Thursday, May 18, 2017

Hannah Yeoh: Serangan DAP, AMANAH, PKR, Ini Jawab Dr Kamarul Azman


Hasil carian imej untuk dap kristian


Bertalu-talu nampaknya serangan yang dibuat terhadap diri saya ekoran laporan polis yang saya buat terhadap Hannah Yeoh. Bermacam-macam kata nesta yang keluar khususnya daripada mulut pemimpin dan penyokong DAP dan AMANAH, termasuk juga PKR, terhadap saya.


Apa yang tidak keluar dari mulut mereka hari ini? Bodoh, bongok, bangang, dungu, kangkung, paranoid, pathetic, hampir semua kata-kata buruk yang biasa digunakan dihamburkan kepada saya. Sungguh pelik saya begitu bersungguhnya mereka, khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, hingga sanggup menghina saudara sendiri semata-mata kerana mahu membela Hannah Yeoh.

Banyak daripada komen negatif yang diberikan, termasuk oleh beberapa orang peguam yang agak terkenal, antaranya daripada AMANAH, berkisar di sebalik dakwaan bahawa tidak munasabah untuk dibayangkan bahawa buku Hannah Yeoh boleh mendorong pembacanya menganut agama Kristian atau cenderung kepada agama Kristian, yang disertakan dengan hinaan mengenai lemahnya tahap iman saya dan penganut agama Islam lain di Malaysia.

Hujjah ini jugalah yang digunakan oleh Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, yang menyebut secara spesifik kononnya dakwaan saya bukan sahaja menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia pelbagai agama, tetapi juga menunjukkan tahap kualiti ahli akademik di negara ini. Kata beliau, seperti kata yang lain, “Umat Islam, Hindu, Buddha dan bukan Kristian lain di negara ini tidak akan memeluk agama Kristian dengan hanya membaca buku Hannah”.

Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pula dilaporkan membela Hannah Yeoh dengan bertanya, “Sejak bila bukan Islam tidak dibenarkan bercakap tentang agamanya sendiri?” Begitu juga Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub, yang mendakwa Hannah Yeoh diberi kebebasan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengamalkan agama pegangan beliau dengan aman dalam negara kita.

Bagi saya, semua hujah yang diberikan ini melambangkan kebodohan penuturnya, baik Lim Lip Eng, Lim Guan Eng, Salahudin Ayub atau siapa saja yang berpandangan sama.

Selaku ahli politik atau selaku peguam, takkanlah mereka tidak tahu bahawa Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa “Undang-undang Negeri dan, berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam”?
Hasil carian imej untuk dap kristian
Hasil carian imej untuk dap kristian
Hasil carian imej untuk dap kristian
Sebab itulah maka Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam diwujudkan di peringkat negeri di mana salah satu daripada seksyen kecilnya memperuntukkan bahawa “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu”.

Jelas diperuntukkan di dalam satu seksyen kecil lain (4) bahawa “Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang lain itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya”.
Maksudnya adalah, sama ada orang beragama Islam yang dipujuk, dipengaruhi atau dihasut “supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu” benar-benar menjadi penganut atau anggota agama itu atau benar-benar cenderung kepada agama itu adalah tidak berbangkit.

Bila anda atau rakan anda didapati memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seseorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderung kepada agama itu, maka ia adalah tetap satu kesalahan walaupun usaha anda atau rakan anda itu menemui kegagalan.

Jika anda benar-benar mengakui kedaulatan undang-undang, anda cabar sajalah enakmen ini di mahkamah jika anda tidak berpuas hati dengannya. Usahlah jadi bangang dengan mengaitkannya dengan kelemahan tahap iman saya dan penganut agama Islam lain di Malaysia pula.

Dr Kamarul Yusoff

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

5 comments:

Anonymous said...



Islam itu indah tersangat2 INDAH

Islam yg INDAH itu menyuburkan dialog FAKTA debat bahas serta hujjah

Hujjah yg melahirkan FAKTA terbaik terLURUS-telus pasti MUDAH utk selesaikan masaalah2

Hujjah dgn2 FAKTA2 LURUS-telus ibarat CAHAYA yg sgt2 terang utk menerangi kegelapan2..

..kegelapan2 MINDA akibat tipu-KELIRU dgn sgl belit-FITNAH utk menutupi salah laku dgn NIAT2 palsu yg bersarang bersembunyi krn bersubahat terjerat dek songlap mencuri.

Anonymous said...


ISLAM apakah ini??
Spesis begini pasti mngudang BALA'

1--Berhujah/bahas demi sbnr2 KBNARAN tak berani..

2--Analisa2 yg berfakta dgn TELUS-integrity jauh sekali..

3--LURUS-telus trhdp AUDIT-harta mnjd pantang & dianggap kapir harbi?

4--Saman MARUAH dimahkamah trsgt2TAKUT,menipu berpusing2 beralasan bertangguh2!

5--Dah terang2 uturn PONTENG fitnah menCURI ada hati lg nak tipu dgn hudud-RUU yg palsu?

Adakah ciri2 diatas ini LAYAK mengaku pewaris nabi2?

ATAU..

Mrk dah jd terang nyata tlh pun "mempersenda" serta mnjd MUSUH kpd nabi2!?



Biarkan BALA' dtg bertimpa2, biarkan..

Biar Allah ajar satu persatu dgn JAWAPAN total melalui makhluk2NYA yg bernama..
---Petir
---Banjir
---Angin RIBUT
---Angin Lintang dsb

Lobai olarmak maseh mampu menipu KELIRU walauns2 yg dibawah, ttp sesekali TIDAK akan dpt menipu makhluk2NYA yg LURUS-telus sprt yg diatas itu..

Adakah petir banjir & RIBUT itu tidak tahu bhw mrk tlh pun sdondon menCURI berjuta2 serta merembat BALAK beratus-ribu ekar??

Apb dah terang2 mnjd musuh2 Allah & musuh nabi2 BALA' pasti mnjelma bertimpa2!


mohd shahran said...

PENSYARAH YANG BUKANS SAHAJA BODOH MALAH DAH KE TAHAP BEBAL. tajuknyapun sendiri dah menunjukkan bibliografi. lantaklah nak tulis apa? yang kau sibuk kenapa bangang. Buatlah buku bibliografi sendiri beritahu dalam tu yang kau ni kuat berpegang pada islam, tak ada sapa nak marah dan pertikaikan buku kau. takkan hannah beragama kristian yang percaya kepada agamanya dalam bibliografi nak tulis saya percaya pada allah???

IrWrWs said...

Dia nak tulis apa pun selagi tidak bercanggah dgn undang2 negara ok je.. tapi kalau cuba menyebarkan agama kristian itu dah jadi satu kesalahan..

Anonymous said...


Bila ribut dtg menerajang
Itulah tanda bala murka-NYA
Segala auta tahajjud semayang
Niat yg bobrok dipamer yg-ESA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails