? Pernahkan direnungkan bahawa bilangan orang Melayu yang maju dan tidak ketinggalan sudah bertambah adalah disebabkan pengurangan aras pengukur atau “standard” serta pemberian kuota oleh kerajaan bagi membolehkan mereka diterima masuk menyertai bidang-bidang tertentu? Apakah ini boleh dianggap sesuatu pencapaian yang membanggakan? Bukankah ini menipu diri sendiri?

Lima: Mereka cuba yakin mereka adalah tuan di negara mereka tetapi mereka tahu sebenarnya mereka bukan tuan. Orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar.

Apakah amat penting untuk orang Melayu dan bukan Melayu yang semuanya rakyat Malaysia berebut-rebut menjadi tuan yang sebenar? Mengapa PEMIMPIN-PEMIMPIN POLITIK Melayu seperti Tun begitu taksub dengan misi untuk menjadi “tuan”? Tun hampir betul dengan mengatakan (SEGELINTIR) orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar walaupun sudah 30 tahun DEB diperalatkan untuk memberi keutamaan kepada orang Melayu. Persoalannya, mengapa ini boleh berlaku?

Orang Melayu memegang tampuk pemerintahan melalui Umno. Keutamaan diberikan kepada orang Melayu dalam perniagaan, ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan, dan sebagainya melalui DEB, tetapi yang masih menjadi tuan adalah segelintir orang bukan Melayu? Mengapa ini boleh berlaku? Bukankah itu sesuatu yang pelik dan aneh? Sedangkan yang berkuasa adalah orang Melayu dan dasar-dasar melibatkan sektor-sektor penting memberikan keutamaan kepada orang Melayu?

Dan Tun, sila perbetulkan kenyataan “orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar” dengan menambah “segelintir.” Saya orang bukan Melayu dan saya langsung tidak merasakan diri saya adalah tuan.

Enam: Kerana mereka rela berkongsi negara mereka dengan kaum lain, kaum yang berasal dari tamadun yang lebih tua (4,000 tahun) dan lebih berjaya, hari ini yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.

Tun, tolong jelaskan “yang sedikit yang ada pada mereka pun hendak dipisah dari mereka.” Kenyataan ini amat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab. Keutamaan-keutamaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sudah termaktub dalam perlembagaan dan tiada sesiapa boleh mengubah dan meminda fakta tersebut melainkan dengan kuasa 2/3 parlimen.

Apa yang sering dipertikaikan di sini adalah layanan kurang adil dan perlaksanaan yang terpesong daripada peruntukan-peruntukan yang sebenar serta kecenderungan pemimpin-pemimpin politik yang cuba memutarbelitkan fakta yang ada mengikut tafsiran serong demi kepentingan masing-masing.

Tujuh: Fikirkan hanya berkenaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Agihan kekayaan korporat dalam DEB ialah sebanyak 30 peratus bagi Bumiputera (walaupun mereka adalah 60 peratus dari penduduk) dan 40 peratus bagi kaum lain serta 30 peratus bagi orang luar. Tetapi setelah diusahakan selama 39 tahun bahagian yang terdapat bagi mereka ialah 20 peratus, sedangkan yang terdapat bagi kaum lain ialah hampir 50 peratus, walaupun mereka hanya 26 peratus dari jumlah penduduk.

Terima kasih kerana berkongsi statistik ini, Tun. Ini dengan jelas membuktikan bahawa, dasar DEB yang dilaksanakan selama ini GAGAL! Sekiranya ia dilaksakanakan tanpa mengira kaum tetapi memandang kepada keperluan, nescaya yang mendapat paling banyak manfaat adalah orang Melayu kerana banyak mereka yang miskin adalah terdiri daripada mereka yang “60 peratus dari penduduk.” Mengapa Tun masih degil mempertahankan perlaksanaan DEB yang telah gagal dan cuma menguntungkan segelintir individu?

Sejajar dengan logik Tun (putar belit statistik untuk menyokong hujah dan dijadikan “fakta”), saya merupakan penduduk generasi ke-3 di Malaysia, sama seperti Tun. Mengapa saya tidak boleh mendapat layanan yang sama seperti yang diterima oleh Tun? Saya tiada statistik rakyat bukan Melayu yang lahir di Malaysia yang merupakan generasi ke-3, ke-4 berbanding orang “Melayu” yang berhijrah ke Malaysia, tinggal di sini dalam tempoh kurang dari 3 generasi tetapi mendapat layanan setaraf dengan penduduk asal? Contohnya, Khir Toyo? Syed Hamid Albar? Ramai warga asing di Sabah yang mempunyai MyKad dan berstatus “Bumiputera Melayu”?

Rasanya kenyataan bahawa agihan kekayaan korporat sebanyak 30 peratus untuk Bumiputera adalah kurang tepat, sebaliknya 30 peratus untuk Umnoputra adalah lebih tepat. Jumlah keahlian Umno adalah lebih kurang 2 juta orang dan ini bermakna agihan kekayaan korporat 30 peratus ini dinikmati oleh Umnoputra ? Mewakili hanya 7 peratus daripada penduduk Malaysia. Setuju?

Dan adakah Tun dengan sengaja memanipulasi statistik yang menunjukkan sebahagian besar agihan kekayaan korporat itu tertumpu hanya kepada satu kumpulan individu sedangkan Tun patut sedar adalah satu fakta bahawa dalam konteks ekonomi dunia sekalipun, sehingga 80 peratus kekayaan dunia itu adalah tertumpu hanya kepada 20 peratus penduduk dunia? Malah senario ini berlaku di kebanyakan negara di dunia, dimana agihan kekayaan korporat sesebuah negara adalah dimiliki sekumpulan kecil penduduk negara tersebut, termasuk Amerika Syarikat dan Jepun. Kekayaan korporat adalah tidak relevan dan tidak menjadi isu untuk rakyat biasa seperti saya.

Lagi, adakah ia salah orang bukan Melayu mereka dibawa ke sini dan beranak-pinak di sini? Mengapa “kesalahan” yang dilakukan oleh orang lain (British) perlu ditanggung oleh orang bukan Melayu, khususnya generasi baru seperti saya? Orang bukan Melayu tidak mempunyai pilihan melainkan untuk mencurahkan bakti setia kepada negara Malaysia dan apa yang diminta adalah layanan yang adil dan saksama seperti yang telah diperuntukkan kepada mereka di dalam perlembagaan. Itu sahaja, Tun.

Lapan:Nilai harta milik Bumiputera pula berjumlah 15 peratus sedangkan yang baki dimiliki oleh bukan Bumiputera disebabkan harta di bandar bernilai lebih tinggi dari di luar bandar.

Adakah menjadi satu kesalahan menjadi kaya dan merupakan bukan Bumiputera dalam suasana ekonomi yang berasaskan prinsip kapitalis dan pasaran bebas? Masih relevankan persoalan kaum dalam ekonomi global yang Tun sentiasa canangkan, umpamanya ketika mempertahankan PPSMI? Mengapa setelah sudah 50 tahun kerajaan BN (yang dipegang oleh orang Melayu) dan 30 tahun DEB dilaksanakan, kekayaan negara masih tidak sampai kepada penduduk luar bandar yang rata-ratanya orang Melayu? Adakah ini salah orang bukan Melayu?

Sekali lagi Tun cuba mengelirukan pembaca. Bukankah harta di mana negara sekalipun di dunia ini, milikan hartanah yang bernilai tinggi di terutamanya di kawasan bandar adalah dimiliki oleh peratusan kecil daripada jumlah populasi? Perkara ini adalah benar dan ia berlaku di seluruh dunia termasuk negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, bukan sahaja di Malaysia. Adakah Tun terlepas pandang akan fakta ini ataupun Tun sengaja buat buat lupa?

Sembilan: Tokoh bukan Melayu yang cuba duduki tempat Melayu (in the shoes of the Malays) jika ikhlas, akan rasa kekecewaan Melayu melihat hampir semua perniagaan dan perusahaan serta kekayaan yang diperolehi darinya dimiliki oleh bukan Melayu. Segala estet rumah mewah juga diduduki oleh bukan Melayu. Sikit benar orang Melayu yang tinggal di estat mewah ini. Lebih ramai yang tinggal di kawasan setinggan.

Ya Tun, mengapa? Adakah ini juga salah orang kurang Melayu kerana mampu terus bersaing dan memonopoli kekayaaan walaupun tidak diberikan tongkat ekonomi? Pernahkan Tun membandingkan taraf hidup orang Melayu yang kaya dengan yang miskin, dan orang bukan Melayu yang kaya dengan yang miskin, manakan yang lebih besar jurang perbezaannya?

Mengapa masih ramai orang Melayu yang tinggal di kawasan setinggan tetapi pemimpin-pemimpin politik seperti Tun hidup mewah? Mengapa anak Tun boleh mengadakan parti “house warming” yang mewah tetapi masih ramai orang Melayu yang hidup merempat? Mengapa pemimpin politik seperti Zakaria Deros dan Khir Toyo yang mampu membina istana indah berharga jutaan ringgit sedangkan masih ramai orang Melayu yang tinggal di rumah setinggan?

Sepuluh: Mungkin semua ini disebabkan kesalahan orang Melayu sendiri. Mereka tidak guna peluang yang disediakan bagi mereka. Ada yang salahguna peluang-peluang ini pun. Tetapi jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.

Betul. Mengapa peluang-peluang masih diberikan kepada mereka yang “tidak pandai, kurang mahir, dan tidak layak?” Apakah ini akan membantu mereka untuk berjaya? Tun, niat baik untuk membantu orang Melayu memang disambut baik dan berpatutan. Tetapi cara yang digunakan adalah tidak betul, seperti yang dinyatakan oleh Tun sendiri “jika seorang pengayuh beca diberi sejuta Ringgit, apakah ia akan dapat berniaga dan berjaya dalam bidang ini.”

Sebelas: Social engineering bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja. Sosialisme dan Komunisme juga merupakan sejenis social engineering untuk mengurang atau menghapus jurang antara yang miskin dengan yang kaya. Mereka juga tidak berjaya sepenuhnya walaupun mereka mengguna kekerasan yang dahsyat. DEB dilaksanakan dengan berhati-hati tanpa kekerasan, tanpa rampasan dan sering dipinda apabila menghadapi tentangan dari bukan Melayu. Apakah persepsi orang Melayu terhadap DEB?

Tun, sekarang ialah tahun 2009, bukan 1959. Social engineering perlu berubah mengikut realiti semasa. Jika kita asyik berbalik kepada sejarah kita dan hidup dibayangi masa lampau kita tidak ada maju. Adakah orang India Navajo perlu meminta supaya kerajaan Amerika Syarikat membuat dasar seperti DEB dengan alasan sejarah lampau?

DEB betul dilaksanakan tanpa kekerasan dan rampasan, tetapi ia juga secara sistematik telah menidakkan peluang ramai rakyat Malaysia hanya kerana mereka bukan Melayu! Berapakah bilangan rakyat Malaysia bukan Melayu yang bijak pandai diambil dan dimanfaat oleh negara jiran Singapura dalam membangunkan negara tersebut kerana mereka tidak diterima di negara sendiri? Bukankah ini satu pembaziran? Malaysia “membesarkan,” memberikan pelajaran dan tempat tinggal kepada mereka hampir 20 tahun, dan selepas mendapat keputusan cemerlang tidak digunakan dengan baik oleh Malaysia sebaliknya “diserahkan” kepada negara jiran?

Tentangan orang bukan Melayu, malah juga oleh ramai orang Melayu yang tidak mendapat manfaat DEB adalah terhadap perlaksanaannya yang cuma membantu segelintir pihak. Merujuk kepada statistik yang dikongsi oleh Tun, jurang kemiskinan semakin besar dan bukannya bertambah baik setelah DEB dilaksanakan.

Duabelas: Lihat sahaja sejarah perjuangan Melayu. Pada Pilihanraya 1955, diwaktu mereka menguasai 82 peratus dari kawasan-kawasan pilihanraya, mereka rela memberi sejumlah yang tidak kecil dari kawasan — kawasan mereka kepada kaum lain dan mengundi calon dari kaum-kaum ini sehingga menang melawan calon Melayu lain (PAS).

Bukankah itu sesuatu yang wajar dilakukan sejajar dengan konsep perkongsian kuasa antara kaum yang dicanangkan oleh Barisan Nasional? Saya memang tidak setuju dengan konsep BN yang memilih calon berdasarkan kaum, bukannya kebolehan dan kelayakan. Ini tidak harus dianggap suatu “pengorbanan,” sebalik rakyat Malaysia yang “terkorban” kerana ramai calon-calon dan pemimpin-pemimpin dipilih mewakili mereka hanya kerana mereka adalah dari kaum tertentu, tanpa melihat kepada kemampuan individu tersebut.

Tigabelas: Kemudian mereka anugerahkan satu juta kerakyatan tanpa syarat biasa kepada kaum lain sehingga peratusan rakyat Melayu jatuh dari 82 peratus kepada 60 peratus. Siapakah yang lain yang pernah lakukan yang sedemikian?

Tun, bolehkah Tanah Melayu (pada ketika itu) mencapai kemerdekaan daripada British tanpa persetujuan bahawa kerakyatan turut diberikan kepada kaum lain? Bukankah kerakyatan itu diberi dengan bersyarat di mana keutamaan-keutamaan akan diberikan kepada orang Melalyu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia? Mengapa Tun mengatakan ia diberi tanpa syarat biasa sedangkan Tun tahu itu tidak benar? Mengapa Tun masih mengungkit peristiwa lampau? 50 tahun orang bukan Melayu tinggal di Malaysia, masih tidak cukupkan untuk membayar budi orang Melayu menganugerahkan kerakyatan dengan syarat tersebut? Berapa lama lagi perlu diungkit isu “penduduk asal” dan “pendatang” ini, Tun? Setiap kali BN atau Umno merasakan ia akan hilang tampuk pemerintahan?

Empatbelas: Pada ketika itu nama rasmi negara ialah Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan? Tanah Melayu? digugur dan cantuman negeri? Negeri ini dinamakan Malaysia. Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri. Tidak pula mereka tuntut nama-nama lain digugur.

Tun, adakah ini relevan untuk dipersoalkan? Bukan masih ramai orang Melayu yang gah mengaitkan nama Malaysia sebagai Malay (Melayu)-sia? Mengapa sesuatu yang telah dipersetujui satu masa dahulu oleh semua pemimpin-pemimpin Malaysia, dijadikan isu oleh Tun?

Limabelas:Tidak seperti di negara-negara yang membenar hanya bahasa kebangsaan mereka sahaja untuk semua sekolah nasional, orang Melayu bersetuju bahasa Cina dan Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah bantuan Kerajaan. Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tidak menjadi bahasa kebangsaan seperti di negara-negara jiran dan di Eropah, Australia dan Amerika.

Bukankah ini juga telah dipersetujui oleh semua pemimpin-pemimpin — Melayu, Cina, dan India ketika Malaysia mencapai kemerdekaan daripada British lalu dimasukkan dalam perlembagaan negara? Mengapa Tun perlu mempersoalkan isu ini? Bukankah ini adalah syarat supaya Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan, satu trade-off?

Enambelas: Dan banyaklah lagi korban yang dibuat oleh orang Melayu supaya kaum lain mendapat apa sahaja yang dituntut oleh mereka, demi keamanan dan perpaduan rakyat dan negara.

Berapa lama dan banyakkah lagi korban yang juga perlu dibuat oleh orang bukan Melayu supaya orang Melayu puas hati?

Tujuhbelas: Apakah gamaknya perasaan tokoh yang meletak diri di tempat orang Melayu, terhadap semua korban ini? Apakah dia masih fikir yang orang Melayu harus korban segala-gala yang dituntut daripada mereka?

Apakah Tun fikir yang orang bukan Melayu tidak berkorban demi membantu saudara-saudara Melayu mereka? Apakah mereka berpuas hati ditidakkan banyak peluang mereka hanya kerana mereka dilahirkan bukan Melayu? Apakah perasaan Tun sekiranya Tun bukan Melayu?

Lapanbelas: Dengan rencana ini saya tetap akan di cap sebagai racist oleh racist bukan Melayu. Tetapi kalau mereka sanggup menerima yang benar, mereka boleh banding korban orang Melayu pemilik asal negara ini dengan korban mereka untuk kepentingan negara ini.

Dengan rencana ini, terbukti Tun masih berada di takuk lama. Tun masih berfikiran bahawa dalam era dunia globalisasi tanpa sempadan yang mencabar ini, isu dan politik perkauman masih sesuai diperkatakan? Mengapa Tun hanya menyentuh kepada pengorbanan orang Melayu? Mengapa Tun tidak menyentuh jasa dan pengorbanan orang bukan Melayu dalam membangun dan memajukan negara ini?

Sembilanbelas: Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hendaklah adil (fair) walaupun tidak sama (unequal). Janganlah hendaknya mana-mana pihak atau kaum tanggung beban kemiskinan yang keterlaluan, sementara kaum lain hidup mewah. Mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya? Lebih-lebih lagi mengambil dari yang kurang berada untuk diberi kepada yang sudah lebih berada.

Saya berpendapat jika negara ini hendak aman dan maju, kenyataan berbaur perkauman dan yang boleh membawa perpecahan harus dielakkan, terutama yang datang daripada pemimpin seperti Tun.

Agihan kekayaan dan kualiti hidup semua kaum hanya akan adil sekiranya ia berlandaskan keperluan, bukannya identiti kaum dan warna kulit. Tun membuat kenyataan yang bercanggah apabila menyatakan “mengumpan sokongan dengan mengambil hak satu kaum untuk diberi kepada kaum lain bukanlah caranya” sedangkan Tun nampaknya cuba membuat hujah-hujah untuk menyokong perbuatan tersebut dari poin 2 hingga 18 dengan alasan ia adalah patut dan wajar kerana “orang Melayu lebih banyak berkorban berbanding orang bukan Melayu.”

Apakah tujuan Tun menulis artikel di atas dengan melagakan orang Melayu dan bukan Melayu yang boleh menimbulkan rasa curiga dan kurang puas hati antara kaum? Adakan ini membantu membina perpaduan negara ke arah suasana yang aman damai?

Duapuluh: Di forum anjuran Gempita dan Umno bertajuk Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia di Zaman Liberalisasi dan Globalisasi, saya ditanya oleh seorang pensyarah Melayu dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) apakah saya pernah fikir untuk meletak diri saya di tempat orang bukan Melayu (put yourself in the shoes of a non-Malay) bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Oh ya, Tun masih belum menjawab soalan pensyarah tersebut, apakah Tun pernah fikir untuk meletak diri Tun di tempat orang bukan Melayu bersabit dengan diskriminasi terhadap mereka di negara ini.

Sekian,

Saya, rakyat Malaysia yang bukan Melayu.

Blog Ibnu Hasyim: Setuju dengan pandangan di atas.

Kebangkitan Rakyat Bermula Di Sarawak - Tim Pengarah P'raya PAS

Gambar Ibnu Hasyim (berdiri 3 dari kiri, Wan Rahim (berdiri 6 dari kira), Hajjah Mumtaz (hadapan 5 dari kiri) bersama pemimpin dan ahli PAS Sarawak semasa penubuhan cawangan PAS awal-awal dulu.. Lanjut kilik...

KOTA BHARU, 5 Mei 10: PAS yakin, calon Pakatan Rakyat di Sibu mempunyai peluang cerah untuk menang dalam pilihan raya kecil (PRK) itu kerana kebangkitan rakyat negara ini menyokong PR bermula di Sarawak iaitu dalam pilihan raya negeri 2006.

Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar) berkata, dengan perkembangan yang berlaku dalam PRK Bukit Gantang dan Hulu Selangor yang memperlihatkan sokongan kuat pengundi Cina, peluang PR di Sibu cerah.

Beliau yang akan berangkat ke Sarawak bersama hampir 30 petugas PAS dari Semenanjung esok berkata, PAS akan memastikan calon PR dari DAP akan mendapat sokongan jentera yang terbaik.

"Paling kurang, kami akan pastikan kita membekalkan cukup agen pengundian dan agen pengiraan undi untuk kawasan Melayu," kata Wan Rahim yang juga anggota Parlimen Kota Bharu.

Kerusi Palimen Sibu mempunyai kira-kira 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos. Mereka termasuk 5,740 Melayu (10.5 peratus), 36,389 Cina (66.7 peratus), 12,050 Iban (22.1 peratus), 54 India (0.01 peratus) dan kaum lain 289 (0.53 peratus). Dalam pilihan raya Sarawak 2006, DAP telah mendapat enam kerusi DUN dan PKR mendapat satu kerusi. Ia dimenangi di kawasan majoriti Cina.

Sejak itu, ia terus berkembang dengan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan semakin meningkat. Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, PAS mendapat 82 peratus sokongan di kawasan yang mempunyai Cina yang ramai iaitu di Kuala Sepetang. Dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pula, calon PKR mendapat 80 peratus undi di Kampung Rasa iaitu kawasan yang mempunyai pengundi Cina yang ramai.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng sekali lagi dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk pilihan raya kecil ini. BN pula memilih Robert Lau Hui Yew sebagai calon. Dalam pilihan raya umum 2008, Wong dan calon PKR Lim Chun Chung tewas kepada calon BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew dengan majoriti 3,549 undi.

Kerusi parlimen Sibu kosong ekoran kematian penyandangnya Robert akibat barah pada 9 April lalu. Sementara itu, sehingga kini tiga calon dijangka akan bertanding dalam pilihan raya ini termasuk seorang calon bebas berbangsa Melayu, Narawi Harun, 60 tahun.

Namun, bagi Pengerusi DAP Sabah yang juga calon PR dalam pilihan raya ini,
Wong Ho Leng lebih senang kalau PR akan berdepan satu lawan satu dengan calon BN dalam pilihan raya ini.

"Ini negara demokrasi. Walaupun kita mahu satu lawan satu, kita tidak boleh sekat dia jadi calon," kata Wong kepada wartawan selepas mengambil borang pencalonannya.

Dalam tahun 1995, Narawi pernah bertanding calon bebas dalam parlimen ini. Dia hanya mendapat 975 undi. Dalam pilihan raya negeri 2006, dia memberikan laluan kepada sepupunya, Abang Ariffin Abang Shebli dari PKR untuk bertanding di Dun Nangka, dalam parlimen yang sama. "Saya sudah bersedia untuk bertanding lagi," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kempen pilihan raya kecil Sibu bermula dengan pembohongan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mahu bertemu dengan beliau, dan bukan sebaliknya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Gendang perang peti undi sudah dipalu, bermulalah tarian 'kuntau' di Sarawak. (AK)

Temenggung K'tan, Ada Kaitan Dg Pembunuhan?


Gambar Tengku Anis menyuapkan makanan kepada Sultan Kelantan ketika majlis minum petang bersama anak-anak yatim di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu pada Mac lalu.

KOTA BARU, 5 Mei — Tengku Temenggong Kelantan yang ‘dibawa’ ke Ibu Pejabat Polis di sini lewat petang semalam, adalah perkembangan terbaru sebalik krisis Istana Kelantan, telah meninggalkan premis itu kira-kira tiga jam kemudian.

“Tengku Temenggong (Tengku Muhammad Fakhry) sudah dibebas... lebih kurang pukul 10.30 tadi (malam tadi),” kata sumber yang boleh dipercayai, kepada Blog Ibnu Hasyim.

Bagaimanapun sumber itu tidak dapat mengesahkan status lima pengawal peribadi Tengku Temenggong termasuk dua doktor Sultan Kelantan yang turut dibawa bersama ke IPK. Tengku Muhammad Fakhry ditahan anggota Unit Tindakan Khas kira-kira 100 meter dari Istana Mahkota di sini, lebih kurang sejam selepas beliau memberi kenyataan media berhubung kegagalan untuk membawa ayahandanya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ke Singapura untuk rawatan susulan.

Ketika ditahan, beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang membawa Sultan Kelantan berangkat ke Singapura. Sebab Tengku Temenggong dibawa ke IPK tidak diketahui. Sultan Kelantan pula dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira 7.30 petang, lebih kurang 10 minit selepas Tengku Muhammad Fakhry dibawa ke IPK.

Sultan Kelantan berada di Wad Diraja HUSM dengan ditemani Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Turut berangkat ke HUSM malam tadi ialah Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra, Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faez Petra dan Puteri baginda Tengku Amalin Aisyah.

“Ada semua di atas (wad), Raja Perempuan, Pemangku Raja, Tengku Bendahara, Tengku Amalin, semua ada” kata seorang pegawai dari pejabat Istana Diraja Kelantan yang sempat ditemui di ruang parkir kenderaan hadapan hospital. Bagaimanapun dikatakan anggota pentadbiran kerajaan negeri tidak kelihatan.

Pada sidang media kira-kira 6 petang semalam Tengku Temenggong Kelantan dukacita dengan tindakan pihak tertentu menghalang pesawat khas untuk membawa Sultan Kelantan ke Singapura daripada mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dekat sini.

Tengku Muhammad Fakhry berkata arahan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang. Mengikut jadual asal Sultan Kelantan sepatutnya berangkat ke Singapura pada pukul 11.30 pagi semalam untuk rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth.

Perkembangan terbaru ini menyusul setelah kejadian seorang pengawal Istana Diraja Kelantan parah ditembak oleh individu yang tidak dikenali di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat awal pagi Sabtu lalu.

Ramli Mohamad, 50, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II. Akhir Mac lalu, Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud ditahan reman polis ekoran kenyataan beliau mengenai pemecatan Pemangku Raja.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tengku Temenggong Kelantan yang ‘dibawa’ ke Ibu Pejabat Polis di sini lewat petang semalam, telah meninggalkan premis itu kira-kira tiga jam kemudian, ada kaitan dengan kejadian seorang pengawal Istana Diraja Kelantan parah ditembak awal pagi Sabtu lalu? (AK)

Tuesday, May 04, 2010

Kahwin Antaragama Sudah Ada Di Malaysia

CATATAN PERJALANAN MEDAN-ACEH 9
Mesjid Raya Al Mashum Medan

"SUAMI saya seorang Kristian, kami tinggal di Rawang Malayisa." Kata seorang wanita yang mengaku beragama Islam, dari keluarga Islam kelahiran Medan.

Tersentak saya mendengarnya, terkejut. "Bagaimana bisa perempuan Islam berkahwin dengan lelaki Kristian? Suamimu itu orang Malaysiakah?"

"Ya. Orang Malaysia, asal Sabah!" Jawabnya.

Tambah terkejut aku. "Kahwin di mana?"

"Oh. Di Malaysia tak boleh kahwin berlainan agama. Kami kahwin di Bali."

Dia bersama temannya perempuan yang seorang lagi. Mereka berdua datang dari Malaysia kembali ke Medan untuk membaharui pasport, dan akan ke Malaysia semula sambung kerja. Kebetulan kami bertemu di meja makan, di sebuah restoran berwarna hijau, bertentangan dengan supermarket Simpang Juki yang berhadapan dengan Masjid Raya Kota Medan. Restoan yang bersebelahan dengan Hotel Madani, kalau tak salah..

"Saya pula.. " kata perempuan yang seorang lagi, "..suami saya Islam, saya Kristian. Kami berkahwin di Indonesia.. tiada masalah apa-apa. Anak saya berumur 9 tahun beragama Islam, kerana ayahnya Islam."

"Ah.. Masalahnya, kamu berdua tinggal di Malayisa, membawa budaya bermasalah! Kahwin antaragama, ada yang menyalahi hukum agama kami. Memang bisa bertoleransi, tetapi mestilah dalam batas atau pakej yang ditentukan agama itu sendiri!" Kata saya, menggeleng kepala.

"Kamu berbahasa dan berbudaya rumpun Melayu yang rata-rata di Malaysia beragama Islam. Hal ini bisa mengelirukan masyarakat Malaysia... " Saya jelaskan.

Kalau hal ini dibiarkan berkembang terus, maka akan timbul masalah. Ini penyakit baru bagi perkembangan Islam di Malaysia. Memang ramai orang bukan Islam di Malaysia, tetapi mereka kebanyakannya bukan Melayu. Orang ramai yang Islam biasanya berbangsa Melayu, jadi keliru. Rupanya dalam kawan sebangsa dan sebudaya sudah ada yang beragama lain dari Islam.

Kadang-kadang remaja jatuh cinta. Hendak berkahwin rupanya lain agama, walaupun satu budaya. Ini akan menimbulkan masalah sosial. Bahagian agama di Malaysia perlu cari jalan selesai sebelum penyakit ini menular parah. Terutama kepada pekerja-pekerja kilang seperti di Rawang, KL, dan lain-lain seluruh negara. Perlu dibuat siasatan dan kajian.

Tiba-tiba telefon saya berbunyi... "As-salamu alaikum?" Kawan saya orang Medan telefon.

Hal ini mengingatkan saya, di mana saya masih terhutang kepada pembaca blog ini, mengenai catatan perjalanan Medan-Aceh yang sudah saya persembahkan sebanyak 8 siri. Saya berjanji akan sambung lagi kisah perjalanan berikutnya, bersama kawan saya yang menalefon ini. Iaitu, kisah malamnya, sewaktu bertemu di rumah wakil rakyat Manggeng.. sambungan dari '3Perkara, Bermulalah Usahaniaga Remaja Aceh siri6..' yang saya tulis pada Februari lalu di Manggeng, Tapak tuan Aceh.

Ya, saya akan sambung, walaupun lepas itu saya sudah pulang ke Malaysia, dan ke Medan semula kira-kira seminggu. Kisah ini adalah kisah di Medan dalam seminggu itu.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. Mei 04, 10.

Catatan perjalanan sebelum ini...

MB K'tan Jadi Bualan Di Chennai -B/Hakim India

KOTA BHARU, 4 Mei 10: Peribadi Menteri Besar Kelantan sering menjadi bahan bualan masyarakat Islam di Chennai dan perkembangan di negeri ini turut diketahui masyarakat di sana. Kata bekas Hakim Mahkamah Tinggi Chennai, Abdul Hadi Miran.

Abdul Hadi Miran, 75 adalah bekas Hakim Mahkamah Tinggi Chennai, berkunjung hormat Menteri Besar di pejabatnya, di sini, hari ini. Turut hadir anak beliau yang juga merupakan seorang peguam di Mahkamah Tinggi Chenai.

Kelainan Kelantan yang ditadbir seorang ulama, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlandaskan dasar Membangun Bersama Islam turut menarik minat cendikiawan dari dunia luar termasuk beliau, bekas hakim dari India itu.

Menurut Abdul Hadi, impiannya untuk bersua muka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah lama dipendamkan dulu kerana ketika itu beliau masih bertugas. “Saya merakamkan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru menerima kunjungan kami. Kenangan ini akan dibawa pulang dan diceritakan kepada masyarakat di Chennai,” kata beliau.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz fasih bercakap dalam bahasa Urdu bersama Abdul Hadi. Abdul Hadi juga melahirkan rasa kagum di atas kehidupan masyarakat di negeri ini yang berada dalam keadaan aman walaupun pelbagai bangsa dan agama. Katanya, ia adalah satu cara yang diajar Islam iaitu berbuat baik terhadap sesama manusia. (AK)

APCO Nasihat, Jangan Beri Royalti Pada K'tan -Nizar Jamaludin.

Dr Nizar ikon rakyat. Gambar di barisan hadapan 2 dari kanan.

KL 5/04/2010: DS Nizar Jamaludin juga dalam ceramah menyentuh isu Ahli Parlimen UMNO yang menyokong APCO , satu syarikat Yahudi yang menasihat kerajaan Najib. Apabila DS Anwar Ibrahim menyentuh kaitan kerajaan Najib dengan syarikat yahudi itu, mereka bermatian mempertahankan Najib.

Bajet untuk syarikat yahudi-APCO diluluskan 77 juta ringgit oleh Ahli Parlimen BN. Sedangkan PR menentang kerajaan menggunakan APCO untuk menasihat kerajaan. Dalam parlimen menyokong Yahudi luar parlimen anti yahudi jelas DS Nizar Jamaludin. Dalam ucapannya DS Nizarberhujah satu undi untuk BN seolah satu peluru untuk membunuh rakyat Palestin.

Jadi DS Nizar meminta kita tidak terus menyokong BN, kerana menyokong BN kita menyokong kerajaan yang mempunyai penasihat Yahudi. Beliau menyentuh bagaimana terdapatnya syarikat APCO menyebabkan dua bilion royalti minyak untuk Kelantan dinafikan oleh BN.

"Saya difahamkan, APCO menasihatkan jangan bagi royalti kepada Kelantan"kata lagi.

(Sumber: http//sisibukit.blogspot.com/2009/11/ds-nizar-menjadi-ikon-rakyat.html /AK)

Wayang RM5: "Kami tidak dapat mengambil tindakan selagi..

PENGGUNA

PILIH...pelanggan boleh memilih bukan saja filem, malah  lagu MP3,  klip video lagu dan permainan komputer.

KL Mei4, 10: Dengan bayaran serendah RM5, sebuah pusat Internet di Danau Kota, Setapak, dekat sini, menawarkan ratusan filem tidak ditapis bagi tontonan kaki wayang yang tidak mahu berbelanja lebih.

Bagi yang tidak puas, mereka boleh mengeluarkan RM12 bagi bayaran untuk setengah hari. Metroplus yang melakukan tinjauan di premis terbabit baru-baru ini, mendapati hampir ratusan filem baru dan lama disediakan bagi tontonan pelanggan.

Lebih mengejutkan, filem berkenaan dipercayai filem cetak rompak berdasarkan kualiti gambar serta suaranya yang teruk. Filem berkenaan juga difahamkan dimasukkan ke dalam pelayan komputer yang boleh diakses semua komputer di premis itu. Ia dipercayai taktik bagi memudahkan pemilik atau pekerja mematikan sistem berkenaan jika serbuan mengejut pihak berkuasa.

Pelanggan akan teruja apabila mendapati filem ‘box office’ terbaru seperti Avatar dan Legion dimasukkan dalam senarai pilihan. Selain itu, pengusaha terbabit menawarkan pelbagai genre pilihan filem dari Hong Kong sehingga drama bersiri tv.

Keadaannya sama seperti pusat Internet lain, malah terkenal sebagai lokasi pilihan penggemar permainan online dan filem murah ini. Metroplus difahamkan, kegiatan itu sudah lama dilakukan pemilik premis terbabit. Kelicikan pemilik pusat Internet itu yang boleh mematikan sistem pelayan komputer dengan pantas menyebabkan mereka mudah mengelak dikesan pihak pemegang hak cipta filem mahupun pihak berkuasa terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pelanggan bukan saja disajikan ratusan filem, malah boleh memilih dari puluhan servis hiburan media yang disediakan, termasuk lagu MP3, klip video lagu sehingga permainan komputer yang diragui ketulenannya.

Sementara itu, Pengarah Unit Hak Cipta KPDNKK, Mohd Ismail Md Yunus, ketika dihubungi memberitahu mereka sentiasa membanteras aktiviti lanun cetak rompak, namun kerjasama pengedar atau syarikat filem berkenaan amat diperlukan.

"Kami tidak dapat mengambil tindakan selagi tidak menerima aduan pengedar filem dan jika ada, kami sentiasa bertindak malahan selama ini kami tidak memandang mudah perkara sebegini.

“Operasi ke premis juga perlu disertai pihak pengedar serta syarikat filem bagi memudahkan tindakan undang-undang diambil ke atas mereka,” katanya. Ismail berkata, mereka boleh diambil tindakan undang-undang mengikut Akta Hak Cipta kerana memiliki dan menyiarkan filem cetak rompak.(AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Trend bisnes begini akan terus merebak... untungkah pada perjuangan Islam?

Ugut Bunuh Nik Aziz, Lelaki Ditahan

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang kelmarin.

"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth pada pukul 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik Abdul Aziz," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, polis akan melakukan siasatan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit. (AK)

Najib, Tarik Balik Lagakan Saya Dg Istana -Nik Aziz.

Oleh
Nik Abdul Aziz Nik Mat,BoldMursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan

PANDANGAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakan saya dengan pihak Istana Selangor

Pandangan Datuk Seri Mohd Najib itu telah disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan atas tajuk “Pembangkang ingkari Sultan” yang turut mencetak kononnya kenyataan saya selaku Mursyidul Am iaitu “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”

Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan.

Kemudian, pandangan Datuk Seri Mohd Najib dirasai paling tidak bermoral lagi apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua atas tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM.”

Ia suatu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral saya dan suatu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah saya jelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Bharu.

Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai ‘melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor’ adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah. Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia, kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan (front page).

Sesungguhnya pandangan tersebut adalah suatu tuduhan yang kononnya dikaitkan dengan perlanggaran titah Sultan mengenai larangan penggunaan masjid atau surau untuk tujuan politik. Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor.

Pada saya, apabila saya hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang saya amalkan ialah saya tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan. Maka, prinsip yang sama saya pegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.

Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya ‘orang beragama’ dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.

Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.

Saya yakin di atas kebenaran, maka kebenaran itu akan menjadi saksi di dunia dan di akhirat.

Sekian, wassalam.

4 MEI 10
http://www.blogtokguru.com.

Sementara itu. BERNAMA melaporkan Nik Aziz Pertahankan Kenyataan Masjid Boleh Digunakan Untuk Berpolitik

TUMPAT: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tetap berpendirian bahawa masjid boleh digunakan untuk tujuan politik.

Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata baginya menyampaikan ceramah mengenai perkara baik dan melarang perkara yang mungkar di masjid, dibolehkan.

Dalam satu ceramah di Tumpat, beliau berkata sama ada seseorang itu berceramah atau menyampaikan khutbah untuk mengajak masyarakat berbuat kebaikan dan melarang kemungkaran juga adalah politik.

Justeru, katanya, beliau menganggap adalah "bodoh" pendapat yang mengatakan bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan politik.

Penggunaan masjid untuk menyampaikan ceramah politik menjadi isu dalam pilihan raya kecil kawasan parlimen Hulu Selangor pada 25 April lepas.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid di negeri Selangor tidak boleh digunakan oleh mana-mana pihak untuk berpolitik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails