Monday, July 30, 2018

Bila Sering Dengar Islam Diburukkan, Dia (Bukan Islam) Pergi Ke Masjid &...

Hasil carian imej untuk Selalu Dengar Islam Diburukkan Di Media. Lelaki Ni
Selalu dengar Islam diburukkan di media. Lelaki ini pergi sendiri ke Masjid dan terus terkedu. Satu video tindakan seorang lelaki Australia yang bosan dengan ‘berita-berita’ di tv, radio dan akhbar yang asyik memburuk-burukkan orang Islam menjadi viral di media sosial. 

Dia nekad pergi sendiri ke masjid untuk melihat keadaan orang Islam. Apa yang dia temui sangat mengejutkan…

Menurut Laporan, Garry Brafford dari Gold Coast, berkata:

Saya tak mahu baca artikel surat khabar, saya tak mahu dengar kepada Pauline Hanson, atau mana-mana radio mengarut yang memberikan kepada saya satu pandangan buruk terhadap Muslim.
“Jadi saya terfikir, saya akan membuatnya (berjumpa sendiri orang Muslim).


Bermula dari situ, Garry memulakan ekspedisinya untuk mengenal orang Muslim di Sydney. Garry melawat banyak masjid, pusat kebajikan dan berjumpa banyak orang Muslim. 

Antara penemuan yang berjaya dihasilkan oleh Garry hasil pertemuan itu adalah mendapati orang Muslim juga mempunyai isu yang sama seperti orang-orang lain. Garry berharap tindakannya itu memberi inspirasi kepada orang lain untuk membuat perkara yang sama.

“Rasanya sangat penting bagi kita untuk pusing kembali dan berfikir: ‘Saya perlu diajar semula.
Saya perlu berjumpa dan bercakap dengan orang-orang Muslim di sekeliling saya. Dan saya akan bertanya apa yang ada dalam fikiran mereka. Nak tahu kenapa? Sebab benda yang mereka fikir sama sahaja dengan benda yang kita fikir. “Jika kamu ada anak-anak, mereka pun ada anak-anak. Mereka mempunyai isu yang sama seperti kamu semua. 

Dalam masa yang sama, Garry turut mempertahankan Muslim menerusi laman Facebooknya apabila berlaku salah faham. Dan ya, video Garry itu viral dan mendapat lebih 14,000 perkongsian sejak dimuat naik dan diringkaskan oleh One Path.

Subhanallah. Hidayah Itu Milik Allah. Semoga Lelaki Itu Masuk Islam Satu Hari Nanti. Aaamin.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Pengikut yang bertindak biadap melemparkan pelbagai komen negatif di laman sosial, Instagram (IG) bukan berlaku kepada Siti saja, juga berlaku di blog ini. 
  • Blog ini diserang dengan kata-kata lucah yang ekstrem, agak malu nak sebut di sini, tapi boleh diteliti semula di ruangan komen blog ini..
  • Kebanyakan isi serangan penyerang tersebut bertaraf sampah tidak ilmiah, memancing emosi, keanak-anakan, dan melihat dari sudut kelompok sempit mereka sahaja.
  • Sasaran serangan mereka adalah kumpulan Islam, parti Islam (PAS), kegiatan Islam seperti JAKIM, sekolah tahfiz, sistem kekeluargaan Islam, ekonomi dan segala yang berbau Islam.
  • Dipercayai mereka adalah puak-puak muda dari parti pemerintah (PH) sekarang yang dilatih khusus untuk menguasai media sosial.
  • Kadang-kadang mereka mengugut penulis atau tuan punya blog akan report polis, polis sedang mencari dan lain-lain.
  • Dipercayai juga kumpulan ini terpecah dua. Satu, kumpulan yang mirip ke arah Islam, mereka mengketengahkan pemimpin-pemimpin Islam PKR dan Amanah.
  • Kumpulan yang satu lagi, agak anti Islam, banyak membela pemimpin Parti Bersatu, DAP, ajaran sesat Liberal, LGBT, Kumpulan Harimau Tamil, sosialis, mirip komunis dan yang sejenis dengannya lagi. Puak-puak anti Islam inilah yang mendominasi kebanyakan komen di blog ini.
  • Pihak PH dikatakan berjaya merekrut kumpulan fanatik atau taksub yang seakan-akan 'mabuk histeria' mempertahankan pendirian atau 'aqidah ciptaan' mereka, dengan apa cara sekali pun.
  • Pemberontakan jiwa mereka ini mula terserlah dalam keluarga mereka, masyarakat, dan negara, yang boleh dilihat melalui tulisan dan ucapan mereka atau pemimpin mereka.
Begitulah kira-kira, bukan seperti tindakan bijak yang diambil oleh lelaki yang diceritakan di atas. Sekian. 




Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

7 comments:

Anonymous said...

syndrom ketakutan dgn musuh. mcm2 dibygkn yg pelik2. demi mnampakkn diri sgt suci dn satu2nya kelompok manusia di msia ini.

menganggap semua komen pro ph mesti dibayar wang. wang sudah jd king bkn saja pd najib tp sekutunya jg. biasanya pemakan dedak akn fikir org lain pun mcm dia jg.

begitu jutaan rakyat mngundi ph maka berapakah belanja yg diberi kpd mereka? hingga bapak dedak yg ada billion pun masih xcukup mengalahkn rakyat yg dikatakn menerima dedak jg.

apa yg takutkn dn reka mngenai ph itu adalah illusi yg dicipta utk meraih simpati betapa teruknya islam a.k.a. pas dihina.

umpama org takut hantu. melihat spender putih labuh ditiup angin mlm2 pun dia kt hantu.

syndrom ini sama mcm kesan dadah flaka kpd mangsa.

amat malang walaun sekelian.

Anonymous said...

Memang pelik bila walaun mengaku Islam sanggup sekongkol dgn kafir. Satu2 peristiwa di luar jangkaan. Realiti nya ialah terpaksa bersekongkol utk menang. Satu2 pengkhianat yg nyata. Lalu membuat skrip yg sedondong dgn kehendak the big boss.

Memang pelik bila kepimpinan yg mengaku berjuang utk Islam, tapi tiada yg pakar dlm agama. Benar kenyataan al Quran, Islam akan ditadbir oleh yg bukan ahlinya. Mahathir adakah pakar dlm agama??? perosak adalah. Banyak guna logik akal, nas zero.

Sabu pun satu masalah, pendekar yg tewas, lalu mencari guru baru, maka ketemulah dengan sifu dap. Pandai berkata tapi kosong dalam kontent. Berlawak dan berpantun, tapi khianat pada Islam. Kemampuan kewangan dipertikai kecuali ada dana yg membantu. Ikhlas dipertikai kerana kesanggupan bersemeja dgn dap.

Kalau nak kenal hati budi, tengok siapa kawannya.

Anonymous said...

Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an).

Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.

kafir terdiri dari semua bangsa ynag ingkar pada ayat ayat Alah
musuh Allah n Rosul gagal untuk kalahkan Islam
walau dibantu oleh Iblis

Anonymous said...

Ph paling takut dng pas sebab tu macai ph hari2 buat cerita memburuk2kan pas. Tapi pas stady aja perjuangkan islam.

Anonymous said...

Kalau mereka ingkar pada ayat-ayat Allah macamana ada antara mereka yang kemudian memeluk Islam ?

Apakah hanya orang kafir sahaja yang memadamkan cahaya Allah ?

Anonymous said...

nk takut apa dgn pas yg sentiasa puashati dgn kerajaan. setakat ibnu tu kita layan jela.

yg pasti bkn ph takut pas tp pas yg takut dap. dap tk penah buat sekali pun perhimpunan mnyatakn rasa terancam.

malu malu malu melayu islam

Anonymous said...

jasa kau pd negara nk banding dgn tun mahathir... mcm syurga dn nerakalah jauhnya

duli najib tk pakar agama jg tp pas peluk... begitu nyata parti munafik adalah parti walaun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails