Saturday, August 04, 2018

LGE Gelabah? Gagal Jelaskan Isu Hutang. Hansard Parlimen Mendedahkan!




KUALA LUMPUR – Berita ‘Khairy Jamaluddin dan Wee Ka Siong terduduk mendengar jawapan Lim Guan Eng’ berhubung isu hutang negara yang dibangkitkan di Dewan Rakyat Rabu lalu menjadi perbualan apabila ia tular di media sosial kelmarin.
Ahli Parlimen Rembau dan Ayer Hitam itu kononnya terkejut sehingga tidak terkata apabila Menteri Kewangan itu mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah membayar sebanyak RM7 bilion hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun berita yang dilaporkan tidak seperti apa yang berlaku.
Nasib baik ada hansard Parlimen.
Melalui hansard itu, Lim Guan Eng sebenarnya gagal menjelaskan mengenai hutang-hutang kerajaan yang didakwa mencecah RM1 trilion walaupun isu itu ‘diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh’ sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan.
Realitinya, bukan kedua-dua ahli Parlimen itu terduduk tetapi ahli Parlimen Bagan itu yang tidak menjawab tiga soalan yang dibangkitkan oleh Ka Siong.
Ka Siong telah meminta Guan Eng menjawab adakah dua komponen hutang iaitu contigent liability (hutang bersyarat) berjumlah RM199.1 bilion dan pembayaran sewa (lease payment) RM201.4 bilion telah disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Ahli Parlimen itu turut bertanyakan pengiraan hutang yang manakah mengikut takrifan Tabung Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan standard antarabangsa serta Bank Negara Malaysia – sama ada hutang yang berjumlah RM686 bilion atau RM1.087 bilion.
Beliau turut bertanya mengapa hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak masukkan dalam pengiraan hutang yang mencecah lebih RM1 trilion itu.
Berdasarkan hansard Parlimen, Guan Eng tidak menjawab satu pun daripada tiga soalan Ka Siong itu.
Guan Eng sebaliknya mengelak dengan mengasak soalan yang sama secara bertalu-talu kepada ahli Parlimen Ayer Hitam itu sama ada beliau tahu atau tidak Kerajaan Persekutuan telah membayar hutang 1MDB sebanyak RM7 bilion sebelum ini.
Hansard Parlimen itu boleh dibaca dari muka surat 119 melalui https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-3107018.pdf
Sebelum pertanyaan itu dikemukakan oleh Ka Siong, Guan Eng yang membuat ucapan penggulangan titah Yang di-Pertuan Agong bagi Kementerian Kewangan berkata, aspek hutang yang sebenarnya ditanggung dan mulai dibayar oleh Kerajaan Persekutuan iaitu apabila kerajaan mengambil kira hutang, contingent liability dan jaminan Kerajaan Persekutuan.
Guan Eng menjelaskan hutang rasmi mengikut takrifan RM687 bilion tidak mencerminkan kedudukan hutang yang sebenarnya.
“Ini kerana apabila anda menjadi penjamin peminjam dan peminjam tidak boleh bayar, bukankah anda sudah menjadi peminjam utama ataupun pembayar hutang utama.
“Itulah sebabnya seperti yang mula didedahkan oleh Perdana Menteri, sebenarnya hutang Kerajaan Persekutuan adalah RM1,087 bilion, mencecah RM1 trilion.
“Kalau kita lihat pecahannya Tuan Yang di-Pertua, jumlah jaminan Kerajaan Persekutuan pada akhir tahun 2017 adalah sebanyak RM238 bilion atau 7.6 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar),” katanya.
Menurut Guan Eng lagi, angka-angka hutang yang disebutkan belum merangkumi hutang 1MBD yang dijamin oleh kerajaan sebanyak RM5 bilion sedangkan jumlah obligasi hutang kepada Kerajaan Persekutuan akibat perjanjian dengan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dan surat sokongan yang bersifat jaminan adalah berjumlah RM38 bilion.
Selain itu, dakwanya, jumlah itu termasuk RM7 bilion faedah dan hutang pokok yang telah dibiayai oleh kerajaan bagi pihak 1MDB.
Tambahnya, Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar RM50 bilion sehingga tahun 2039 mendakwa jaminan yang dinyatakan sebanyak RM5 bilion sebelum ini adalah satu penipuan.
Meskipun Ka Siong menuntut jawapan bagi ketiga-tiga soalannya, Guan Eng seakan-akan tidak mahu melayan, sebaliknya terus mengasak dengan soalan – sama ada ahli Parlimen itu tahu atau tidak jumlah RM7 bilion yang sudah dibayar oleh kerajaan.
Sehingga satu peringkat, Ka Siong berkata, Parlimen bukan mahkamah yang memerlukan dia berjawab ya atau tidak terhadap soalan Guan Eng.
Malah, pada satu masa ketika Ka Siong hendak menjawab, Guan Eng memintanya duduk.
Ka Siong turut bertanya mengenai apakah aset daripada contigent liability kerana Menteri Kewangan tidak boleh bercakap tentang hutang sahaja, tetapi Guan Eng masih menuntut jawapan pada soalan yang sama.
Akhirnya, Ka Siong berkata, dia terima apa sahaja yang Guan Eng katakan – mungkin malas hendak melayan gelagat Guan Eng yang disifatkan hanya bermain politik. – MalaysiaGazette



30 comments:

Anonymous said...

Hutang rasmi negara 686 billion...hutang 1 mdb yg kena dibayar 38 billion...sudah 700 billion lebih...jaminan bayar
hutang 300 billion...

Jaminan hutang menjadi tanggongjawab kerajaan bila pihak yg berhutang tidak mampu jelaskan seperti hutang 1 mdb...

1mdb diberi jaminan 5 billion sahaja tapi kerajaan/rakyat kena bayar 38 billion...

Kerajaan kena bayar bunga hutang sahaja tiap tahun 31: billion...ini yg najib kutip gst dan naikkan harga minyak tiap minggu..

Jawab ke tak jawab soalan wee ka siong tak jadi hal penting kerana hutang negara dah bertimbun...

Wee ka siong penyokong najib yg bebankan rakyat termasuk ahli umno dan ahli pas tanggong hutang..

Anonymous said...

Kerana hutang yg bertimbun najib hapuskan subsidi minyak masak dan petrol...najib potong elaun guru pelatih...bajet pendidikan dan kesihatan di potong..

Tapi bajet jpm najib tidak potong..

Kerajaan baru terpaksa berhati2 berbelanja dan mengurangkan hutang dgn cina kominis bagi ecrl dan hsr...lrt3 dikurangkan kos 47% dan mrt3 di tangguhkan..

Anonymous said...

Dgn hutang yg bertimbun dan bunga yg besar bagaimana tun madey nak bagi royalti minyak?...Pas tak usah berangan bayaran royalti dan bantuan bayar gaji kakitangan kelantan dan terengganu...

Hasil minyak sekitar 30 billion untuk bayar bunge dan hutang najib..

Anonymous said...

Jawab penjilat juboq Lim Guan Eng. Jawab..
Tolong jawab bagi pihak anjing tunggangan di atas bahu kamu.
Mana ted cop ayam. Mana? Jawab!

hahaha

ted manoff said...

Nanti aku akan jawab secara profesional..
tunggu, tengah pening..

cik siti said...

sudah la tu,
aku kenal kamu..

Anonymous said...

gelabah? dia tetap menteri kewangan yg sedang menahan busuk mmbersih najis najib dn walaun.

yg kaciwa pru tetap akn sengsara hingga akhir hayat

Anonymous said...

penternak anjing yg berjaya

Puaka Rimba said...

Ibnu Tau kaa..Tak tau...Tak tau buat tak tahu,jangan buat-buat tahu,sedangkan apa pun tak tahu. Tahu!. Jangan jadi macam Tuan Man Tuan Ibrahim. Terhangguk-hanguk, rupanya apa pun tak tahu. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

amat dungu mmpersoal hutang 600b atau 1tril. dua2 adalah nilai yg besar dn hutang yg bertempek atas negara termasuk ankcucu we ka siong dn najib.

ibnu tipu tajuk. sebenar ka siong yg tktau jawab soalan mudah... ya atau tidak.

tkpe maafkn ibnu. menipu adalah budaya baru kawan baru umno. walaupun asyik kantoi. tkpe pelahan2 la.. tklama nnti mahirlah menipu. sesuai ganti umno.

Anonymous said...

sapa sokong we ka siong.. dia dikira sokong kafir yg membenci islam.

walaun sokong sapa? sila jwb dgn lidah yg fasih

Anonymous said...

Tak payah PIGS nak masuk hal2 serious spt hutang negara dan bagai... cukup lah jadi pasu bunga, tanya uniform dan tulis kat facebook sendiri tanya sendiri jawab.

Kalu dah masuk hal2 negara nanti Umnoporno tak minat nak bercumbu lagi. Najib klepto nak rakan taawun yg naive politik tapi terbeliat mata dgn dedak. Senang kilas.

Tengoklah Sg. Kandis, bagaimana PIGS boleh buat kesimpulan ringkas "pilih antara yang kurang mudharat". Lokman Buncit adalah pembela paling hadapan Pengkhianat, Pencuri dan Pembohong Negara, Bangsa dan Agama yg tulis surat kpd CIA mintak campur tangan dan adu domba TDM sbg anti-semintik supaya Mossad boleh ambil tindakan.

Saya sarankan Kerajaan PH jangan bagi duit royalti kpd Kerajaan PIGS Kelantan dan Terengganu tetapi salur terus kpd rakyat2 Negeri itu. Ini adalah pilihan yang kurang mudharat kerana dibimbangkan duit royalti disalahgunakan utk tujuan2 politik membela Klepto.

Anonymous said...

tk kenal maka x cinta

klu nk ngurat tuan ted sila pm tepi... not here

hormati blog tuan ibnu yg kita sygi

Anonymous said...

klu rakyat blh derma utk negara

klu mkcik blh bg gelang kt najib

tkkn walaun cinta dunia nk tuntut juga royalti. xpikir kepentingan negara langsung..yg dh dijahanamkn oleh kawan kamu jg.

klu walaun perintah negara..lbh rakus dpd najib.

buruk perangai walaun ni la.

Anonymous said...

negara xpasal2 dh bayar 7b hutang 1mdb.

binasalah perompak yg buat masalah itu dn pnyokongnya

Anonymous said...

Dengan Tuhan dah menipu, dgn manusia lg kuat tipunya. Itulah kafirun.

Anonymous said...

Pelik betul. Sekongkol kafir lebih mulia drpd sekongkol yg mengucap kalimah syhadah.

Anonymous said...

Komen puak ph ni nampak macam bijak tapi itu semua rekaan untuk kaitkan pas. Kenapa agaknya puak ph takut sangat dengan pas sampay setiap detik pas diserang dengan bermacam2 tuduhan fitnah hentaman keburukan. Kami ahli pas rasa pelik jugak sebab kami berjuang untuk memertabatkan islam di negara umat islam malaysia.

Anonymous said...

Mrt3 ditangguhkan sebab itu kemudahan untuk rakyat. Tapi ecrl dan hsr diteruskan dengan peruntukan lebih tinggi dari dulu ecrl dulu 55bil tapi ph buat 70bil elok batal terus sebab mahal sangat. Hsr dulu 70bil bila ph ambil jadi 110bil elok hsr batal terus berlipat kaliganda mahal. Macai ph tak dengar parlimen tu yg hentam aja. Ni tak nak kaitkan dengan pas ke puak ph.

Anonymous said...

Puak kafir memg anti islam sebab tu hari2 kutuk islam tapi paling pelik yg islam bersekongkol dengan kafir kutuk islam. Puak melayu ph suka kafir kata melayu pendatang bagi aku wajib umat islam bersatu beri tekanan pada puak kafir jangan biadap sangat. Pada malaun dedak kafir berbahagialah dipermainkan puak kafir jadilah umat melayu yg cerdik ingat sapa yg berjuang untuk tuntut kemerdekaan tanah melayu puak kafir menumpang ehsan sahaja sekarang kamu yg buat mereka jadi tuan.

Anonymous said...

Perompak dulu dah binasa pun tapu perompak baru pulak dok bela lagi dilambat2kan hukuman.

Anonymous said...

Dulu dok sebuk 2.6bil tapi sekarang gelupor nak jawab mana tuduhan 2.6bil. Umat islam wajib bersatu tolak puak libral munafik dan kafir.

Anonymous said...

Ha ha ha aku nak tergelak...betapa bahlulnya penyokong PAS!

Anonymous said...

Lobsi pas sokong ape saja najib buat...najib rompak najib kenakan gst najib naikkan minyak najib potong bajet lobai Pas tak pernah bangkang....sekarang lobai kerjasama plak prk sg kandis...

Lobai Hadi kata pilih umno ato Pas.... Pas khalwat umno..

Anonymous said...

79 billion harga tersembunyi yg tidak diumumkan oleh najib..

Anonymous said...

zaman tgna pas laung takbiiiir

zaman hadi walaun laung takbuuuurrr

dh kalah melepek pun lg mau takbur. wht the hell

Anonymous said...

lps shahadah semua halal ye. terutama dedak. pi sunat semula dh tumbuh balik belalai tu

Anonymous said...

Husam Musa ni sultan kelantan pun udah nolak dia. Kaki pecah belah keluarga. Bercakap macam ulamak tapi tin kosong. Ini lah orang harapan pan. Diri sendiri tak boleh baiki, nak wakili rakyat. Memang dasar khianat tuan guru

Anonymous said...

Hot Berita dari TV3 - Kapal Equanimity milik Jho Lo anak angkat Najib MO1 Rosmah akan dipulangkan kpd Malaysia! Yaaahooooo!!!!!! Hooooorey!!!!! Siap kau!

Lelabi2 (Lebai2 hamPAS) semua....... PUASHATI tak nih???????????

Anonymous said...

Orang Pee eh ni macam kena sawan semua benda nak kaitkan dengan PAS..Apa beza najib dgn mahadeva abam pee eh..jawab soalan dulu ..umno dulu zaman mahadeva org tak mahu ..letak jawatan ..Pee eh angkat jadi PM malaya..back to the future zaman gelap igauan buruk utk PAS...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails