Sunday, July 29, 2018

LGBT: Kerajaan, Menteri Wajar Dikaunseling.




RAKYAT dan lain-lain makhluk tukar mandat di Putrajaya dengan harapan ia menyambung rahmat yang Allah limpahkan di alam kita. Masing-masing berbulan madu kerana rejim Najib dan partinya digantikan.
Mandat yang diberi demi menyelamatkan rakyat dan pemastuatin dan generasi akan datang dari pemerintahan tidak bertanggungjawab, bukan untuk memberi laluan selesa pemaju lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menyebarkan benihnya.
subky

PM Mahathir menamatkan pentadbiran pertamanya dengan dakwaan membersihkan perangai buruk - liwat - dari kalangan kerajaan. Dia tidak mahu kerajaan yang menggantikan terdiri dari pemaksiat paling terkutuk dalam sejarah manusia.


Sama ada sasarannya menjadi mangsanya atau menerima hukuman seadilnya, adalah isu yang terus didebatkan. Tetapi dakwanya dia mencegah gejala kaum Lut.


Tetapi pentadbiran barunya dalam masa kurang dari 100 hari membenarkan gejala LGBT menuju sasarannya sendiri dan kerajaannya mempertahankan anasir yang dikutuk Allah dan dibenci sekalian makhluk.


Orang beri mandat demi hentikan penyelewangan, basmi rasuah, pulihkan kesejahteraan dan ekonomi negara. Orang tidak yakin pemerintahan boleh menyelamatkan akidah umat, tetapi memberi laluan kepada LGBT menuju sasarannya.


Menterinya adalah melaksanakan dasarnya. Dasarnya tentulah diluluskan oleh kabinetnya dan disahkan oleh parti gabungannya. Orang berbulan madu atas berakhirnya satu rejim yang zalim tetapi kini seolah-olah lepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya.


Nabi Lut tidak terlibat perangai kaumnya. Baginda dan puterinya saja benci atas kejadian itu. Bahkan isterinya bersama kaumnya. Kejadian itu melibatkan orang kafir sepenuhnya. Baginda cuba cegah tidak sekadar dalam hati, tapi dengan lidah dan tangan.


Allah kirim malaikat utama tidak sekadar membinasakan kaumnya, bahkan menterbaliknya wilayah menjadi Laut Mati di Jordan, supaya jadi pengajaran kepada manusia sehingga kiamat. Umat Islam Malaysia, kerajaannya dan menteri mesti mengambil iktibar dari ajaran itu.


Penyakit kaum Lut itu bukan terjadi serenak dengan tiba-tiba. Ia bermula dari seorang dua. Tetapi ia berkembang hingga Nabi Lut dan puterinya saja yang Allah pelihara. Penyakit jahiliah yang bermula di Norway, Sweden yang cepat merebak ke Eropah, Amerika dan lain-lain itu sudah tiba ke Malaysia. Jangan tunggu malaikat datang lagi untuk menghapuskannya.


Tanggungjawab umat, kerajaannya dan menterinya mencegahnya sejak ia bertunas. Barat tidak dapat berbuat apa-apa, bukan kerana mereka suka, tetapi mereka tidak mampu cegah. Bila ia tidak dapat dicegah, maka mereka halalkan. 


Kita jangan sekadar menyatakan ia haram, tetapi mesti bertindak. Tidak boleh dengan tangan, dengan lidah. Tidak boleh dengan lidah, benci ia dalam hati. Ini adalah selemah-lemah iman. Selemah iman itu adalah di sisi tidak beriman.


Umno/BN tahu rasuah itu haram. Ia biarkan ketika seorang dua menteri melakukannya. Sesudah ia jadi penyakit baru hendak dicegah. Yang mencegahnya ada kuman itu. Tidak lagi dapat dicegah bila ia jadi watak kerajaan. Seolah-olah malaikat datang pada 9 Mei lalu membinasakan rejim itu.


Kerana ia diganti oleh sistem yang sama, wabak LGBT yang menunggu lama, masuk ke saraf kerajaan baru, nampaknya benci Mahathir atas gejala itu tidak sama dengan bencinya dengan hujung pentadbiran pertamanya dulu.


Dia pertahan kerajaannya akan selamatkan Islam dengan kembali kepada al-Quran. Tetapi saranannya seolah-olah selari dengan Islam yang Kassim Ahmad fahami. Mereka kata LGBT itu haram. Membiarkannya seperti membenarkan sawa naik katil dan mula membelitnya.


Kerajaan/menteri berkeras. Sewajarnya mereka dikaunseling. –HARAKAHDAILY 29/7/2018

14 comments:

Anonymous said...

sila bentang program pas utk tangani lgbt... selain dpd memekak saja.

pas kena bygkn dia memerintah..so apa yg perlu dibuat. klu hnya memekak maka bermkna pas hanya layak jd pembngkang selama2nya..

tp kelambu pembangkang yg ditinggalkn ph masih ada pas...dn kini pengantin perempuan yg ditunggu2 iaitu umno pun dh nk masuk beradu dgn pas yg sedang tunggu dgn spender putih.

kita tetamu ni jgn ganggulah.. biarkn mereka berbulan madu.

alwalimatul tak terurus..

selamat pengantin baru pas dn umno dlm kelambu pembangkang. ingat lgbt bkn semata2 sesama jenis tau. ia juga meliputi meliwat isteri seperti kes seorg lebai yg diadu istrinya sendiri kerana asyik nk liwat atau dipukul.

Anonymous said...

Gang rape di Teganu berita hari ni.....ha ha ha

Anonymous said...

dh dekat 100 masih ada rape kt tganu ke.. apa pas buat. hj hadi mana

Anonymous said...

14-year-old allegedly gang-raped in Terengganu
JULY 27, 2018 @ 6:33PM
BY ZARINA ABDULLAH
JERTIH: A 14-year-old was allegedly gang-raped by her boyfriend and his friends at a house in Taman Seri Bayu, Kuala Besut, here.

In the incident which was said to have taken place on July 20, the victim from Bachok, Kelantan was contacted by her boyfriend at about 2.15am while she was at a house in Kampung Telaga Papan, Pasir Puteh, Kelantan.

Besut district police chief Supt Mohd Zamri Mohd Rowi said the boyfriend asked her to go out sightseeing, afterwhich she agreed and followed him on his motorcycle.

The boyfriend then took her to a house in Taman Seri Bayu before he was alleged to have raped her with some male friends.

"After the rape, the victim was abandoned at the Tok Bali bridge area in Pasir Puteh and she found her way back to her house in Kelantan, weak and in pain," he said when contacted by NSTP today.

He informed that the victim then lodged a report at the Cherang Ruku police station at 3.30pm on July 22 for further action, adding that the case was being investigated under Section 376B of the Penal Code for rape.

"The victim was taken to the Raja Perempuan Zainab Hospital in Kota Bharu, Kelantan for a check-up and doctors confirmed there is a fresh tear on her genitals," he said.

Acting on the police report, Mohd Zamri said police arrested the 17-year-old boyfriend at a house in Kampung Telaga Papan in Cherang Ruku at 2am on Monday.

"Investigation found that the suspect holds a past record under Section 15(1) of the Dangerous Drugs Act and is now being remanded at the Besut district police headquarters lockup," he said.

A second suspect who is a form five student was also detained at a house in Jalan Tok Bali, Semerak on Wednesday.

"Police are looking for two more suspects who are believed to be in hiding to assist in investigations," he said.

Anonymous said...

aduh apa nk jadi kt tganu ni...

islam dn melayu terancam kt tganu. ni kena buat himpunan di masjid rusila.. kerajaan tganu tk jaga islam.

Anonymous said...

Rogol bukan diterengganu saja...berita rogol pon ade di kelantan...

Kejora Bapuk Bodo said...

Kununye kegajaan PH memberi laluan yg selesa kpd LGBT...laluan yg bagaimana?...

Anonymous said...

LGBT tidak bebas melakukan aktiviti mereka di malaysia...bukan dikelantan dan terengganu sahaja..mereka tertakluk kpd undang2 sejak Era BN lagi..

Anonymous said...

Cakap aje nak jaga islam...nak jaga mcm mana lagi?...masjid dan pencegah maksiat serta bikini dah ade seblm pas perintah lagi...

Anonymous said...

Pas nak jaga Tanah dan balak..

Kejora Bapuk Bodo said...

Pas mengada2 dgn isu LGBT...Aryuyu 355 dibiarkan ghaib di curi oleh DAP..

bunbinban said...

Laaaa...ingat dah pupus rogol di kelantan dan terengganu dlm 100 hari selepas pru14. pondan pun masih nmpk catwalk tgh bandar...kahkahkah...tapi tontowi kata calon pkr jahiliah...mudir tahfiz tu weiii, lebai kata jahiliah plak dah. Yg jahiliah yg tengok ppv, yg tunjuk anu kat bini org, yg makan dedak....tu yg jahiliah...belum yg pakai bikini mcm zaman tarzan...kahkahkah..

Anonymous said...

berita yg tk pernah disiarkn..

beberapa anggota pas yg terlibat utk bawa ruu355 ke parlimen telah dibunuh secara senyap oleh agen2 dipercayai upahan dap.

hj hadi sendiri dlm satu misinya ke parlimen telah diculik diikat mata dn dibawa ke airport dn diterbangkn ke nippon tnpa disedari beliau.

dlm satu siri lagi seorg ayah merayu2 utk hj hadi tahnik anaknya yg tarikh sama patut pembentangan ruu355 di parlimen. beliau mngugut utk bertelanjang sekeliling masjid rusila jika hajatnya tk ditunaikn.

dipercayai beliau diupah dap utk berbuat demikian.

bername melaporkan.

Anonymous said...

Semuanya cakap tiada bukti. Begitulah hampasnya hujah penyokong PH dalam blog ini. Aku ingat la, buang sajalah komen sampah begini. Tutup saja saloran masuknya..

Dah tiada guna dan faedahnya lagi.. kosong!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails