Thursday, August 02, 2018

302 Rumah Terbakar Di Kampung Air Hujung, P/PAS Semporna Sedia Bantu.



SEMPORNA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Semporna bersedia membantu mangsa yang terlibat dalam kebakaran melibatkan 302 buah rumah di Kampung Air Hujung, Semporna.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS Semporna, Umar Khalid semalam ketika melawat mangsa kebakaran tersebut.
Katanya, Pemuda PAS Semporna komited menghulurkan bantuan untuk meringankan beban dan memenuhi keperluan penting mangsa.
"Bagi pihak saya akan terus komited mengatur segala usaha bagi membantu mangsa dari segi keperluan penting dan apa sahaja bentuk sumbangan semampu kami bagi meringankan beban mangsa," tambahnya.
"Hal ini saya sudah sampaikan kepada pihak Pemuda PAS Negeri Sabah melalui Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin dan beliau memaklumkan kepada saya untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran itu."
Sebagai langkah awal, Pemuda PAS Semporna akan mendapatkan maklumat terperinci jumlah mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.
Sementara itu, Umar merayu kepada semua orang untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran bagi meringankan beban mereka.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bendahari Pemuda PAS Semporna, 160232188552 (Maybank) atas nama Affendi Ratiman. Sebarang transaksi boleh dimaklumkan melalui talian 01131615674 (Affendi) atau 0143717181 (Razis). – HARAKAHDAILY 1/8/2018

7 comments:

Anonymous said...

Menyibuk je..klu nk bantu..xpayah ckp..bgtau 1 malaysia!!!ni semua poyo!!!tempah tiket ke neraka.

Anonymous said...

PAS bantu bawak tin milo sambil jerit kuat-kuat," kami tak makan dedak...kami tak makan dedak...kami tak makan dedak...."

Anonymous said...


Nak kumpul maklumat jumlah mangsa yang terlibat ?

Jangan lah buat kerja dua tiga kali... biar lah semua kerja berpusat ... mangsa dah lah sedih, datang sorang... sorang tanya hal yang sama..

Anonymous said...

Ahli PAS jangan lupa selepas tsunami, ramai Ahli PAS Kedah tidak mendapat bantuan kerana bantuan di salur oleh orang UMNO..

Kerajaan PH pula tidak akan mengecualikan rakyat dalam menghulur bantuan..

Puaka Rimba said...

Jangan lupa selfie dengan mangsa. Buat modal akan datang. Baru orang tau yg PAS buat kerja. Jangan songlap dan larikan duit tabung derma pula. Jangan senasib dengan Tabung Memali.Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

rupanya tun pernah bantu klantan projek air rm600j zaman tgna.

mereka berlainan parti tp mnghormati satu sama lain.

yg sekarang ni.. sesama jemaah pun dicerca disingkir jauh nk dihormati. hnya seorg je ayatollah yg perlu dihormati.

Anonymous said...

Puak ph paling takut dengan pas sebab pas istikomah perjuangkan islam. Bukti puak ph paling takut dengan pas ialah hari2 puak ph serang pas tapi pas ok sebab pas perjuangkan islam. Zaman tun m pm4 segala bantuan dikelantan disalurkan pada jpp yg diketuai oleh org umno jadi kemana pergi 600juta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails