Thursday, May 01, 2014

Tian Chua: Saya Tak Pernah Kata DAP Setuju Hudud


Sehari selepas menjadi sasaran kritikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana didakwa "berbohong", Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini menafikan mendakwa bahawa DAP bersetuju dengan rancangan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

"Saya tidak pernah sekali pun menyebut bahawa Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan pelaksanaannya di mana-mana tempat di Malaysia," katanya sambil mendakwa beliau telah disalah petik.

Chua dikritik hebat oleh pemimpin DAP, termasuk Lim, berhubung
kenyataannya, yang dilaporkan dalam media Cina, bahawa Pakatan Rakyat telah mengambil pendirian bersatu dalam menyokong langkah PAS itu.

Bagaimanapun, Chua, dalam satu kenyataan, menasihatkan rakan-rakannya dalam DAP supaya lebih "berhati-hati" dalam membahaskan "isu-isu agama yang kompleks".

"Kadang-kadang isu-isu boleh diselesaikan dengan mudah melalui komunikasi dalaman.

"Perbahasan mengenai hudud dalam konteks semasa politik kita, boleh menjadi terlebih emosi dan, ada pada masa-masanya, mengelirukan.

"Saya percaya bahawa laporan berita sering mempunyai kecenderungan untuk menyalahtafsir atau salah memetik kenyataan dari pelbagai pemimpin. Saya berharap debat antara (parti komponen) Pakatan perlu dilakukan dengan semangat setiakawan dan saling menghormati," katanya.

Chua berkata beliau hanya menyatakan bahawa Pakatan telah bersetuju bahawa langkah PAS untuk melulus rang undang-undang berkaitan hudud di Kelantan dan Terengganu telah dibuat sebelum Pakatan ditubuhkan.

"Bagaimanapun, kita tidak akan menyokong sebarang langkah untuk meluluskan undang-undang itu di negeri-negeri lain," katanya.

"Semasa pembentukan Pakatan, manifesto bersama kita dengan jelas menunjukkan bahawa hudud bukanlah sebahagian daripada agenda bersama kita," tegasnya. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Weblog ini lebuh bersetuju dengan pendekatan Naib Presiden PKR, Tian Chua. Lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails