Monday, July 30, 2018

Dari Mak Nyah Menjadi Normal, Bagaimana?



Amalan Islam selamat bekas Mak Nyah..

"BAGI saya penghijrahan bermula dari dalaman, bukan daripada luaran, sebab luaran ini ia tidak akan jadikan pengekalan.
"Jadi kebanyakan kawan-kawan saya dia beranggapan bila kita nak berhijrah, kita kena berhijrah dari luaran, maksudnya potong rambut, buang baju-baju perempuan, tetapi bagi saya itu sebenarnya salah.
"Sebenarnya penghijrahan yang bagus, yang hebat yang betul-betul mantap, bila kita mengenali diri kita dan kita mengenali Allah, kita mengenali Islam, dan dikala itulah kekuatan akidah Allah akan campakkan," demikian antara luahan hati Mohd Khariri Mohamad Ramli.
Beliau adalah bekas mak nyah yang telah terjebak selama lebih kurang 15 tahun secara serius, bermula semenjak beliau berumur 18 tahun dan berjaya bebas kira-kira lapan tahun lalu.
Beliau kemudiannya secara beransur-ansur, mula kembali mengerjakan perkara wajib dan solat-solat sunat seperti tahajud, taubat dan mengaji al-Quran bagi menguatkan lagi keazamannya untuk berubah.
Kata beliau, dengan mengamalkan semua perkara ini, beliau dapat merasakan ada kesan positif yang Allah kurniakan kepada beliau seperti ketenangan yang belum pernah didapati beliau sebelum ini.
Dahulu, beliau sanggup mengambil hormon bagi menjadikan tubuh badannya lebih menarik sehingga pada satu masa, beliau tidak nampak apakah cara terbaik untuk beliau berubah, hasil dari tindakan itu.
Semua itu adalah kerana nafsu yang tidak berjaya dikawal, sehinggakan segala amalan baik doa-doa yang pernah diamalkannya dahulu, ditinggalkan beliau, menjadikan beliau lebih jauh terpesong dari jalan Allah.
Dan pada tahun 2011, beliau telah berusaha keras mempersiapkan dalaman dirinya bagi melakukan satu perubahan besar dalam hidupnya iaitu kembali kepada kehidupan normal, sehingga berjaya.
Beliau ditemui dalam satu Seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)), di Dewan Auditorium JAHET di Kompleks Seri Iman, Terengganu.
Seminar selama sehari itu adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu melalui JAHET.
Guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Uda, Kelang itu juga meminta agar masyarakat sentiasa memberikan dorongan dan kasih sayang kepada mana-mana golongan mak nyah yang ingin berubah kepada kebaikan.
“Bagi saya apa yang utamanya adalah golongan LGBT ini ataupun fenomena ini akan mencetuskan lebih banyak masalah sekiranya kita tidak menangani atau tidak membantu mereka dengan pendekatan yang lebih berhemah dan kasih sayang.
"Sebab apa yang utamanya, bagi saya sebagai seorang yang telah berhijrah, sebagai seorang pendakwah bebas, saya amat intim dengan konsep kasih dan sayang dan saya juga berubah dengan penuh kasih dan sayang, saya juga berubah kerana Allah.
"Kerana itu saya berjaya dalam pengekalan sebagai seorang lelaki, sebagai seorang Muslim sehinggalah ke hari ini dan doakanlah semoga saya kekal berhijrah dan saya juga mengimpikan sebuah rumahtangga sebagaimana lelaki-lelaki di luar sana insyaAllah,” kata beliau lagi.
Kepada golongan mak nyah yang ingin berubah juga beliau menasihatkan agar berubah kerana Allah, bukan kerana populariti dan terus memandang ke hadapan kerana jati diri yang kuat, perlu dalam perubahan ini.
Juga kepada golongan muda yang baru mahu berjinak-jinak untuk menjadi mak nyah beliau merayu agar tidak sekali-kali mencubanya.
Seminar itu dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah. - HARAKAHDAILY 29/7/2018
IMG 20180729 WA0022


25 comments:

Anonymous said...

Masalah ini sbnrnya rumit untuk diselesaikan,golongan ini telah lama berada dlm masyarakat,dgn kekayaan nmpknya skrg lebih mnonjolkan diri berbanding dahulu,seharusnya masyarakat tdk mmbntu golongan ini untk menjadi lebih popular

Anonymous said...

tahniah dr mujahid..

tk perlu berpeluh berpanas memekak kt padang atau memekak kt masjid negara sampai yg pompuan pun terlupa jaga aurat suara. dok marah lgbt kunun.

dekati mereka dgn hemah dn kasih syg. byk2 la berdoa jgn sampai kita fiuji dgn anak cucu ada yg lgbt tp bapaknya ajk pas... contooooh.

Anonymous said...

Kepada semua pengundi pakatan:

ALLAH TELAH BERI APA YG KALIAN HENDAK:
SETELAH KALIAN MENOLAK MANIFESTO ULAMA,
KALIAN PILIH MANIFESTO DUSTA,
HARI INI KALIAN MENUAI APA YANG DITANAM
DENGAN MENELAN KAHAK SENDIRI.

Anonymous said...

Sesungguhnya tobat di sisi Allah hanyalah tobat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertobat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah tobatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan tidaklah tobat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: "Sesungguhnya saya bertobat sekarang"

Dan (terhadap) para wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi di antara kamu (yang menyaksikannya). Kemudian apabila mereka telah memberi persaksian, maka kurunglah mereka (wanita-wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan yang lain kepadanya.

kalau dah tahu dosa tapi terus jugak buat lambat lagi nak jumpa tobat
dah nasehat pun tak mau dengarterima nasibla
nasib tak baik mati dalam keadaan tak sempat bertobat
awas manusia

Anonymous said...

Taubat dulu jadi baik ..

Atau baik dulu baru datang nya taubat ?

Anonymous said...

walaun semakin pengotor... dpd babi keldai ungka butir taik.. kini dh main kahak pulak.

syukurlah tuhan tunjuk org yg kuat takbirrr kt padang ternyata huduh akhlak mereka.

kotor hati kotor perbuatan kotor bahasa.

lg mau ngaku prjuang islam.

klu u all dpt cukupkn istigfar 100x sehari pun dh kira mulia dh.

manifesto ulamak apa jadah.. 355 pun tk masuk dh. buat apa nk sokong...penipu besar

Anonymous said...

Manipesto ulamak?...geli telinga dengar ...ulamak belit2

Anonymous said...

Ape tindakan Pas yg mengaku jaga islam mendidik mak nyah kembali normal?...

Anonymous said...

Kita tak boleh menjauhkan diri dari golongan yang bermasalah dan mereka pula yang ada masalah jangan terlampau dan berperangai mengada-ganda.

Khariri mungkin tidak memencilkan diri dan pandai bawa diri dalam bermasyarakat. Jadi jalan ke pengkalan masih ada dan memudahkan niat dia untuk berubah.

Anonymous said...

sudahla islam kamu hakmilik persendiriankn... sekrng hak taubat pun kamu nk borong.

kamu sapa nk pertikai taubat dn penerimaan taubat org. bapak kamu dpt tender tentukn taubat ke.

gejala khawarij mesti dibasmi hingga ke akar umbi. sgt2 bahaya kpd keselamatan negara.

Anonymous said...

anon 9:56

Siapa kata Hadi Awang tu ulama? Takde satu ciri pun ulama kat Hadi Awang, hanya orang bodoh saja kata Hadi Awang ulama, macam kita kata ulama kat Tun Mahathir? Gelak orang.

Ulama sekarang termasuk Ustaz Hj Ahmad Awang

Anonymous said...

Lelaki lembut disebabkan hormon...pengaruh sekeliling sebabkan lelaki ini mudah condong kpd sifat kewanitaan....ibu bapa dan adik beradik yg mesti bijak mengurus saudara mereka yg mudah condong kpd sifat kewanitaan...masyarakat tidak patut mencemuh mereka tanpa usaha memulihkan keyakinan diri golongan ini..

Golongan khunsa berbeza...

Anonymous said...

Ade mana2 badan yg memberi gelaran ulamak kpd seseorang bijakpandai agama?.....

Ulamak perkataan jamak ato plural kpd perkataan alim...alim maksudnye yg tahu dan berilmu....

Anonymous said...

Tghh ialah ulamak yang melibatkan diri dengan politik. Jauh lebih baik dari kafir dap.
Kelebihan tghh ialah diterima hingga ke peringkat dunia. Macai ph je yang bengong tak reti menilai. Ulamak macai ph ialah pimpinan dap. Budak darjah satu pun boleh bezakan. Kafir dap sesuai mendidik tentera siber dap, tp bukan rakyat malaysia.

Dap hanya diiktiraf oleh israel.

Anonymous said...

Yg masuk syurga jugak mereka yg tentukan...prompak pon boleh masuk syurga kalo hulur kpd golongan ni..

Anonymous said...

Yg bijak dlm ugama tak bijak dlm ekonomi dan pengurusan...islam perlu dunia dan akhirat...

Anonymous said...

Yg bijak ugama pon bijak putar belit...dgn prompak pon boleh jadi kawan baik bila dapat semangkok..

Kejora Bapuk Bodo said...

Penyokong PAS akan undi saya, kata calon PKR

Adam Abu Bakar
ShareTweetPinMail

Zawawi Ahmad Mughni berkata, beliau mendapat maklum balas positif daripada penyokong PAS yang mahu mengundinya, walaupun pemimpin parti Islam itu menggesa ahlinya menyokong calon BN.

KLANG: Calon PKR, Zawawi Ahmad Mughni yakin separuh daripada penyokong PAS akan mengundinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis Sabtu depan, walaupun pemimpin parti Islam itu menggesa ahlinya menyokong calon Barisan Nasional (BN).

Katanya, keyakinan itu berdasarkan maklum balas daripada penyokong PAS ketika berkempen.


“Selepas bertemu dengan penyokong PAS di peringkat bawah, saya mendapat maklum balas positif mereka akan berikan undi kepada saya, walaupun tahu ada arahan pihak atasan untuk undi calon pembangkang.

“Sebenarnya dalam sistem demokrasi, ahli ada pilihan untuk pilih wakil rakyat yang mereka rasakan layak atau wajar mewakili mereka.

“Pengundi PAS di sini ada 7,000 pada pilihan raya umum ke-14 lalu. Kita menyasarkan 50% atau sekurang-kurangnya 3,000 pengundi PAS akan mengundi saya pada PRK kali ini,” katanya dalam sidang media di bilik gerakan PKR DUN Sungai Kandis, hari ini.

Anonymous said...

Bila Pas takut bertanding ahli2 pas jadi pening...dua2 parti yg bertanding bukan parti islam...

Kenapa ulamak diiktiraf dunia takut letak calon?...

Anonymous said...

Jawapan kepada soalan di atas:

Sebab mereka adalah pembelit, bukan pejuang agama yg sebenar.

ANAKONDA

Anonymous said...

PAS tak ada apa-apa, barua PH yang meroyan.
Kesian, tapi sendiri yang buat ambik.
Nak tolong macam mana?
Dari bawah sampai ke atas, sama saja jahilnya.
ha ha ha bengong!!

Anonymous said...

Sebab pengundi dah tau dia ulamak palsu / ulamak pasu bunga sekadar penghias parlimen je kalo menang pon, pasti kalah terok, hilang deposit , org sg kandis bijak, tak mau MP pasu bunga, bunga plastik, tiruan, tak ori, fasik! munafik!

Anonymous said...

noni 1155, kami x bengong, kamu tu yg dah sasau, meracau, bepinau biji mata tengok Jebon mat sabu naik keta roti jhon jadi tuan besar ke putrajaya.......kah kah kah kah kah.......

Anonymous said...

nak buat acamana........nasib la labuuuuuuuuuu..............

Anonymous said...

mana pesakit kuku kaki dan mulut HMFD yg kuat berkahak tadi tu? mampuih dah ka?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails