Monday, July 30, 2018

Hebatkah S'pore? Dari Pembaca.



Pada hari selasa 11 Julai 2017, baru ini seorang rakan telah ke Singapura untuk trip satu hari. Setibanya beliau di Changi Airport beliau lihat agak ramai pekerja2 airport Melayu yang agak lanjut usia masih bekerja sebagai tukang cuci.

Apabila beliau berjumpa sahabatnya Dr Hisham beliau pun bertanyakan tentang Melayu di Singapore kerana apa yang dia lihat di airport suasana kurang selesa baginya.

Dr Hisham memulakan ceritanya dengan berkata, orang Melayu di Malaysia sepatutnya bersyukur kerana nasib rakan sebangsa mereka di Singapore cukup ditekan.

Katanya, pertama peluang untuk melanjut pelajaran amat tipis. Dari 100 orang, hanya 4 orang anak Melayu diterima berdasarkan quota dimana Melayu di Singapore hanya 4% sahaja.

Katanya lagi, 4 pelajar ini akan diberikan kursus yg akan ditentukan oleh universiti. Pastinya kursus tersebut adalah yg paling sukar! Sekiranya pelajar tersebut ingin menukar kursus pihak universiti tidak membenarkannya sebaliknya menasihatkan pelajar tersebut berhenti saja.

Sekiranya pelajar tersebut gagal walau satu kertas ujian, dia akan dikeluarkan dari universiti. Tetapi sekiranya berjaya, pihak universiti akan menekan pelajar tersebut agar menjelaskan yuram yg tinggi. Sekiranya gagal maka pelajar tersebut terpaksa berhenti dari U tersebut.

Perlu diketahui TIADA BIASISWA UTK PELAJAR MELAYU DI SINGAPURA!

Begitu juga halnya dalam perniagaan. Seperti sahabat saya , beliau mempunyai klinik sendiri tetapi sekiranya pihak kerajaan melihat potensi yang begitu baik maka beliau dipaksa untuk menerima seorang Cina Singapore untuk duduk sebagai Pengarah!.

Sekiranya beliau tidak bersetuju, beliau akan berhadapan lesen perniagaannya tidak lagi disambung dan diarahkan tutup!.

Orang Melayu yang ingin berniaga di Singapore harus menerima lokasi yg telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Lokasi2 strategik kebanyakkannya dikuasai oleh Cina manakala Melayu luar dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan yang tinggi. 

Sikap pemimpin Cina yang begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikaitkan sebagai kumpulan bermasalah di Singapore menyebabkan ramai Melayu yang diperosok ke dalam pusat tahanan melalui penguatkuasaan ISA.

Sekirannya 4 Melayu sudah selesai menjalani hukuman dibawah ISA, kerajaan Singapore akan memastikan 4 Melayu lain akan mengisi tempat tersebut. 

Bentuk kesalahan adalah berbagai. 

Banyak lagi tekanan yang diceritakan dan bagaimana Melayu didiskriminasi sebagitu hebat. Tetapi Melayu kita di Malaysia masih tidak sedar akan nikmat berkerajaan sendiri.

Tidak mustahil nasib kita juga akan sama dgn Melayu Singapore kalau kita masih seronok bertelagah kerana politik dan menjadikan DAP mentor setiap kali melayu berpecah sepertimana PKR,  PAN dan parti cap Bunga raya yg menyembah DAP bagi meneruskan survivel politik yg ada.. ..
MELAYU INI TIDAK LUPA
MR : Tidak mustahil Melayu Malaysia akan merempak di tanah airnya sendiri kalau mereka masih bodoh memahmi politik Islam.... 
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Lihat sebelum ini..


22 comments:

Anonymous said...

Cukuplah makan retorik nasib Melayu Singapura'

Alyaa Alhadjri
19 Ogs 2017, 6:00 petang (Dikemaskini 19 Ogs 2017, 6:13 petang)

A A
Seorang pemimpin kanan pembangkang hari ini mengingatkan orang Melayu di negara ini agar tidak termakan kenyataan retorik bahawa tanpa kerajaan yang dipimpin oleh Umno, mereka mungkin akan menjadi seperti Melayu di Singapura.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub menegaskan bahawa orang Melayu di Singapura hari ini dapat bertahan tanpa bantuan daripada kerajaan mereka.

“Walaupun satu ketika dulu kita meremehkan orang Melayu Singapura, kita melihat mereka kecil, dengan semangat perkauman yang dikobarkan di tanah air kita, khususnya oleh Biro Tata Negara (BTN) akan mengatakan apa akan jadi esok kalau bertukar, kalau Umno tidak ada, orang Melayu akan jadi seperti Melayu Singapura.

“Bangkitlah semua, ini bukan masanya lagi. Orang Melayu di Singapura hari ini mempunyai dana yang cukup,” katanya yang memetik tabung dana pendidikan untuk orang Melayu di negara itu.

Salahuddin berkata demikian dalam Konvensyen Wanita AMANAH di Mines 2 hari ini.

Di sebalik menjanjikan biasiswa kerajaan untuk belia Melayu, Salahuddin berkata bapa pengasas Singapura, Lee Kwan Yew, sebagai penggubal undang-undang memudahkan sistem untuk pekerja Melayu menyumbang sebahagian daripada gaji mereka untuk masa depan anak-anak.

“Lee Kwan Yew tidak memberikan jaminan untuk memberikan biasiswa kepada anak-anak Melayu. Tetapi Lee Kwan Yew menyediakan kemudahan itu dengan menggunakan akta-akta pekerja yang ada untuk orang Melayu menyumbang sebahagian daripada gaji mereka untuk anak-anak mereka.

“Ini bagaimana Singapura mengajar rakyatnya dengan diberikan pancing bukan diberikan ikan pada setiap kali kita perlu memasak di rumah kita masing masing,” katanya.

Salahuddin turut berkata selama bertahun-tahun orang Melayu di Singapura telah bangkit melalui pelbagai sektor utama dan pentadbiran awam.

Sementara itu, Salahuddin dalam ucapannya juga turut memuji Speaker Singapura Halimah Yacob yang akan bertanding untuk pemilihan Presiden Republik republik itu dan dijangka mencipta sejarah dengan menjadi presiden Melayu kedua negara selepas Yusof Ishak.

Anonymous said...

https://www.msn.com/en-my/news/other/melayu-singapura-kini-berdikari-dan-maju/ar-AApAvl

Melayu Singapura kini berdikari dan maju

Anonymous said...

Rahsia Aaron Jadi Jutawan Usia 24 Tahun Di Singapura

Print Details Published on Friday, 01 September 2017 21:

“SAYA tidak memikirkan tentang rancangan kegagalan. Jika fikir itu, saya tiada masa untuk maju ke hadapan.” Itulah kata-kata motivasi anak Muslim Singapura bernama Aaron Rylan Keder.

Kisah inspirasi kejayaan pemuda Melayu tempatan yang kini berusia 29 tahun itu dan pernah hidup susah menjual bertih jagung, mula menjadi tular di republik tersebut setelah menjadi jutawan pada usia seawal 24 tahun sahaja!

Aaron, adalah pemilik dua buah syarikat, ejen hartanah dan juga jurulatih motivasi, yang pernah menarik perhatian media tahun lalu apabila kereta Lamborghini miliknya menjadi sasaran aksi seorang penunggang basikal lasak.

Tidak dapat dinafikan, aura, gaya dan cara perbualan dirinya mudah membuat seseorang itu terpaku untuk terus mendengar dan menimba ilmu daripada kisah pengalaman peribadi beliau.

Apa tidaknya, beliau berjaya bergelar seorang jutawan pada usia muda sedang ramai rakan sebayanya baru mula bekerja. Ditambah pula dengan kejayaan serta kemewahan yang diraihnya setakat ini.

Jejaka bujang ini turut menjadi sumber inspirasi dan dorongan bagi ramai belia mahupun usahawan yang mahu mengikut jejak langkahnya dan menjadi seorang yang berjaya.

“Jika kebanyakan orang fikir rancangan kegagalan hingga lupa bergerak ke hadapan, saya rasa saya lebih banyak luang masa untuk berfikir tentang peluang sehingga terlupa memikirkan tentang kegagalan,” kongsi Aaron lagi.

Mendedahkan tentang cara pemikiran yang diamalkannya kepada agensi berita MediaCorp. yang pasti, matlamat pemilik syarikat Newash Facility Management dan syarikat reka bentuk ARK-hitecture ini adalah jelas!.

Beliau fokus untuk sentiasa cari peluang dan jana pendapatan. Malah, berbekalkan ilmu dalam bidang hartanah, Aaron turut memanfaatkannya untuk kukuh perniagaan bagi dua syarikat selain memastikan pendapatan terjamin.

“Sebagai seorang ejen hartanah, saya menyasarkan kepada pasaran khusus besar iaitu bagi hartanah berlaman sahaja (landed property), untuk membantu perniagaan saya selama ini.

“Ini kerana di akhirnya, saya tidak mahu menjadi seorang ejen. Matlamat utama saya adalah untuk memajukan bisnes saya dan membina sebuah empayar,” kongsinya, yang membuka bisnes Newash terlebih dahulu.

Memiliki sebuah syarikat pengurusan kemudahan dan raih pendapatan besar dari penjualan hartanah berlaman mungkin dapat memuaskan sesetengah pihak, tetapi tidak semudah itu bagi Aaron.

Anonymous said...

selagi pasumno membela perompak taraf dunia selagi itu mereka bermunafik mnggunakn isu perkauman dn agama utk berkuasa.

kamu sepatutnya buat perhimpunan mngutuk najib kerana dialah punca kamu kalah dn sgt terancamlah melayu islam kununnya.

yg pelik penyamun dibela tp salahkn org lain.

peringkat awal tun dh minta najib undur..kemudian pi jumpa YDP Agung.. tk berjaya maka terpksa melalui pru.

sebb jenayah najib akibatnya lbh agresif dn drastik mnjadi ancaman pd melayu islam dn negara.

lbh peliknya...berduyun2 org msia kerja di spore setiap pagi.

selagi kamu membela punca masalah dn mnyalahkn org lain kamu hnya buat lawak. himpunlah kt mana pun sampai pagi. masalah sama aje. nk declare utk tolak najib jika bn menang semula pun tk berani.. declare lah.

Anonymous said...

Mohon singapore isa kn dr.hisham!!pengkhianat negara mcm najib.cuba memalukan negara!bocorkan rahsia negara..dr.hisham agen malaysia..hapuskan melayu umno singapura!!!yg si hashim bodoh ni pn satu..mata sepet sblah dh nk mampos..melayu lg?kt airport tu,melayu ke bangla???hapuskan melayu!!!! Xnk dok singapore pegi duduk malaysia..beli tanah malaysia.

Anonymous said...

Org singapore beli tanah malaysia!!!org malaysia keja kt singapore?bijak x pak hasyim?kepala kulop,otak senget,dh nk mampos xsedo diri..agama ,bangsa & seks..lain apa pun xbleh..otak ltak kt kpala kote..jadi la mcm ibnu hasyim

Anonymous said...

Gambar kt depan masjid tu buatpe?gi sembahyang ke g baling daging babi..??nnti bleh jd isu buat cerita.Perumpamaan mcm ibnu hasyim,nampak baik & berdakwah ala ibnu hasyim tp tunggang agama,mainkan perkauman & sentimen.ingatlah mati ibnu hasyim!!!

Anonymous said...

Kesian puak-puak anti Islam ni, Kalau Lee Kuan Yew masih hidup, tentu jilat juboq LKY.
Kesian, kesian. Nak buat macam mana, sendiri buat ambik. berjiwa hamba.

ha ha ha

Anonymous said...

Dap adalah pecahan pap, tentunya akan membawa gaya pap. Pastikan melayu bersatu. Biarkan kuncu2 melayu ph menjadi talibarut dap.

bunbinban said...

Melayu malaysia byk keje kat singpura. Beribu sehari masuk singapura. Agak2nya dorang seme keje tukang cuci. Patutlah singapura bersih...kahkahkah...kat kelantan 99% melayu tapi melayu merempat gak. Itu kerajaan melayu islam yg memerintah. Masaalah mangsa banjir 2014 pun x settle lagi. Mungkin bantuan sengaja di lambatkan supaya mangsa tidak terpesong iman kerana bantuan cepat sampai...kahkahkah...sepatutnya kelantan menjadi tumpuan org2 siam cari makan atau kerja. Beribu-ribu sehari berbaris di sempadan utk kerja di kelantan. Tapi sebaliknya berlaku, berbaris plak org kelantan masuk siam bkn utk kerja tapi utk membekalkan air...kahkahkah...

Anonymous said...

HADI UMPAMA PEMANDU YANG HILANG KAWALAN

Tamrin Tun Ghafar
Jumaat 04/05/18

1. Dulu benci UMNO , kini mengendeng-ngendeng umpama 'Hidung Tak Mancung , Pipi Tersorong - Sorong'.

2. Dulu puji DAP,!kini benci DAP, dengan alasan parti itu anti Melayu dan anti Islam.

3. Maaf cakap , perangai Hadi juga tak ubah seperti kupu-kupu malam yang berdiri di tepi - tepi jalan dan bersedia menjual tubuh badan kepada sesiapa yang bersetuju dengan harga yang ditetapkannya.

4. Saya tertarik dengan Surat Terbuka Hadi yang ditujukan kepada anak - anak para pemimpin PAS yang tidak lagi bersama parti itu tetapi sebaliknya mereka lebih yakin dan percaya perjuangan PAKATAN HARAPAN ( PH ) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir.

5. Mereka yang dimaksudkan ialah.:

a ) Dr. MUJAHID YUSUF RAWA - anak Dato Yusuf Rawa , Presiden PAS dari 1982 - 1989 ; bertanding di Kawasan PARLIMEN PARIT BUNTAR.

b ) MUHAMMAD FAIZ FADZIL - anak Dato Hj. Fadzil Noor , Presiden PAS dari 1989 - 2002 ; bertanding di DUN PERMATANG PASIR dalam Kawasan Parlimen Permatang Pauh.

c ) NIK OMAR NIK
ABDUL AZIZ - anak Tok Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS dari 2002 - 2013 ; bertanding di DUN CHEMPAKA dalam Kawasan Parlimen Pangkala Chepa . Kawasan DUN ini pernah di wakili oleh ayahanda Tok Guru Nik Aziz sendiri.

6. Hadi cuba memujuk mereka dengan memberi dua sebab :

a ) PH dipimpin oleh seorang yang tidak boleh dipecayai ( Tun Mahathir ).

b ) PH di anggotai oleh DAP yang anti Islam ( juga anti Melayu ).

7. Dalam surat tersebut , Hadi juga menyebut "KELUAR PARTI ( PAS ) SEPERTI
TUKAR IMAN DAN
MENJADI KUFUR ".

8. D zaman Baginda Rasulullah tidak ada PAS , begitu juga negara - negara Islam lain seperti Arab Saudi dan Indonesia, juga tidak ada PAS.

9. Yang ada hanya PAS LAWATAN sahaja.

10. Ketiga-tiga mereka yang tidak mahu bersama PAS kerana mereka nampak tingkahlaku Hadi seperti seorang pemandu yang hilang kawalan ; sekejap ke kiri , sekejap ke kanan dalam pemanduannya.

11. Mereka sedar TIDAK SALAH dan TIDAK BERDOSA berhijrah dari Hadi yang tidak nampak jalanraya dengan jelas kepada Tun Mahathir , walaupun berumur tetapi punyai pengalaman yang luas dan maseh boleh memandu dengan cermat tanpa membahayakan nyawa mereka yang menjadi penumpangnya.

12. Sebenarnya Hadi sudah mula panik, justeru Surat Terbuka itu sebenarnya ditujukan juga kepada ahli - ahli PAS yang lain agar mereka tidak berhijrah seperti Dr. Mujahid , Faiz Fadzil dan Nik Omar Nik Aziz.

13. Dengan Surat Terbuka itu juga , Hadi mahu pengundi - pengundi PAS menolak calun - calun DAP dan seterus nya menyokong calun - calun MCA , Gerakan dan MIC atas alasan DAP parti yang anti Melayu dan Islam.

14. Saya masih terbayang bagaimana susahnya pemimpin - pemimpin DAP pada Piliharaya yang lepas ( PRU 13 ) nak menyakinkan masyarakat Cina agar memberi undi kepada calon-calon daripada PAS.

15. Dengan menghantar rombongan demi rombongan menziarahi Tok Guru Nik Aziz di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan , mereka telah yakinkan yang lain bahawa Islam agama yang baik dan boleh dipercayai.

16. Dengan sokongan DAP itulah maka buat pertama kalinya sejak Pilihanraya Umum Pertama 1957, PAS berjaya mendapat 21 Kerusi Parlimen.

17. Inilah usuha - usaha Lim Kit Siang , Lim Guan Eng , Liew Chin Tong , Anthony Loke , Nga Kor Meng dan Ng Swee Lim , ADUN Sekinchan, Selangor dan beberapa pemimpin DAP bagi menolong kemenangan calon-calon PAS.

18. Lim Guan Eng pula pernah merengkok dalam penjara kerana usaha beliau menebus maruah keluarga seorang anak gadis Melayu bawah umur yang di perkosa oleh seorang pemimpin UMNO ketika itu.

19. Akhirnya perogol bebas, pembela maruah gadis di penjara dan gadis tersebut melahirkan anak di sebuah Pusat Tahanan Wanita.

Anonymous said...

20. Namun diatas segala usaha dan pengorbanan DAP terhadap PAS ( Melayu / Islam ) dan pengorbanan Lim Guan Eng itu , Hadi dan Pemimpin - Pemimpin UMNO masih melemparkan fitnah konon nya DAP itu anti Melayu dan anti Islam.

21. SAMPAI BILAKAH KITA NAK MENGHINA MASYARAKAT CHINA DAN BUKAN MELAYU LAIN?

22. Yang rasis atau perkauman ialah kita, bangsa Melayu sendiri.

23. Kalau berat pun mulut nak berterima kasih, sekurang-kurangnya kita hentikan perbuatan mengeji dan mencaci mereka.

24. BUKTIKAN KEPADA MEREKA BANGSA MELAYU BUKANLAH BANGSA BANGSAT, BANGSA MELAYU TAHU MEMBALAS BUDI seperti kata - kata Hadi semasa Pilihanraya Kecil Teluk Intan, "PAS TIDAK LUPA JASA ORANG”.

25. Ucapan-ucapan Hadi semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan, Perak tidak berapa lama dahulu, dan ucapan-ucapan beliau sebelum itu pun banyak mempertahan dan memuji DAP (sila tonton video yang disertakan).

26. Dalam kes RUU 355, MCA, Gerakan dan MIC begitu LANTANG MENENTANG Pindaan Hukum Islam itu.

27. Pemimpin- pemimpin mereka seperti Presiden MCA, Liow Tiong Lai , Timbalannya , Wee Ka Siong, Presiden Gerakan Mah Siew Keong dan pemimpin Gerakan yang lain serta Dr. Subramaniam , Presiden MIC telah mengeluarkan beberapa kenyataan akhbar MENGUGUT akan keluar Kabinet secara serta-merta jika RUU 355 diluluskan (sila lihat kenyataan tersebut).

28. Bak kata Hadi sebelum ini , PAS tidak akan lupakan jasa DAP yang begitu banyak terhadap parti itu.

29. Apakah rakaman suara Nik Abduh membocorkan rahsia sogokan sejumlah wang dari UMNO dan pengakuan seorang pemimpin PAS yang Parti mereka telah menerima 'derma' sejumlah RM2.5 juta dari individu tertentu , yang menyebabkan Hadi tiba - tiba bertukar haluan perjuangan daripada mengkafirkan kepada menghalalkan?

30. Saya perturunkan AMANAT HADI AWANG bagi mengingatkan kita semua betapa dahsyatnya kesan sampingan AMANAT itu kepada masyarakat Melayu/Islam negara ini.

31. Selepas saya meninggalkan UMNO setelah menyertainya secara aktif sejak awal 70an , Anwar Ibrahim mencadangkan saya berjuang bersama beliau dalam PKR, tiba- tiba Mazlan Aliman, ketika itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menasihatkan saya jika nak masuk syurga, pilihan saya hanya satu iaitu PAS.

32. Rupa-rupanya kepercayaan ini 'Bersama PAS ke Syurga' masih digunapakai sehingga ke hari ini.

33. DOSA DAN PAHALA, SYURGA DAN NERAKA, BUKAN BOLEH DITENTUKAN OLEH PAS ATAU PRESIDENNYA HADI. ITU HAK ALLAH SWT.

34. Berhijrahlah sebelum kita terpesong. Nauzubillah !!

35. Selamat melaksanakan tanggong jawab kita pada Hari Rabu
9hb Mei ini.

36. Arwah Tok Guru Nik Aziz selalu mengingatkan, jika mereka bagi kain, ambil, jika mereka bagi dapur masak, beras, gula dan minyak masak pun ambil; apatah lagi jika mereka bagi RM500, RM1000, RM2000 dan waima RM3000 sekali pun, juga patut diambil kerana duit itu adalah duit kita juga.

37. Pesan Tok Guru Nik Aziz lagi, undi adalah sulit dan ia adalah HAK kita.

38. JANGAN KETEPIKAN SEGALA APA YANG TERNYATA DALAM AL QURAN DAN HADITH.

39. Semoga kita Bangsa Melayu, bangsa yang tahu membalas budi dan jasa orang.

40. Jangan sebab mendapat segala jenis habuan, 'Menang Sorak Kampung Tergadai’.

41. MATINYA SEMUT KERANA GULA.

Terima Kasih...

Anonymous said...

Jawapan saya isu Melayu Singapore 'tertindas'
Di posting saya sebelum ini, ada hamba Allah menunjukkan 'bukti' bahawa Melayu Singapore ni teruk kena tindas, dan kata saya tunjukkan konsep meritokrasi taik kucing.
OKlah. terpulang. Tetapi saya jawab.
Dan lepas itu beliau - kasilah nama Abang oi - boleh menjawab. Syiok kita bincang isu ni, daripada gaduh tentang isu liwat dan seluar dalam Levi's.
Nak kata Singapore banyak masalah suka hatilah. Tapi kalau nak kata orang Melayu Singapore kena tindas ni, pada saya, biarlah gunakan fakta yang tepat.

Apapun, saya ulangi dulu apa yg ditulisnya:
------------------------------------------------------
Anonymous

Di Singapura, orang Melayu dijaga dengan amat "baik" oleh kerajaan Singapura. Secara purata, kualiti kehidupan orang Melayu adalah lebih-baik di sana berbanding di Malaysia.
Inilah hakikat tapi kalau dibanding dengan kaum-kaum lain di Singapura ,orang Melayu akan terasa mereka hanyalah golongan kelas tiga di sana selepas Cina dan India mungkin kelas empat selepas Cina, India, Lain-lain (Eurasian ..)
Hakikatnya;

i. tiada menteri kanan Melayu di Singapura, mungkin orang Melayu tiada merit? ...

ii. kalau orang Melayu masuk kekawasan sensitif tentera untuk bekerja dsb, mereka akan sentiasa diawasi ...orang melayu tidak dipercayai?

iii. Kalau orang Melayu bekerja disyarikat Cina, berkemungkinan besar orang Cina dari Malaysia yang baru masuk akan dinaikkan pangkat terlebih dahulu dari orang Melayu Singapura...Kawan Melayu Singapura saya kata disebabkan "sakit kulit"

iv. Budak-budak Melayu kesekolah tidak dibenarkan bertudung sekiranya kesekolah kerajaan tapi anak benggali dibenarkan pula.. takut pulak orang Melayu jadi ekstremis dengan bertudung...

v. Kalau masuk National Service, orang Melayu dikhususkan menjaga stor,medical dan latihan bersenjata kurang ditekankan.. takutlah tu kalau Singapura dan Malaysia berperang, orang Melayu akan berpaling tadah

v. walaupun bahasa melayu bahasa rasmi; bahasa Melayu hanya digunakan untuk menyanyi lagu kebangsaan "Majulah Singapura";kesian kan bahasa Melayuvi. Kuota untuk orang Melayu mendapat pendidikan seperti kedoktoran, ikut merit kata pemerintah

vii. Orang-orang Jawa ataupun orang Boyan,dalam kad pemgenalan tidak diklasifikan sebagai Melayu tapi Jawa atau Boyan. Orang-orang Cina samada Hakka , Foochow akan dikategorikan sebagai Cina. Orang India pun macam tu juga.

viii. Tiada lagi kampung Melayu di Singapura

ix. Kuota penempatan orang-orang Melayu.

Hakikatnya begitulah kehidupan orang Melayu,di penjara, dipusat pemulihan dadah bersepah orang Melayu, macam golongan kulit hitam di Amerika .
Kalau meninjau di pantai-pantai Singapura telah ada golongan yang hidup merempat dikhemah-khemah sementara rata-rata mereka adalah Melayu. Sedih bukan, begitulah nasib orang Melayu ditanah kelahiran mereka itu.

Beza sungguh nasib golongan minoriti di Malaysia ni.
Mereka bukan saja kaya-raya, dibenarkan berpolitik, beragama apa saja, bersekolah aliran mereka. Malangnya mereka-mereka ni tak pernah rasa bersyukur, hak-hak orang melayu dan agama Islam dicabar dan sekiranya orang-orang Melayu yang ingin memperjuangkan hak-hak mereka akan terus dilabel sebagai rasis dan fanatik.

Saya rasa toksahlah Rem nak menjaja hebatnya kerajaan Singapura dengan konsep 'meritokrasi' taik kucing mereka tu. Kata orang Melayu Singapura; "jangan bedeklah, kita orang dah lama tahu" lah..

Bekas pencari kupang Sungai Senoko
6 February 2010 13:20

Anonymous said...

Jawapan.

tiada menteri kanan Melayu - cabinet spore 21 orang. 1 melayu, Yaacob Ibrahim (bekas lecturer).
india ada 4 orang menteri kabinet, eurasian/serani 0. Lihat di sini.
yg india 4 orang - 1 former surgeon, 1 lawyer kanan, 1 banker, 1 bekas lecturer.

MP melayu kesemuanya ada 12, dari 84 MP yang menang pilihanraya - 14 peratus.
Ada lagi 9 lagi MP yang dilantik ke Parlimen (nominated MPs) dan seorang MP tanpa kawasanundi (NCMP) - apa kejadah ni? Baca kat sini.
Maknanya dalam Parlimen Temasek ada 94 jumlah MPs.

MP melayu senior yg lain a) Abdullah Tarmugi (Speaker of Parliment, anak melayu jadi speaker 'negeri cina'), bekas wartawan.
b) Zainul Abidin Rasheed (Senior Minister of State foreign affairs - di msia, title equivalent senior deputy minister), bekas wartawan.
c) Zainudin Nordin, Mayor di town council - kata orang, title/gaji/kerja mayor ni sama senior dgn Minister of State (ini kena check, saya diberitahu).

sila baca list nama-nama MP melayu-muslim di spore tu di sini, mahupun yg bukan islam. yg pakai tudung pun ada - Halimah Yacob. lihat qualification dan kerjaya mereka. saya gerenti kita pun segan.
(semua ada alamat rumah, phone no. dan email! senang nak contact).

masalahnya: ramai melayu bijak pandai lain tak mahu masuk politik, ada rakan saya banker melayu (dua orang!) di dua bank terkemuka di dunia diajak jadi MP. tak mahu. gaji mereka dah lebih dari s$15,000 sebulan, jadi MP elauns katanya s$16,000 sebulan tapi sentiasa diawasi orang ramai. juga ada seorang pendidik melayu terkenal di spore dipujuk, tak mahu.
jadi jgnlah mudah marah pemerintah sebab melayu ada 'merit' tak masuk PAP, boleh jadi menteri. mereka takut mat kerang kutuk mereka 'belot masuk parti cina' tak?

ii. orang Melayu dan kawasan sensitif tentera - betullah tu. yg samdol nak mengebom tentera amerika di spore dulu kan anak melayu spore juga. kumpulan JI. jadi tentu pemerintah takut melayu geylang nak jadi jebat taliban!
kita kenalah bagi mereka 'caya sama kita balik.

iii. bekerja di syarikat cina - yg melayu gi kerja dgn syarikat cina tu buat apa! samalah misalnya di msia (mahupun indonesia, india, thailand, filipina, jepun, perancis, amerika): tentulah jika naik pangkat ikut bangsa bos!
misalnya, ada harapan ke cina msia jadi ketua khazanah? ceo petronas? boss maybank? atau melayu msia masuk syarikat genting, public bank, berjaya group - sampai kiamat tak akan jadi bos besar!
tapi kalau kerja di syarikat antarabangsa lain cerita.
- anak melayu spore kini jadi MD di bank besar swiss, UBS, di spore.
- Executive Director UBS Investment Bank pun ialah anak melayu spore.
- juga CEO Carrefour for msia, spore markets.
- dan CEO Cathay Organisation.
- ada MP melayu spore kini - dulu dia jadi CEO SingTel international.
- seorang lagi MP melayu kini MD syarikat MNC amerika.
- anak melayu spore pernah jadi bos Apple di spore.
- dan GM di DHL spore.
ramai mereka ni saya kenal, jadi tak letak nama. nanti depa kata saya nak 'gaduh' kat blog menjaja nama mereka pulak!

Anonymous said...

iv. ke sekolah tidak dibenar bertudung - ini form over function. kita lihat sendiri: di sekolah atau tempat kerja, bila waktu makan atau duduk bersama, semua orang lebih SELESA (bukan pasal racist) dgn bangsa sendiri (atau yg kaki bola dgn gang sendiri, yg sokong PAS/Umno dgn mereka saja).
jadi dikhuatiri melayu bertudung hanya sesama mereka, dan cina dan india - dah memang susah pun nak ajak kaum lain duduk bersama - semakin tak rapat dgn melayu di sekolah.
'tapi ini agama kata wajib!'. masalahnya ialah pemerintah takut benar dgn melayu jadi extremis ni. kau nak salahkan depa?
yg jadi JI 30-40 orang lebih tu semua melayu. yg pakai serba hitam nampak mata saja pun ada di spore, tak banyak campur dgn melayu lain pun sebab mereka suci sangat.
apa kata kita beri kaum lain selesa dgn kita. kita tunjukkan melayu 'terror' belajar dan pintar bekerja dan rajin tekun, jadi orang segan.
lepas tu kau pakai selimut masuk sekolah pun orang kasi.
dikhuatiri melayu spore ni dah lah pembelajaran lemah, nanti duduk sesama sendiri tak mahu cedok pengetahuan dari yg lain.
kalau tak terima apa yg saya kata ni ada jalan lain - ada empat madrasah kat spore - semua ajar matematik, sains dlm bahasa inggeris - baca di sini - kamu masukkan anak dlm tu lah.
tapi anak anda rugi sebab tak campur bangsa lain.
dan lebih penting lagi, orang bangsa lain tak akan tahu tolak ansur yg perlu bila duduk campur dgn pelajar melayu. mereka tak akan tahu cara islam dan cara orang islam.
akhir kata: betullah ada tak puas hati, tapi the bottomline is brutal: kamu kaum minoriti. dah lah tu lemah lagi. tak suka boleh gi hijrah. ramai pun orang spore bangsa cina, melayu dan india dah calibut ke australia, canada dan US. ini zaman 'talent flows', ada qualification, we don't have to take the bullshit.

v. National Service, orang Melayu jaga stor dan latihan bersenjata kurang. takut Melayu akan berpaling tadah - dah saya bincang di (ii) di atas.
memang betul lah tu, pemerintah takut kamu tak tembak askar melayu di raja bila malaysia menyerang spore kelak, tetapi menembak ah chong spore kat sebelah.
tapi nak kata melayu semua dibodohkan, tak juga.
dah ada jeneral anak melayu pertama dalam Angkatan Bersenjata Singapura, Spore Armed Forces. saya pernah tulis di sini.
dan dalam civil defence, apabila gempa di sumatra yg saya cover dulu, ketua team 42 orang itu ialah anak melayu spore. pangkat Lieutenant-Colonel (LTC) - di sini.
ini bukan sebab team ni di hantar ke indonesia, baru letak budak melayu. dia Commander of Second Civil Defence Division. ada desas-desus mamat ini akan terus naik ke atas sebab cekap.
kadang orang melayu ni suspicious sangat tentang 'sikap racist' pemerintah spore jadi tak nampak ke-terror-an bangsa sendiri.

Anonymous said...

vi. bahasa melayu bahasa rasmi, dah lemah - ini bukan pasal racist ke apa, tapi sebab ekonomi.
kat spore, cina sama cina gaduh besar sebab bahasa mandarin pun setengah dari masyarakat mereka pandang rendah. sebab tak ada economic value.
kau nak jadi banker kaya? accountant, lawyer dan surgeon? nak cakap bahasa mandarin saja? tak laku kamu!
di msia pun bahasa melayu jadi lemah atas sebab yg sama.
di india tentang bahasa hindi, mereka pun gaduh. ada slogan parti politik hindu BJP: 'Hindu, Hindi, Hindustan' dulu - terkejut orang yg suka tengok filem hindustan.
maknanya india patut beragama rasmi hindu, berbahasa hindi, dan nama negeri hindustan - negara utk orang2 hindu. BJP menang kejap, lepas tu kena halau, Congress menang kembali!
di china sendiri, orang berebut nak belajar inggeris.
memang kesian, tapi takkan nak salahkan pap lagi? esok kupang tak ada pun, kau salahkan pap.

vii. ada kuota orang Melayu dlm pendidikan seperti kedoktoran - cerita ni dari saya di sekolah dah dengar. tapi ada bukti ke? maaflah kalau setakat tuduh2 tanpa data. tunjukkan budak melayu yg tak dapat masuk sebab kena bilis orang cina, india? saya sendiri nak tahu ni! nak tunjuk kementerian pendidikan. kau ingat aku takut ke kalau ada fakta? tapi jika setakat dengar dari kawan, tah 'yah lah.
atau kamu nak special quota agar lebih ramai melayu jadi doktor? kalau itu yg disarankan, forget it fool.

viii. Orang Jawa, Boyan dalam kad pemgenalan tidak ditaraf Melayu tapi Jawa, Boyan. Orang Cina hanya Cina saja. India pun macam tu juga - setahu saya, ini kerana yg hendak begitu ialah orang melayu, jawa dan boyan sendiri!
mereka bangga dgn keturunan masing-masing masa tu. mungkin saya silap. cuma tanya orang dulu-dulu kalau tak percaya. pemerintah untung apa jika golongkan kamu jawa dan boyan?
(dan saya nak tambah - di kad pengenalan singapore saya - ada nama saya dalam tulisan JAWI. ya! IC spore saya ada nama saya dlm tulisan JAWI. ini pilihan saya. IC cina boleh letak nama mandarin, india letak tamil. kalau tak mahu pun tak apa. sebab masa tu orang melayu bangga dgn bahasa jawi ni. sekarang dah tak ada dah sebab orang tak bangga lagi).

ix. Tiada lagi kampung Melayu di Singapura - kampung cina pun dah tak ada kat spore ni. kampung india pun dah tak ada. apasal kamu bising tak kena tempat? satu buah kampung pun dah tak ada lagi di seluruh singapore!
spore kecik semua dibina flat dan kondo, mana ada tempat nak bersawah, berkampung dan berak dalam jamban atas sungai?
masjid spore banyak yg tiga, empat dan lima tingkat kau tak nampak pula?
masjid malaysia semua dua tingkat saja (purata) sebab dia banyak tanah, abang kupang.

x. Kuota penempatan orang Melayu - ini saya dah bincang dulu kenapa pentingnya orang melayu dicampur dengan bangsa cina di spore - lihat sini.

Anonymous said...

Dan kamu ada tambah lagi:
xi. orang Melayu,di penjara, dipusat pemulihan dadah bersepah.
xii. di pantai-pantai Singapura ada golongan hidup merempat di khemah sementara, rata-rata mereka Melayu.

hai! ini pun salah pap juga? kalau melayu merampok, makan dadah kan salah mereka!
saya ada beberapa anggota keluarga makan dadah, masuk penjara, jadi saya tahu secara detail problem ini. pada saya nasib baik pemerintah membantu mereka ini - dapat kerja lagi.
kat msia pun melayu bersepah dlm penjara dan pusat pemulihan dadah! tak pula mereka salahkan kerajaan umno-bn!
jamal abdillah keluar masuk pusat serenti, dan kerap cerai berai - takkan salah umno-bn?

tentang yg merempat di pantai tak ada rumah - kau gi duduk dgn mereka, macam saya buat.
tanya 'apa dah jadi brader?'
kebanyakan mereka ni bercerai berai, makan dadah, malas nak kerja dgn gigih - kerja seminggu, kena marah bos sikit, merajuk. kerja overtime lebih sikit, esok ponteng (masalah gian dadah ialah punca utama).
atau, ada yg membeli rumah mahal drpd kemampuan, apabila tak boleh bayar kena tendang keluar, lalu bercerai.
ie ini bukan masalah sebab mereka melayu, tetapi sebab poor planning dan dadah.

sekali lagi, saya tahu sebab ada anggota keluarga macam ni.
baru bulan puasa lalu, pemerintah, masjid dan persatuan islam di spore adakan kempen 'Bijak Belanja' di sini. malu aku sebab menunjukkan bodohnya bangsa aku.
orang melayu ni dia suka beli rumah di luar kemampuan, lalu ditambah balak dgn beli furniture mahal2 dan TV besar2.
kat spore ni kalau tak ada 40inch TV macam miskin sangat, walhal bapak kerja jadi peon. ini saya cakap tentang ahli keluarga sayalah.
nak salahkan govt lagi?
konsep meritokrasi taik kucing? suka hatilah.

bukan cantik lihat orang spore papa kedana ni.
tetapi ada social net juga kalau ada masalah - jumpa MP, jumpa persatuan kebajikan, persatuan islam dsbnya.


Anonymous said...

saidina umar rdh lbh takut akn dosa tenteranya dpd kekuatan musuh.

antara dosa yg mngaku pejuang ialam ialah mkn dedak..bermewah..nipu mulut celupar dn tiada kepakaran dn integriti.

dn yg lbh besar... takut pd dap. sepatutnya dap takut kamu.

para profesional dlm pas ditendang kluar. ulamak hnya tahu secara dasar dn umum sesuatu bidang..para profesional lah yg akn melaksana.

seorg ulamak bkn bermkna pakar semua bidang kehidupan dn pentadbiran.

sekecil2 nk repair keta pun pas kena cari mekanik.. bkn ulamak..silap2 mekanik pnyokong dap.

Anonymous said...

Puak anti pas kuat putarbelit melayu untuk isi tembolok bersama umno....

Anonymous said...

Pastikan melayu bersatu supaya umno dan pas boleh bertambah kaye...

Anonymous said...

Kahkahkah... pembontot Tokong tak abis abis jadikan Umno/BN ibarat hantu untuk menakutkan rakyat... padahal Kepala Hantu yang sebenar yang mereka takuti sedang dibontoti oleh mereka secara berjemaah sebab telah bertukar jadi Latok yang Bersih.

Tiada manusia dalam dunia ni sebodoh Melayu PH... Bendul.

Deyyy tambi...!!! Orang Asli diserata dunia pun berjuang pertahankan Tanah dan Hak mereka... sebab mereka tahu tiada siapa yang dapat menjaga Hak mereka melainkan diri mereka sendiri.

Melayu PH Pembontot ni pikir dengan sedikit lakonan kezuhudan Tokong yang sengaja dijaja adalah bukti bahawa Hak dan Keselamatan Melayu terbanyak boleh diserah kepada Pendatang untuk dijaga.

Bila diberi contoh seperti apa yang berlaku terhadap Melayu di Spork... pembontot Tokong dengan terkinja kinja cuba menafikan kejahatan dan penindasan terhadap Melayu oleh PAP abang DAP di Spork.

Betul lah kata Si Latok... Melayu mudah lupa yang kesemua Melayu tersebut berada dalam PH.

Anonymous said...

Penipu bapok penipu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails