Saturday, May 20, 2017

PKR Pecah, Esok Tubuh Parti Baru..


Sebuah parti baru akan diumumkan esok terdiri daripada bekas ahli PKR yang kecewa dengan politik kotor sedang berlaku dibawah pemerintahan Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Satu jemputan media juga sudah diedarkan bagi menghadiri pengumuman penubuhan parti berkenaan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur jam 11 pagi, Sabtu.

Bagi mendapatkan pengesahan, Malaysian Digest menghubungi wakil kumpulan berkenaan Johari Musa yang mendakwa parti itu akan disertai ahli PKR pro bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid dipecat oleh PKR pada 2013, menerusi agenda Langkah Kajang ekoran enggan menuruti perintah PKR untuk melepaskan jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan kepada Wan Azizah yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

“Apabila pemecatan Tan Sri Khalid dahulu, lebih kurang 41% orang PKR tidak sebulu (bersetuju) dengan keputusan parti. Jadi mereka tidak lagi mengikuti PKR dan menjadi penyokong bebas seperti Tan Sri Khalid secara senyap.
“Kami membentuk suatu kumpulan dan kami bersetuju untuk menubuhkan satu platform bagi menggantikan PKR sekarang yang sudah runtuh.
“Mereka terdiri daripada penyokong PKR seluruh Malaysia,” ujarnya kepada Malaysian Digest.

Sehinnga parti tersebut ditubuhkan, masih terlalu awal untuk menjangkakan nilai dan kekuatan pengaruhnya untuk mencabar PKR yang turut bernaung dibawah Pakatan Harapan bersama PAN, DAP serta parti Dr Mahathir, PPBM.

Ujar Johari, parti baru ini dijangka akan berganding bersama Gagasan Sejahtera – blok ketiga pembangkang menggabungkan PAS bersama Parti Ikatan.

“Kemungkinan apabila diluluskan kelak, kami akan bergabung dengan Gagasan Sejahtera.
“Kita akan pelawa Tan Sri Khalid sebab kami adalah penyokong beliau. Tan Sri Khalid sebagai ikon kami,” jelasnya.

Diminta samaada ahli PKR daripada kem Azizah atau kem Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali akan turut serta, Johari berkata parti itu akan disertai semua ahli PKR seluruh Malaysia yang tidak lagi bersama kepimpinan sekarang.

“Kami cuma mahukan politik yang bersih dan tulen. Bukannya politik pecat-memecat atau baling-baling kerusi seperti yang berlaku ketika pemilihan PKR sebelum ini.
“Mereka yang tidak menyokong politik sebeginilah yang keluar dari PKR secara senyap,” katanya lagi.
mD

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


3 comments:

Anonymous said...

Yea ke? Awat tak join PAS? bukan ke TSKI dikatakan nak join PAS?

Anonymous said...

Gagasan Sejahtera nak diperkuatkan tu!!
Hehehe, satu parti tu ada 100 ahli je, tapi gegak gempita bagaikan nak runtuh langit dibuatkan oleh puok-puok politik bermaruah rendah ni!!!

IrWrWs said...

Ada satu parti tu nampak macam kuat tapi kuat bawak lari kerusi parti lain..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails