Saturday, May 20, 2017

Ditipu Jadi Ahli PAN, 79 Sertai Semula PAS.


"SAYA dijemput hadir pada program jamuan laksa di Kampung Kebakat II tahun lepas. Tengok-tengok pada program  itu ada Pengerusi PAN Kelantan.  
“Ada pula bendera warna oren yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Ada orang minta nombor kad pengenalan untuk  diberi bantuan. Beberapa bulan kemudian, nama saya keluar sebagai ahli PAN,” kata Mohd Radzi Awang Kechik, 45.


Katanya beliau tidak diberi tahu program jamuan laksa itu anjuran PAN kerana ada orang suruh datang.
“Sebagai bilal masjid saya pergi kalau ada orang jemput.  Orang Umno minta sembelih lembu pun saya pergi. Tapi di majlis anjuran PAN mereka minta IC pula,” ujarnya ketika ditemui selepas menyerah borang menyertai semula PAS di Kampung Kebakat, Tumpat malam tadi.

Beliau bersama  34 rakan-rakan kalangan penduduk Melayu di Kampung Kebakat menyertai semula PAS. Selain itu 45 penduduk Cina dari Taman Sri Kebakat juga kembali ke pangkuan PAS diketuai Loke Kuan Seong.
Mereka menyerah borang kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad pada program ceramah di kampung tersebut. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Ruslan Wan Hamat.
Biarpun hujan agak lebat sejak menjelang Maghrib sehingga program ceramah berakhir, namun orang ramai dalam kalangan penduduk tempatan ramai yang hadir.
Kenderaan diparkir di kiri kanan jalan dan kawasan lapang  tempat berlangsung ceramah.
Mohd Radzi mengakui pada awalnya terpengaruh dengan pujukan pemimpin PAN yang mendakwa mereka juga parti Islam.
Beliau juga diberi peranan mendapatkan kad pengenalan penduduk bagi  membolehkan mereka diagih bantuan.
“Ada orang PAN yang menyamar sebagai penyokong PAS mendapatkan kad pengenalan penduduk untuk membolehkan mereka menjadi peserta Ladang Rakyat.
“Orang PAN juga akan masuk kedai kopi tempat orang PAS berhimpun bagi menghasut mereka dengan pelbagai fitnah,” katanya.
Radzi berkata, beliau tidak tahan lagi untuk terus berpura-pura dengan masyarakat sehingga ramai yang memulaunya.
“Jadi malam ini saya terpaksa bercakap di hadapan orang ramai dan meminta maaf kepada mereka terhadap tindak tanduk saya sebelum ini,”  ujarnya.
Seong, 63 juga mengakui beliau terpengaruh dengan hasutan pemimpin PAN sehingga menyertai parti itu sebelum  ini.
Katanya selepas beberapa bulan bersama dengan parti itu, beliau melihat  perjuangan mereka tidak jelas dan tiada hala tuju.
Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai penghulu tanpa mukim Dun Wakaf Bharu, namun terpengaruh dengan ajakan pemimpin PAN sehingga menyertai mereka seketika.
“Selepas sedar terhadap tindak tanduk PAN, saya bersama keluarga dan rakan-rakan kembali semula ke pangkuan PAS bagi mempertahankan Dun Wakaf Bharu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/5/2017

2 comments:

Anonymous said...

Pengikut-pengikut tegar parti cap bulan, mana ada yang boleh berfikir cara kritis. Bila dipujuk sikit je, dah termakan. Ini semua kerana pencapaian pemikiran mereka dah tepu, dah tkleh pergi jauh

Bagi orang2 yg boleh berfikir, bila dengor atau baca kenyataan pemimpin parti cap bulan, mereka akan meluat kerana cakap mereka besar, kasar dan tak serupa bikin. Tapi bagi penyokong tegar, ie walaun, pemimpin mereka hebat.

Cth: mr presideng, cakap sehaprak mana pun, walaun akan sanjung!!
Foooh! Jenis otak kecik!!!

IrWrWs said...

Alhamdulillah.. mereka sempat tersedar dari permainan PAN yg memang bijak spt yg dimaksudkan 6:18.. tapi bijak bawak lari kerusi parti lain..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails