Wednesday, April 30, 2014

Mengapa KDN Haramkan Buku Dilancar Najib?


Buku karya Faisal Tehrani yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, baru-baru ini. Gambar fail.Buku karya Faisal Tehrani yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, baru-baru ini.























Sebuah buku yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012, karya penulis tempatan terkenal Faisal Tehrani (gambar) diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lalu yang kononnya mempromosikan ajaran Syiah.

Dalam warta bertarikh 22 April, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mengaitkan pengharaman buku bertajuk, "Perempuan Nan Bercinta" itu dengan kandungan unsur Syiah tetapi sebaliknya berkata ia dilarang di Malaysia kerana "mungkin menjejaskan ketenteraman awam".

Pada pelancaran buku setebal 410 halaman berbahasa Melayu bersama pelbagai buku lain pada 2012, Najib berkata penulis novel mempunyai kebebasan untuk menulis di negara ini. Buku itu diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad – kedua-duanya adalah syarikat berkaitan kerajaan.

Faisal memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pasti mengapa kementerian memutuskan untuk mengharamkan novelnya itu sekarang.

"Saya ada mendengar Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sedang menyiasat aduan berkenaan kandungannya yang berkaitan dengan Syiah," katanya.

Faisal yang tidak asing dengan kontroversi dengan dua novel terdahulunya juga disiasat oleh pihak berkuasa agama walaupun ia tidak diharamkan.

"Saya perlu mengatakan saya bangga dengan buku saya yang kini setaraf buku-buku oleh George Orwell, John Milton dan Voltaire," katanya yang merujuk kepada beberapa penulis kontroversi di mana buku mereka menjadi “bestsellers”.
"Orang ramai tidak ingat orang yang mengharamkan buku tetapi buku yang diharamkan. Jadi saya perlu berterima kasih kepada mereka,” katanya.

Faisal yang merupakan seorang Fellow di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, ia adalah "novel serius" pertama diharamkan di negara ini sejak British mengharamkan Putera Gunung Tahan oleh Pak Sako sebelum merdeka.

"Kini buku itu menjadi teks sastera di sekolah-sekolah di beberapa negeri," katanya.

Novel berkenaan, seperti kebanyakan hasil tulisan Faisal, memperjuangkan hak mereka yang tertindas. Ia mengisahkan seorang profesor yang bersahabat dengan seorang aktivis hak asasi manusia dan mereka berdua berdebat dan berbincang mengenai pelbagai isu.

"Dan pandangan profesor itu bukanlah pandangan Islam arus perdana, yang mungkin menjadi punca  siasatan oleh Jakim.
"Tetapi terdapat buku di luar sana dalam bahasa Inggeris berkenaan Syiah yang tidak diharamkan. Justeru, saya tidak memahaminya sama sekali," kata Faisal dan menganggapnya sebagai melanggar hak asasi manusia.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat daripada peguamnya mengenai larangan KDN tetapi enggan mengulas lanjut.

Putrajaya mensasarkan Syiah dalam kempen yang diterajui pegawai agama kerajaan dan para pemimpin Umno, dengan saluran televisyen negara dan khutbah masjid kepada umat Islam terutamanya Islam Sunni mengenai bahaya Syiah. – 30 April, 2014. (TMI)

1 comment:

Master Jaguh said...

This Is What U Really Want !! >>> CLICK HERE !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails