Friday, August 03, 2018

Tahniah KPN! Tindakan Tukar KPD Kerana Gagal Tangani Judi Haram, Wajar..


KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada sidang media di Maktab Polis, Cheras. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

KUALA LUMPUR: Tindakan Bukit Aman menukarkan Ketua Polis Daerah (KPD) Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dalam tempoh 24 jam, Sabtu lalu disebabkan kegagalannya menangani kegiatan judi haram di daerah itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan itu tidak akan terhenti di situ kerana beberapa orang ketua polis daerah lain akan dikenakan tindakan sama.

“Few more will follow (beberapa lagi akan mengikut jejak itu).
“Saya sudah bagi amaran mengenai perkara-perkara membabitkan isu judi, bukan sahaja di Gombak, malah diseluruh negara.
“Arahan demi arahan sudah dibuat yang membabitkan ketua polis negeri, KPD dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab, sekiranya mereka tidak mematuhi… kita terpaksa mengambil tindakan tegas,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri Seminar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mendepani Cabaran Dalam Kepolisan Moden di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail.

Tegas Mohamad Fuzi lagi, tindakan yang diambil terhadap Ali dan empat lagi pegawai kanannya itu diharap menjadi pengajaran kepada pegawai kanan PDRM yang lain.

“Kita terpaksa mengambil satu tindakan tegas supaya mereka (pegawai kanan PDRM) yang berada di daerah-daerah lain tidak melakukan tindakan serupa.
“Kalau mereka masih membiarkan keadaan ini (kegiatan judi haram) berleluasa, maka kita akan mengambil tindakan yang serupa,” jelas beliau.

Beliau berkata, kegagalan melaksanakan tugas seperti yang diharapkan terutama dalam menangani isu kegiatan judi haram menjadi antara sebab pegawai kanannya dikenakan tindakan pertukaran itu. Susulan itu, katanya beliau bersama Noor Rashid serta kepemimpinan tinggi PDRM yang lain akan mengadakan satu pertemuan khas dengan 157 KPD daripada seluruh negara Isnin ini khusus untuk membincangkan isu berkenaan.

Isnin lalu, Harian Metro melaporkan Ali dan empat lagi pegawai kanannya ditukarkan serta merta susulan serbuan diketuai Mohamad Fuzi di pusat judi di Rawang, Jumaat lalu. Arahan pertukaran Ali disahkan menerusi satu siaran media dikeluarkan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad pada jam 6.30 petang, Sabtu lalu.

Dalam kenyataan itu, Ali dipindahkan ke PULAPOL Air Hitam sebagai Komandan manakala bekas komandan PULAPOL itu, Asisten Komisioner Samsor Maarof dilantik sebagai KPD Gombak baharu. Sumber pula memberitahu, selain KPD, Timbalan KPD, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Pegawai Risikan Operasi Daerah dan Ketua Balai Polis Rawang turut ditukar serta merta pada tarikh berkenaan.-BH.

Komen Weblog Ibnu HasyimTahniah KPN! Tindakan tukar KPD kerana gagal tangani judi haram (dari sudut perundangan negara ini), adalah wajar. Jazakallahu khairan kathira!.. Bagaimana pula judi 'halal', yakni halal dari sudut perundangan negara ini tetapi 'haram' dari sudut Islam?
Imej yang berkaitan

9 comments:

Anonymous said...

lessen sapa bagi... seal kedai...
asyik tangkap lepas tak guna jugak
contoh kes inted cermin kereta yg over telus cahaya tu...
apa susah... haramkan pengimportan atau produce tinted jenis tu.. kan lebih mudah dr tangkap sebijik2 kereta yg pasang benda tu...
damage controlled

Anonymous said...

tahniah juga kpd ph kerana menukar kerajaan yg byk pengubahan wang haram.

dijemput jg la en ibnu utk memberi tahniah yg sama. judi dn pengubahan wang haram adalah sama2 haram.

bab haram ada diajar dlm agama. jgn pilih2 hnya kerana kepartian.

silakn tn ibnu....

Anonymous said...

judi halal pun adalah haram. kena kaji disudut undang2.

sila pas buat draf utk undang2 haramkn judi sepenuhnya. jgn buat kajian kt padang.. kt padang nk buat kajian tanam rumput atau rumput makanan lembu blh lah.

pi mesyuarat dgn pakar undang2..tiada siapa harbi nk halang.

kluarkn draf dn bentang dlm parlimen dlm masa 100 hari.

jgn bg muka puak2 khawarij cia yg nk mnjahanamkn nama baik pas hingga terlihat pas sgt bodoh dimata rakyat.

Anonymous said...

Asyik lawan Islam, 2 bodoh di atas sekali,polis pon nak lawan juga. Bahlol!!
ha ha ha .

Anonymous said...

Tuan ibno blok ini paling berani dan bagus banyak pendedahan yg boleh diperolehi. Teruskan kami menumpang ilmu.

Anonymous said...

ye sy sokong tn ibnu...mari kita memerangi pemikiran takfir khawarij dn syiah serta cia dlm pas.

Anonymous said...

khawarij

Anonymous said...

Ini contoh komen hina polis..


[Anonymous said...
lessen sapa bagi... seal kedai...
asyik tangkap lepas tak guna jugak
contoh kes inted cermin kereta yg over telus cahaya tu...
apa susah... haramkan pengimportan atau produce tinted jenis tu.. kan lebih mudah dr tangkap sebijik2 kereta yg pasang benda tu...
damage controlled
August 3, 2018 at 10:38 AM ]

Puak-puak ni sanggup hina polis, hanya kerana 'tangkapan judi. Encik polis, sila bertindak kepada barua setan ni... nak kait pula dengan Ibnu Hasyim.
( Anonymous said...
ye sy sokong tn ibnu...mari kita memerangi pemikiran takfir khawarij dn syiah serta cia dlm pas. August 3, 2018 at 11:34 AM)

Dia bodoh, nak suruh orang lain pon bodoh macam dia. Syamdul!!

cik siti said...

Sudahlah. Itu kerja puak kiri dalam PH. Kita kenal Ted Munapik tu siapa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails