Tuesday, July 31, 2018

'Rugi’ RM2 Bilion Khazanah, Baru Nak Letak Jawatan. 6 Syarikat.


Enam daripada 10 kaunter saham utama berkaitan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) di Bursa Malaysia mengalami penurunan ketara, menyebabkannya kehilangan kira-kira RM2 bilion daripada nilai gabungan pasaran dalam tempoh sehari.

Ini berikutan pengesahan dari Khazanah semua ahli Lembaga Pengarahnya termasuk Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar, menawarkan diri untuk meletak jawatan daripada menduduki kerusi Lembaga Pengarah syarikat. Sebagai perbandingan, kerugian dalam permodalan pasaran Khazanah itu bersamaan dengan nilai pasaran dua syarikat modal kecil.

Axiata Group Bhd, kaunter dana kedua terbesar di Bursa Malaysia adalah yang paling teruk mengalami kerugian dalam indeks penanda aras utama sebanyak 3.93 peratus. Kaunter berkaitan Khazanah yang turut mengalami kerugian adalah Malaysia Airports Holdings Bhd, Telekom Malaysia Bhd, CIMB Group Holdings Bhd, UEM Sunrise Bhd dan UEM Edgenta Bhd.

Penurunan saham utama Khazanah itu bagaimanapun menyamai kenaikan FTSE Bursa Malaysia KLCI yang mengumpul 0.14 peratus dalam keuntungan harian dengan ditutup pada 1,766.23 mata. 



Bagaimanapun, kaunter berkaitan Khazanah yang lain iaitu Time Dotcom Bhd menyaksikan lonjakan sahamnya sebanyak 1.12 peratus kepada RM8.14, Tenaga Nasional Bhd naik 1.48 peratus kepada RM15.10 dan IHH Healthcare Bhd meningkat 0.5 peratus kepada RM6.

Astro Malaysia Holdings Bhd pula ditutup mendatar daripada penutup pada Rabu. 

Ketua Penyelidik MIDF, Redza Rahman, berkata kejatuhan ini bagaimanapun hanyalah bersifat jangka pendek.

“Semua syarikat tersenarai berkaitan Khazanah diuruskan oleh mereka yang profesional, termasuk syarikat yang mempunyai operasi antarabangsa seperti IHH Healthcare dan Axiata.
“Hanya terdapat sedikit pengurusan kanan Khazanah dalam senarai ahli lembaga pengarahnya.
“Oleh itu, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek, akan ada kesan minimum sekiranya operasi syarikat dijalankan dengan tadbir urus korporat yang baik,” katanya kepada NSTP.

Redza berkata penyusunan semula peranan dan operasi Khazanah akan menjadi langkah yang terbaik boleh dijalankan syarikat pelaburan nasional itu.

“Dalam manifesto kerajaan ketika ini, salah satunya adalah penyusunan semula pengurusan syarikat berkaitan kerajaan.
“Ini adalah dengan matlamat meningkatkan peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera, yang terpakai kepada syarikat swasta yang dimiliki oleh Khazanah,” katanya.

Penganalisis pasaran saham, Nazarry Rosli pula menjangkakan peralihan kepimpinan pengurusan Khazanah akan berjalan lancar.

"Kami mengharapkan mereka yang akan dilantik kelak bagi mengambil alih pengurusan kanan dan ahli Lembaga Pengarah adalah individu yang berkebolehan, berpengalaman dan profesional,” katanya
Sumber: BH Online


Baru sehari saja Semua Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad Tawar Diri Letak Jawatan, kesannya telah dapat dirasai. Bagi siapa yang tak tahu siapa itu Khazanah, Khazanah Nasional Berhad ialah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia. Kami diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara.

6 Syarikat Rugi Besar Dalam Masa Sehari


1. Axiata Group – 37.3% Pegangan Khazanah

Sumber: iSaham

25 Julai 2018: RM4.44

26 Julai 2018: RM4.27

Penurunan: RM0.17 atau -3.83%


2. Malaysia Airports Holdings (Tak patuh syariah) – 33.2% pegangan Khazanah

Sumber: iSaham
25 Julai 2018: RM9.10
26 Julai 2018: RM9.03
Penurunan: RM0.07 atau -0.8%

3. Telekom Malaysia – 26.2% pegangan Khazanah

Sumber: iSaham
25 Julai 2018: RM3.87
26 Julai 2018: RM3.85
Penurunan: RM0.02 atau -0.5%

4.  CIMB Group (Tak patuh syariah) – 27.3% pegangan Khazanah

Sumber: iSaham

25 Julai 2018: RM5.89

26 Julai 2018: RM5.88

Penurunan: RM0.01 atau -0.2%


5. UEM Sunrise – 66.1% Dimiliki oleh UEM Group, 100% UEM Group adalah pegangan Khazanah


Sumber: iSaham

25 Julai 2018: RM0.925

26 Julai 2018: RM0.900

Penurunan: RM0.025 atau -2.7%



6. UEM Edgenta – 69.1% Dimiliki oleh UEM Group, 100% UEM Group adalah pegangan Khazanah


Sumber: iSaham

25 Julai 2018: RM2.19
26 Julai 2018: RM2.14
Penurunan: RM0.05 atau -2.3%



Nampak Macam Kejatuhan Biasa

Kalau kita tengok kepada kejatuhan harga, ia adalah seperti hari biasa dagangan – ada saham yang naik dan ada saham yang turun harganya. Tetapi disebabkan Khazanah mempunyai pegangan yang sangat besar dalam syarikat di atas, maka jatuh sikit pun telah menyebabkan kerugian sehingga RM2 bilion ringgit.

Dan berikut merupakan senarai syarikat-syarikat yang dimiliki oleh Khazanah Nasional, setakat 31 Disember 2017. Ada 14 industri kesemuanya, dan banyak juga yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan luar negara.



(http://www.majalahlabur.com)

7 comments:

Anonymous said...

Untung rugi jual beli saham di bursa saham perkara biasa...ade kala turun ade kala naik...

Anonymous said...

Laporan: Dr M sasar Khazanah kerana rugi RM3 bilion

29 Jul 2018, 11:06 malam (Dikemaskini 29 Jul 2018, 11:10 malam)

A A
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyasarkan Khazanah Nasional kerana syarikat pelaburan negara itu kerugian RM 3 bilion dalam pelaburan, kata laporan akhbar The Straits Times Singapura.

Laporan itu menyebut Khazanah pada tahun 2008 "memulakan strategi pelaburan yang sangat sulit" yang mana sayarikat itu meletakkan dananya dengan pengurus bank berpengalaman, Luqman Arnold.

Melalui kumpulan pelaburannya, Olivant, Luqman Arnold juga menguruskan beberapa institusi besar kewangan Eropah.

Pelaburan berkenaan digelar sebagai "Operation Twist" yang kemudian menjadi "Operation Red" yang melibatkan Khazanah, bersama dengan Olivant dan Bank Santander dari Sepanyol yang bertindak sebagai rakan kongsi, memperoleh kepentingan 2.6 peratus di Bank Swiss, UBS.

Seluruh saham di UBS diuruskan oleh Lehman Brothers, yang pada tahun 2008 difailkan muflis.

Lehman Brothers bankrup

"Bagaimanapun, perjanjian itu terbatal ketika Lehman Brothers bangkrup pada akhir September 2008.

"Keseluruhan pemegangan saham di UBS telah disimpan di dalam akaun-akaun yang diuruskan oleh bank Wall Street yang gagal, yang mengakibatkan kerugian pelaburan Khazanah bernilai RM3 bilion," kata laporan itu.

Laporan itu berkata Khazanah secara agresif cuba mendapatkan kembali wang yang lesap akibat kerugian daripada pelaburan gagal itu.

"Ia membuat tuntutan dengan pentadbir global Lehman, PriceWaterHouseCoopers dan selepas empat tahun berjaya memulihkan kira-kira 50 peratus daripada pelaburannya berdasarkan sumber kewangannya," lapor The Straits Times.

Laporan itu juga menyatakan komen kritikal Mahathir terhadap Khazanah berpunca daripada episod ini.


"Pegawai kerajaan kanan yang mengetahui hal ehwal dana itu berkata perdana menteri telah membuat rujukan tersendiri mengenai masalah kewangan setelah keruntuhan Lehman," katanya.

Laporan itu berkata Mahathir, sejak memimpin Pakatan Harapan dalam pentadbiran persekutuan, telah menolak beberapa permintaan untuk pelantikan daripada pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar, yang membawa kepada peletakan jawatan lembaga pengarah urusan syarikat GLC itu secara beramai-ramai.

Mahathir mengalu-alukan perletakan jawatan pengarah urusan dan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad bagi "membolehkan kerajaan menstruktur semula syarikat tersebut” berdasarkan polisi pentadbiran baru yang sedia ada.

Anonymous said...

Ibnu hashim petik dari blog

http://www.majalahlabur.com/saham/baru-umum-nak-letak-jawatan-syarikat-syarikat-khazanah-dah-rugi-2-bilion/

Aku ingat ibnu hashim buat penyelidikan sendiri..

Anonymous said...

Telekom Malaysia antara kaunter rugi susulan laporan harga jalur lebar

21 Jun 2018 11:17 AM

22
KUALA LUMPUR 21 Jun - Telekom Malaysia Bhd (TM) muncul kaunter ketiga paling rugi di Bursa Malaysia pagi ini berikutan laporan media bahawa harga perkhidmatan jalur lebar Malaysia dijangka susut sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang akhir tahun ini.

GOBIND SINGH
GOBIND SINGH
Pada 10.05 pagi ini, saham syarikat telekomunikasi utama itu merosot 35 sen atau 9.64 peratus kepada RM3.28 berbanding RM3.63 sewaktu ditutup semalam dengan 22.14 juta saham saling berpindah tangan

Anonymous said...

https://www.utusanborneo.com.my/2018/07/10/tiada-lagi-gaji-besar-untuk-eksekutif-utama-glc-kata-dr-m

Anonymous said...

Aku TAK SETUJU Tun M jadi pengerusi Kahazah, aku MAHU IBNU HASYIM ambil alih. Kan dia pandai...pandai...silap-silap Khazanah terus kena tutup kalau Ibnu Hasyim ambil alih...komen orang pandai, baru pusing Asia Tenggara dan Xinjiang dah rasa macam ulama.
Ibnu, Pal;estini bila nak pi...pi jentik telingan PM Israel minta bebaskan peserta rombongan dan kapal "kemanusiaan" mycare ini....

Anonymous said...

yg artikel xxx ibnu buat kajian sendiri.. tekun dn tawaduk mngkaji.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails