Friday, May 02, 2014

Putrajaya Keluarkan Laporan Awal MH370

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan awal MH370 dikeluarkan untuk memaklumkan orang ramai penyiasatan pesawat yang hilang itu. – Gambar fail. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata laporan awal MH370 dikeluarkan untuk memaklumkan orang ramai penyiasatan pesawat yang hilang itu. – Gambar fail.

















Kementerian Pengangkutan hari ini mengeluarkan laporan awal pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 termasuk rakaman perbualan di antara kokpit dan menara kawalan serta kargo yang dibawa.
Turut dibekalkan kepada media petang ini adalah peta menunjukkan laluan MH370 dan tindakan yang diambil pihak berkuasa Malaysia di antara 1.38 pagi hingga 6.14 pagi pada hari pesawat dilaporkan hilang.

"Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantik pasukan pakar dalaman bagi melihat semula semua maklumat yang dimiliki Putrajaya berhubung MH370.
"Kajian dijalankan bertujuan mengeluarkan sebanyak mungkin maklumat kepada orang ramai," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan itu mendedahkan Pusat Koordinasi Penyelamat Kuala Lumpur diaktifkan pada 5.30 pagi selepas semua usaha menghubungi dan mengesan MH370 gagal.
Operasi dan menyelamat kemudiannya tertumpu di Lautan China Selatan di mana lokasi terakhir pesawat itu dikesan.
Semakan data radar tentera mendapati kemungkinan pesawat itu berpatah balik menyusur Semenanjung Malaysia.

"Pesawat dikategorikan tidak merbahaya oleh operator radar maka tiada tindakan lanjut diambil.
"Pada 8 Mac, 8.30 pagi, data radar dikaji dan maklumat dihantar ke bilik operasi Tentera Udara Diraja Malaysia pada 9 pagi.
"Selepas perbincangan lanjut, pihak tentera memaklumkan kepada saya kemungkinan MH370 berpatah balik.
"Saya kemudian memberitahu Najib yang segera mengarahkan kerja mencari dan menyelamat dijalankan di Selat Melaka dan Laut China Selatan," kata Hishammuddin.
Dua kapal Malaysia, KD Mahamiru dan KD Laksamana Muhamad Amin berada di Selat Melaka bagi mengendalikan operasi mencari dan menyelamat.

Mesej terakhir yang diterima satelit oleh sistem Acars pada 8.19 pagi.
Dengan analisis data radar awal, penyiasat menyatakan MH370 terbang sama ada ke koridor utara atau selatan.
Laporan awal mendapati MH370 terbang ke koridor selatan dan mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi berdasarkan data satelit Inmarsat.
Hishammuddin berkata laporan awal dirangka dengan kerjasama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom bersama agensi penerbangan antarabangsa lain.
Katanya, Putrajaya mahu dilihat sebagai terbuka dan setelus mungkin maka ia dikeluarkan sebaik sahaja pasukan dalaman membuat kesimpulan. – 1 Mei, 2014. (TMI)

Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-84: Apa Di Balik Misteri MH370 Yang Hilang?
E-Buku IH-84: Apa Di Balik Misteri MH370 Yang Hilang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails