Friday, August 03, 2018

PH Nak Tunai Janji Hapus Hutang Peneroka FELDA, Bila? -Ahli Parlimen Bera.


Hasil carian imej untuk feldaH) digesa memberikan penjelasan lanjut mengenai janji untuk menghapuskan hutang peneroka sebagaimana termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PPRU-14).
Gesaan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kecewa de­ngan sikap kerajaan kerana masih membisu mengenai janji tersebut.
Hal ini kerana, Naib Presiden UMNO itu percaya bahawa ramai peneroka mengundi PH kerana `termakan’ dengan janji penghapusan hutang itu.
“Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) perlu menjawab apakah hutang peneroka akan dihapuskan? Jika ya, apakah semua hutang atau sebahagian daripada hutang?
“Apakah jenis hutang-hutang dan bila akan dihapuskan?” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ismail Sabri dalam pada itu berpendapat hutang-hutang pe­neroka tidak akan dihapuskan selepas melihat kepada penjelasan mengenainya dalam sidang Dewan Rakyat semalam.
“Samalah seperti pengundi di Sabah dan Sarawak yang tertipu dengan janji royalti minyak 20 peratus daripada pendapatan kasar hasil minyak sedangkan PH membuat definisi sendiri seba­nyak 20 peratus daripada keuntungan bersih,” jelas beliau.
Selain itu, beliau turut menzahirkan rasa kecewa berikutan kegagalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab isu Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan mengelak daripada celahan isu Felda pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Sedangkan, kata Ismail Sabri, isu berkaitan Mara sangat dekat dengan hati orang Melayu serta bumiputera.
“Isu memecahkan fungsi-fungsi Mara dengan meletakkannya di bawah beberapa kementerian langsung tidak mendapat maklum balas daripada menteri,” ujar beliau. – UTUSAN

3 comments:

ted manoff said...

Nmpknya tuan ibnu n¡ dh ketinggalan atau saja bikin panas..sebahgian hutang dh langsai manakala sebahgian lahi masih diperingkat rundingan..mazlan alimin turut kata yg sebahgian hutang sdh pun langsai..

Anonymous said...

ibnu ingat mcm hutang nasi lemak semalam belum bayar..

Anonymous said...

Kepada 2 pengomen bodoh yang sama di atas.
Bodoh, itu laporan Dewan Rakyat! Ketinggalan apa?
Lagi bodoh. Kalau takut bayar hutang rakyat, jangan jadi kerajaan.
Lu pon tak layak jadi baruanya.. Walau pun barua jilat juboq DAP.

ha ha ha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails