Monday, April 28, 2014

Bantah TPPA & Penggulingan Di Mesir Depan Obama. Syabas Siswa!

 
Sekumpulan siswa mengambil peluang untuk menyuarakan bantahan ke atas Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) semasa acara presiden AS Barack Obama di Universiti Malaya hari ini. Kumpulan 10 orang siswa tersebut mempamerkan poster membantah TPPA dan juga poster membantah penggulingan kerajaan Mesir ketika Obama sedang menyampaikan ucapannya.

Obama bagaimanapun tidak terancam dengan bantahan tersebut, malah merujuk kepada tindakan siswa berkenaan dalam ucapannya sebagai contoh untuk menjelaskan mengenai tindakan yang perlu ditolak ansur.

"Sebagai contoh ada orang berkata 'tidak' di sebelah sana. Saya tidak tahu apa yang mereka bantah.
“Tetapi saya rasa idea asas bahawa sesorang itu tidak sama seperti anda – jika mereka nampak berbeza dengan anda, jika mereka ada kepercayaan berbeza dari anda – bahawa anda melayan mereka sama seperti bagaimana anda mahu mereka melayan anda,” katanya.

Jurucakap kumpulan berkenaan ketika ditemui selepas program tersebut, Adam Fistival Wilfrid berkata beliau berharap dapat menggunakan sesi soal jawab itu untuk meminta Obama menyatakan pendirian berhubung hukuman matik ke atas 529 anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Kumpulan berkenaan dihukum mati kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi ganas. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails