Monday, July 30, 2018

Menteri, Jangan Tunduk Pada Tekanan. Rais Bidas UEC.


PETALING JAYA: Bekas menteri, Tan Sri Rais Yatim yang merupakan ahli PPBM membidas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dalam satu perhimpunan yang kebanyakannya dihadiri ahli Umno dan PAS.

Rais menyerang rancangan Pakatan Harapan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dikeluarkan sekolah menengah persendirian Cina sebagai kelayakan untuk kemasukan ke universiti awam.

Rais menyertai Himpunan Kebangkitan Ummah di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, yang dihadiri kira-kira 3,000 peserta, termasuk pemimpin PAS dan calon Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam.

“Dong Jiao Zong (pergerakan pendidikan Cina) mahu kerajaan mengiktiraf UEC, tetapi menteri kita sudah mempertimbangkan untuk mengkaji Seksyen 15, 16 dan 13 (Akta Pendidikan) dan sama ada UEC sejajar dengannya? Beliau perlu menjawab soalan ini!” katanya dipetik Malay Mail Online.

“Bukan kerajaan yang perlu bersama Dong Jiao Zong, tetapi Dong Jiao Zong yang perlu bersama kerajaan dan kementerian,” kata Rais yang terkenal menyokong penggunaan bahasa kebangsaan.

Pada 15 Julai lalu, Maszlee berkata, sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Katanya, Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC. Rais menggesa Maszlee tidak takut kepada tekanan untuk mengiktiraf UEC.

“Di Kelab Sultan Sulaiman pagi ini, rakyat sedia menyuarakan apa yang perlu dilakukan.”

Katanya, Malaysia tidak memerlukan sistem pelbagai peperiksaan atau lebih daripada satu sistem pensijilan.

MR : Rais kinindalam persimpangan samada nak jual diri Melayu kepada DAP bersama mahathir atau tidak....


7 comments:

Anonymous said...

ye bagus teruskn hingga jumpa menteri.

ini cr yg betul... bkn dgn mngata org jilat la..barua..munafik dll yg tkkan menggugurkn sehelai bulu hidung pun.

Anonymous said...

Jilat bontot dap sbb setuju uec

Anonymous said...

perkara ini tkperlu jd racial berbalik kpd asas perlembagaan. dlm setiap parti pasti ada ultra tk perlu pukul rata semua.

Anonymous said...

Masa Rais dlm umno Rais tidak bantah manipesto BN iktiraf UEC...puak umno semua diam...sekarang baru nak tunjuk taring tumpul..

Pas pon masih tetap sokong najib walo najib umum BN akan iktiraf UEC...

Semua ni pemain wayang kampongan..

Anonymous said...

Manipesto bn sokong uec..umno jilat cina...pas jilat umno..

Anonymous said...

mainan politik pasno utk sg kandis sebenarnya.

Anonymous said...

Kau diam aja bapok,kalau kau bercakap benar pun semua mnusia dekat bumi akan tetap anggap kau berbohong,takde guna lg kau nk mnyibuk kau dah jd org yg tak berguna lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails