Tuesday, April 29, 2014

Lagi, Dolak Dalih Anwar Tentang Hudud?

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ucapannya di sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Beliau mencadangkan PAS membincangkan keputusannya untuk melaksanakan hukum hudud di Majlis Pimpinan PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 April, 2014.  
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ucapannya di sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Beliau mencadangkan PAS membincangkan keputusannya untuk melaksanakan hukum hudud di Majlis Pimpinan PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 April, 2014. 
Malaysia tiada institusi sesuai laksana hudud, bincang dengan Pakatan dahulu, kata Anwar

Malaysia masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu berkata, ekoran perkara itu, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.

"Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekaligus menyukarkan ‎implementasi hudud di mahkamah.

"Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak‎ contoh, termasuk Mahkamah Syariah.

"Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?" katanya kepada pemberita apabila disoal tentang persediaan Malaysia untuk melaksanakan hudud.

Pemimpin pembangkang itu juga berkata, PAS perlu membawa isu hudud kepada perbincangan Majlis Pimpinan PR bagi menjelaskan semua isu tersebut.

"Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.
"Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR," kata Anwar kepada pemberita.

Anwar turut berkata agenda hudud kerajaan PAS Kelantan itu juga tidak seharusnya mengalihkan perhatian isu pokok yang menjadi asas pembentukan Pakatan.

"Sebagai orang Islam, kita tidak boleh pertikaikan hudud, walaupun kita tahu persamaan dan kaedahnya sebelum diutarakan isu hudud itu," katanya.

Isu hudud menjadi perhatian apabila rancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membawa pembentangan hudud ke Parlimen ditentang keras sekutu mereka. Beberapa pemimpin daripada DAP seperti Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menggesa PAS meninggalkan Pakatan jika mahu meneruskan hasrat membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud.

Kenyataan keras daripada DAP berkenaan hudud sudah diketahui umum sejak sekian lama.
Mendiang Karpal Singh dan Lim Guan Eng juga adalah antara individu yang menentang pelaksanaan hukum itu.

MCA dan Gerakan daripada Barisan Nasional (BN) juga dilihat tidak menerima cadangan kerajaan PAS Kelantan. – 29 April, 2014. (TMI)

Lihat..

4 comments:

Anonymous said...

Kalau penulis nk bagi cerah sikit, kekadang orang kerja mengetin udang pun terlupa berapa kaki udang tu, absikan peker js dan udangnya.ygpenulis nak cerahkan yg dah terlalu cerah kepada orang beriman bukankah Al Quran dan Hadith lebihhebat institutnya untuk kita rujuk,laksanakan hudud tu dulu, bukankah negara kita ni kononnya negara Islam (dalsm perlembagaan tak tercatat pun rasmi hnya ditulis agama rasmi je, tak taulah pulak rasmi dan utama tu sama dalam kamus dbp) yg dah sewajibnya hukum hudud tu (Al Quran) terus menjsdi rujukansebuah negara Islam

Anonymous said...

what to expect....dia pun proksi US

powertrain1648 said...

lepas ni siap la...semua blogger2 BOT pkr akan mengamuk sakan bahwa PAS bakal membuat kesilapan, percaturan...and to add more power...even balaci2 PKR dalam PAS akan berkokok juga

Anonymous said...

apa yg pkr x tau bahwa ini strategi pas menyelam sambil minum air:
1) apa pendirian pkr sebenarnya
2) siapa duri dalam daging PAS

good move by TGNA and TGHH. bravo...true colors

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails