Monday, April 28, 2014

Selamat Datang Obama Menjajah Bumi M'sia Melalui TPPA -IH

 Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah (depan, kiri) di Parlimen, Kuala Lumpur selepas Obama sampai di Malaysia petang tadi. – Gambar Reuters, 26 April, 2014

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SAMPAI sudah penjajah bentuk baru Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke negara ini dalam urusan penjajahan melalui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPPA.

Maaf, saya pinjam kata-kata Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Syed Ali Alattas yang berkata berkata, 'perjanjian tersebut dilihat sebagai satu bentuk penjajahan baru ekonomi Barat terhadap negara membangun termasuk Malaysia. '

PM Najib telah bersetuju untuk menandatangani TPPA, esok. Difahamkan, beberapa negara termasuk Iran, Iraq dan Afghanistan telah menandatangani TPPA. TPPA dikatakan berupa perjanjian perdagangan bebas yang sedang dirundingkan oleh sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand , Peru, Singapura dan Vietnam.


Pakatan Rakyat difahamkan menyokong perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara Malaysia dan AS, tetapi...

"..Kami tidak bersetuju dan tidak menyokong TPPA." kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar. (Lihat Obama-Najib Tandatangani TPPA. Anwar?? )
"Walaupun perjanjian perdagangan bebas adalah penting kerana ia menghapuskan tarif , kuota import dan keutamaan, tetapi terdapat peruntukan tertentu yang bercanggah dengan keperluan dan kepentingan industri tempatan dan masyarakat perniagaan kita .
"Kita mesti melindungi kepentingan ahli-ahli perniagaan tempatan," kata Anwar, sambil mendakwa bahawa Najib telah bersetuju dengan semua peruntukan di bawah TPPA.
 

Menurut Datuk Syed Ali Alattas (gambar bawah) pula,
“TPPA akan menjejaskan bisnes tempatan, malah industri perbankan juga akan bermasalah.
“Mereka (pelabur asing) sesuka hati boleh bina kampung, jadi kontraktor di sini malah undang-undang dan perlembagaan kita juga boleh berubah.
“Ini satu bentuk penjajahan baru dan kita menolak TPPA,” katanya katanya dalam sidang media di ibu pejabatnya, DPMM.

Syed Ali berkata, perjanjian itu tidak sesuai kerana Malaysia masih belum layak menjadi rakan kongsi dan bersaing dengan ekonomi Barat termasuk negara Eropah dan AS.

“Pada jangka masa panjang kita akan hilang segalanya… ekonomi kita sekarang dah untung kenapa nak rugikannya?
“Masa depan ekonomi negara bukan lagi di tangan rakyat kerana ini satu perjanjian baru,” katanya yang menjangkakan industri perkhidmatan akan lebih terjejas dengan TPPA.
“Tunggu sehingga pendapat kelas pertengahan mencapai RM5,000 hingga RM15,000 sebulan baru kita boleh bincang pasal perjanjian ini." Katanya.

Sekian.
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com       
26 Apr 2014
KL


Lihat paparan pemikiran Ibnu Hasyim..

E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails