Sunday, July 29, 2018

300 NGO Tolak 8 Perkara Ini.. Tanda Rakyat Tak Puas Hati K'jaan PH.


GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) yang terdiri daripada 300 NGO yang mewakili suara majoriti rakyat di negara ini terutama orang Melayu Islam ingin menegaskan perkara-perkara berikut:-
1. Semua tindakan dan keputusan kerajaan mestilah bertunjangkan kepada asas perlembagaan negara tanpa menjejaskan mana-mana fasa didalam perlembagaan. Ini demi untuk menjaga perpaduan kaum dan hubungan antara agama kekal harmoni dan sejahtera
2. Keabsahan ugama Islam dan hak istimewa orang Melayu mesti tidak digugat sama sekali kerana itu adalah jaminan didalam pembentukan negara Malaysia dan merupakan elemen didalam tujuh wasiat Raja-raja Melayu. Ini termasuk tanah rezab Melayu, bantuan pelajaran dan pekerjaan disektor awam
3. Isu UEC mesti ditolak sama sekali kerana ia bukan saja bertentangan dengan dasar pendidikan negara malah akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih ketara
4. Kementerian Pendidikan mesti tegas untuk tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), kerana ia tidak termasuk di bawah kurikulum dan sistem pendidikan kebangsaan, serta tiada asas di sisi Perlembagaan. Peruntukan kewangan itu seharusnya dimanfaatkan untuk kegunaan yang lebih meluas kepada rakyat, dengan meneruskan program MyBrain untuk mahasiswa pasca-ijazah melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Juga wajar digunakan untuk peruntukan sekolah-sekolah agama, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan.
5. Semua urusan dan kenyataan resmi oleh pihak kerajaan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan dan UMMAH mendesak kerajaan mengambil langkah yang lebih serius dalam memperkasakan bahasa kebangsaan ini
6. Gerakan atau mana-mana pertubuhan yang membawa agenda liberalism, evangelism dan humanism yang berlandaskan nilai barat mesti dikekang. Kebebasan bukan bererti tanpa had tetapi sebaliknya mesti mengikut lunas-lunas agama dan budaya negara.
7. Tindakan mesti diambil ke atas mana-mana pihak yang menghina dan memperlekehkan Institusi Raja apatah lagi suara-mana yang mahu menghapuskannya.
8. UMMAH menuntut kerajaan memberikan ruang kepada UMMAH untuk berbincang dan meneliti sebarang polisi dan akta-akta baru yang hendak dikemukakan ke parlimen seperti Akta Harmoni Nasional, Akta Kebencian Agama dan Kaum serta Akta Anti-Diskriminasi Kaum dan lain-lain.
UMMAH ingin menegaskan bahawa himpunan ini adalah sebagai isyarat kepada rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran kerajaan. UMMAH menuntut kerajaan segera membaiki segala kepincangan yang berlaku dan tidak menolak kemungkinan bahawa Himpunan yang lebih besar akan diadakan jika tidak ada apa-apa tindakan pembaikan dari pihak kerajaan.
Aminuddin Yahaya
Ketua Sekretariat UMMAH
28 Julai 2018 – HARAKAHDAILY 28/7/2018

8 comments:

ted manoff said...

PrOoTt.. Arghhh leganya..

bunbinban said...

Karpet merah buat lokman adam. Lebai2 sujud sembah kepada umno demi umno kerana umno. Kahkahkah....kita tengok siapa yg kena. Lebai2 arah jgn undi mudir tahfiz. Lawan islam?. Kahkahkah...undi umno demi survivor umno. Lantak ko la lebai. Kahkahkah... ni bkn kena kencing lagi dah ni..siap berenang, nyelam sambil minum kencing...kahkahkah....

Anonymous said...

Bunbinban,,Mudir tahfiz tu bukan bersekongkol dgn dap pejuang lgbt tu ke? Baik buka maahad lgbt je. .

Anonymous said...

perhimpunan utk lokman adam sebenarnya. pas kt tk bantu umno pun tp diperalat guna perhimpunan. kesian pas asyik kena kencing aje tnpa sedar.

usul2 byk yg umum sgt dn lbh pd persepsi. sila perinci merujuk kes2 jgn umum aje. walaupun kita tau agenda sebenar adalah kekecewaan kalah pru.

terutama pas yg kecewa dikalahkn puak yg dituduh kecewa dlm muktamar dulu. kini mereka yg kecewa.

helo...hj hadi n najib hadir ke pontiang

Anonymous said...

lps ni buay kt p merbok pula. himpun 355.2 dn seterusnya poin2.

Anonymous said...

Fuh...berterusan serangan org2 kafir berlakon islam dgn bantuan baruah2 lgbt dao kepada islam,,yg jadi mangsa ialah umno dan pas.

Anonymous said...

Ramai yang dulu ikut PAS dah sedar dan insaf..

Dulu kalau tak dapat 10,000 paling sikit 6,000... tapi sekarang cuma 1,000 orang saja yang datang ke Kelab..

Mungkin PAS mampos dulu sebelum UMNO mampos..

Anonymous said...

pas adalh parti islam yg lemah dn pendek akal. lgbt yg pas mampu buat memekak sana sini sampai masjid negara. org yg pi masjid dh baik bkn lgbt ngok.

kau pegilah laung kt tempat2 lgbt lorong gelap dll.

sila bentang kt sini apa usaa dakwah pas utk tangani lgbt...klu benar kamu perjuang islam.

sbb org yg mngaku ngaku pejuang islam ni bahaya klu tk buat apa nnti otomatik jstuh munafik. org lain tkde dgn sombongnya ngaku ngaku prjuang islam. setiap kerja yg baik adalah islamik tnpa ngaku2 jerit sana sini.

superman pun tk jerit2 ngaku superman.. tp bila org kesusahan dia sampai dn tkmau org tau identitinya. begitu ikhlasnya superman. cuma spender dia warna biru bukan putih dn labuh.. hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails