Sunday, July 29, 2018

Kegilaan Baru! Berhenti &Lakukan Tarian 'Keke Challenge' Tepi Jalan Raya.



JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan kepada orang ramai yang didapati sengaja berhenti untuk melakukan tarian 'Keke Challenge' di jalan raya.


Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan melihat pada kerangka undang-undang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap orang ramai terutama anak muda yang ghairah melakukan tarian berkenaan sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Perbuatan demikian sudah tentu tidak dibenarkan dan sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang termasuklah membahayakan pengguna jalan raya yang lain, kita akan mengambil tindakan.
“Malah, bukan kita sahaja, pihak polis trafik juga turut akan mengeluarkan saman kepada mereka yang melakukan aksi berkenaan sehingga melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan dan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam, Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial di seluruh dunia termasuk Malaysia, yang mana ramai orang begitu ghairah untuk melakukan gerak tari yang dinamakan 'Keke Challenge'.

Tarian itu memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak, seterusnya menari mengikut alunan lagu, ‘In My Feelings’ nyanyian penyanyi Amerika Syarikat, Drake.

Tarian yang dicetuskan oleh pelawak, Shiggy itu kini menjadi ikutan apabila rakaman video yang dimuat naiknya meraih lebih lima juta tontonan dalam tempoh singkat.

Selain itu, selebriti seperti Will Smith dan Ciara turut meniru aksinya.

Kegilaan baru yang tular di media sosial itu bukan hanya popular di luar negara, malah ramai artis tempatan turut menunjukkan aksi mereka dalam pelbagai gaya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Julai 2018 @ 4:54 PM

Sekadar hiasan..Video


23 comments:

Anak ibnu hasyim said...

Salah ph ?

Anonymous said...

Ini salah Dap jugak...

Anonymous said...

Saya tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menukar nama Tanah Tinggi Lojing di Kelantan kepada Lojing Highlands atas nama penjenamaan baru untuk mengakat Tanah Tinggi Lojing setaraf dengan Genting Highland.

Saya sokong tindakan kerajaan yang berhasrat untuk membangunkan kawasan Tanah Tinggi Lojing dengan penjenamaan semula kawasan tersebut namun nama yang dipilih jelas mahu menghapus imej dan bahasa kebangsaan dalam peta Malaysia.

Kerajaan Kelantan juga memperlihat sikap hipokrit kononnya mahu membela bahasa kebangsaan namun memilih satu nama yang jelas memperlekeh bahasa kebangsaan.

Seolah-olah sesuatu kawasan itu hanya boleh maju sekiranya ianya dijenamakan dalam bahasa Inggeris.

Kerajaan negeri Kelantan juga menunjukkan kedaifan yang jelas apabila membawa satu idea mahu membangunkan kawasan Pos Sigar dan Pos Brooke.

Hazami
Gabungan ummah

Anonymous said...

2 komen di atas jauh lebih hampas dari 1 komen di bawahnya.
Tak usah komen la kalau dah bengong, tak ada idea. Buat malu PH.

Anonymous said...

Himpunan pamer kegusaran ummah

KUALA LUMPUR 28 Julai - Himpunan Kebangkitan Ummah yang dihadiri lebih 10,000 hadirin di padang Kelab Sultan Sulaiman hari ini berakhir dengan jaya serta mencapai objektif penganjurannya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-himpunan-pamer-kegusaran-ummah-1.717932#ixzz5MYTZSKWM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah setan, maka sesungguhnya setan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar.

idup tak da arah tak mau ikut panduan Islam
jadilah geng syaiton

Anonymous said...

Ini era BARU. MoI BARU dan segalanya BARU. Era baru sume boleh. Tarian LGTABC dah boleh masuk panggung, tarian Ikan Kekek no hal... boleh pecah panggung BARU. kahkahkharktuii.

Anonymous said...

Pas baru pun akan tentang habis habisan budaya dhaif dan jahiliah alaf baru. Ph adalah promoter jahiliah alaf baru. Kerana tunduk pada dap , maka berleluasa dhaif dan jahiliah.

Anonymous said...

alaaa sama dengan Pak haji Iran, menggelek-gelek, kat Malaysia hj ni dipanggil ulama....

Anonymous said...

Era ameno menteri muda mandi air batu satu baldi.

Era LGTABC menteri muda taknak ke menari gelek.

Anonymous said...

Dulu hanipa mydin gelar pas parti suci. Masin mulut bila pas kekal tidak bergabung dgn dap. Kekal suci. Tp mamak hanipa pulak tak suci, bila sekongkol dgn parti kafir dap. Dan parti bersatu dan pan kekal tidak suci dan bernajis bila tubuh ph yang dalamnya ada parti yg makan najis berat.

Anonymous said...

Terkini BERITA GEMPAR, 3 ADUN PAS Kelantan nak isytihar keluar PAS, salah seorang diberitakan Cikgu Aziz Abd Kadir ADUN Jelawat.

Apa dah jadi dengan PAS ?

Anonymous said...

Masa sudah berlalu, pengomen2 bodoh masih mengulangi berita basi..
ha ha ha
dah muak..

Anonymous said...

Komen ko lagi hampes...tak ade ape pon....baik pegi tido laaa...

Anonymous said...

1000 orang saja yg gusar untuk cari publisiti ...

Anonymous said...

Merompak dan sokong prompak tu kerja malaikat ker?...islam ker tu?..sendiri yg ikut setan bertopeng islam...

Anonymous said...

Pas masih kekal dgn amalan jahiliyah abu jahal...makan duit umno tapi menipu tak ngaku...

Anonymous said...

Era umno Pas bantu umno supaya menang pru dgn tanding 3 penjuru...Era PH Pas tak mao tanding kasi umno menang...di kelantan terengganu kedah pas musuh umno...di negeri lain pas kawan karib umno....pas gila babi?..

Anonymous said...

Pas kekal parti duci bila takut tanding prk sg kandis...blm pru benci DaP.. Lepas pru nak jilat Dap..pas parti belit belit

Anonymous said...

Pas parti belit2... Kudakan islam

Anonymous said...

Kena batang idung sibodooh jadi basi lah...hahahaha

Anonymous said...

Pas dulu hingga bila2 kekal dgn perjuang islam...tapi tak de pon perjuang islam...setakat sebut saja islam...bagi duit haram pon lobai sapu kerana untuk lobai pas semua halal....

Anonymous said...

hj hadi pakar khianat kawan2. tgna dan dsai antara mngsanya. sekrng najib sudah tidak berguna lg selepas najib ditebuk tupai pas. habis madu najib sepah najib dibuang.

hari tu hadi khianat ketua ulamak sedunia dr yusuf qardawi. mnghina beliau kunun dh tua uzur pendengaran xjelas dh.

ulamak dunia semua tolak syiah tp hadi masih peluk syiah iran. ini pengkhianatan terhadap umat seluruhnya.

adakah ni contoh ulamak yg lbh nabi saw sabda lbh ditakuti (lbh bahaya) dpd dajjal sebenar?

berbaloikh klu kita taksub pd hadi tp termasuk dlm yg disebut hadis tu.

jika pin hadi mikpi jmpa nabi... adakah itu tnda beliau diiktiraf nabi.. atau.. adakah beliau kena marah oleh nabi? wallahualam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails