Monday, July 30, 2018

Azmin Tidak Bantu Anwar Jadi PM?



Salah satu alasan yang diberikan oleh Rafizi Ramli mengenai keputusannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR ialah unfuk memastikan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau, untuk jadi Perdana Menteri, Anwar perlu mendapat mandat yang penuh daripada parti. Jawatan Timbalan Presiden PKR kini dipegang Azmin Ali dan beliau belum memutuskan sama ada mengekalkan jawatan itu atau cuba menaikkan dirinya setakuk lagi dengan bertanding jawatan Presiden.

Jika Azmin memutuskan untuk mengekalkan dirinya di kerusi tersebut, ia akan menyaksikan pertembungan yang dijangka sengit antara beliau dengan Rafizi. Dalam waktu yang sama, Anwar sudah pun memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden PKR yang kini dipegang oleh isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ini bermakna Azmin akan berdepan dengan Anwar sekiranya beliau membuat keputusan bertanding jawatan Presiden PKR. Melihat kepada alasan Rafizi untuk mewajarkannya bertanding jawatan nombor dua dalam PKR itu, timbul persoalan apakah hanya dengan beliau menduduki jawatan itu saja maka Anwar dapat jadi Perdana Menteri?

Bukankah persetujuan bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 adalah perkara yang sudah dipersetujui oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan? Apakah Azmin tidak membantu Anwar jadi Perdana Menteri?

Kalau Azmin menang lagi sebagai Timbalan Presiden PKR, apakah peluang Anwar untuk jadi Perdana Menteri bakal tergugat? Siapa yang Azmin akan bantu untuk jadi Perdana Menteri sekiranya beliau berjaya menewaskan Rafizi nanti? (ShahbudinHusin 29/07/2018).

16 comments:

Anonymous said...

tiap calon bebas bertanding dn buat knyataan. hnya yg punya diri tau apa yg dikatakn.

anwar azmin rafizi masing2 ada potensi cuma masa menentukan. selagi tiada niat nk kumpul harta karun kt rumah its ok.. demokrasi.

Anonymous said...

Jangan nak menyibuk dalam hal-hal PKR.

Jaga lah PAS yang dah banyak menyeleweng dalam perjuangan Islam.

PAS, Hadi memang suka kalau Anwar tak dapat jadi PM..

PAS bagi alasan Islam guna hudud dan serang DAP semata-mata kerana DAP bertegas mahukan Anwar jadi PM.


Kejora Bapuk Bodo said...

Azmin tak mungkin cabar anwar kerana azmin orang setia dgn anwar sejak dari kes liwat lagi..

Rafizi nampak sedikit gelojoh...beliau bimbang Bersatu mahu kekalkan Tun sebagai PM..

Ape pon malaysia sudah selamat dari risiko di cengkam oleh cina kominis bila najib yg disokong kuat oleh lobai Pas ditumbangkan oleh PH..

Anonymous said...

Pas tak boleh pakai lagi..kuat putarbelit sejak kena dedak power dari najib...nak nafikan mudah saja dgn kata fitnah..

Kejora Bapuk Bodo said...

Calon BN dakwa SPR amal dasar pilih kasih

Lum Chee Hong
30 Jul 2018, 1:07 tengahari (Dikemaskini 30 Jul 2018, 1:12 tengahari)

A A
PRK SG KANDIS | Datuk Lokman Noor Adam hari ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap pilih kasih terhadap BN apabila mengarahkan bunting mereka diturunkan kerana dianggap menimbulkan perasaan tidak selesa.

Kata calon BN itu ada bunting mereka juga sudah dicantas pagi tadi.

“Dia (SPR) kata bunting sebegini tidak boleh digunakan sebab akan menimbulkan perasaan tidak selesa pada pihak lain dan mohon diturunkan. Ini maklum balas SPR. Apa yang tidak selesa?

“Jika kita lihat dalam pilihan raya lepas, apa bunting yang dipampangkan oleh Pakatan Harapan (HARAPAN)?

"Jika anda mahu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dihapuskan, undilah Pakatan Harapan.

“Jadi, kenapa mereka boleh gunakan perkataan ini dan kenapa sekarang kita gunakan perkataan yang hampir sama, SPR kata tidak selesa pula,” katanya.

Anonymous said...

Lokeman adam nenipu....SST 6%
dan 10%... Bukan 16%...

Barang ape yg naik tiap hari?...barang lokeman yg tak naik kerana oening kepala nak menipu...

Pru 14 spr larang guna gambar tun madey...lokeman senyap aje..

RoS gantung Bersatu dan Harapan hingga tak boleh guna logo dan nama dlm pru lokeman tak kisah pon...

Sekarang baru rasa perit jadi pembangang...ape pon lokeman akan kalah...rakyat dah benci unno dan pas...

Anonymous said...

Betui. Itu fitnah. Mana bukti rm90. Dap dengan mengupah walaun supaya mainkan isu rm 90 juta. Isu buruk dr pas takde, jadi reka fitnah. Upah lumayan menanti buat walaun dap.

Anonymous said...


Rafizi ada penyokong dan ada pasukan sendiri.

Azmin pun ada penyokong dan ada pasukan yang sama hebat dengan Rafizi.

Alasan untuk pastikan Anwar mendapat sokongan padu tidak menjadi masalah tetapi kerana ini pertandingan maka Rafizi menggunakannya sebagai kempen dengan berjanji memberi sokongan lebih padu kepada Anwar tanpa berbelah bagi.

Azmin mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Mahathir dan Anwar.

Rafizi sendiri berkata dia tidak ada jawatan dalam kerajaan.. bukan maksud dia boleh tumpu pada parti sahaja tetapi kesilapan salah guna kuasa tidak lah seteruk Azmin yang sedang memegang kuasa.

Siapa yang lebih dahulu bermain politik kotor dalam pertandingan nanti?

Anonymous said...

90j didedah oleh husam musa yg mngaku lihat ada transaksi di affin bank. tiada saman oleh pas hingga kini.

jgn kata fitnah selagi blum masuk mahkamah. jgn taksub pd pemimpin. mereka manusia biasa tk maksum. ini akidah.

bukti hnya dlm mahkamah. dedah diluar tk memberi mkna pd walaun.

klu benar tk kemana. tetap akn diburu dosa dn akn ada akibatnya lambat laun. silakn sorok dn nafi tkde masalah.

yg penting jg akidah bahwa manusia semua sama tkkira ulamak atau walaun. takbir lah sebnyk mana yg mau.

Anonymous said...

very good point bro.. yg penting puaka terbesar sudah tersungkur.

Anonymous said...

lokman dh meroyan. sudah makan diri. syukur lah.

Anonymous said...

Dap akan bantu azmin menang, senang nak putar kepala pkr kalau azmin menang. Mahathir pun akan bantu azmin,nanti janji 2 thn jadi pm akan terbatal. Boleh sambung pm utk 3, 4 ,5 atau banyak tahun jd pm.

Anonymous said...

Lebai pas takkan sokong kafir dap, sebab kafir dap dengan bantuan pan akan kembangkan syiah,liberal, sekular,lesbiann,porno,liwat, wow banyak lg.

Walaun dap tak nampak ilmu wahyu, walaun nampak ringgit jer.

Anonymous said...

Hihihi husam musa sandarannya. Bukan wali pun pengkhianat tu. Tukang cacai bangsa melayu je. Itu pun sebab dapat upah, kalau tak lama dah bersara.

Anonymous said...

Sokong rafizi

Anonymous said...

Boleh percaya ke bapok,kalau org lain yg post mungkin ada yg percaya,kalau bapok tkde siapa nk percaya,sia2 aja bapok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails