Wednesday, April 30, 2014

Brunei Umumkan Laksana Hudud, Besok!


SULTAN Hassanal Bolkiah (gambar) mengumumkan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Brunei Darussalam mulai Khamis  01 Mei esok.  

Dalam ucapan yang disampaikan Rabu ( 30 / 05 ) pagi , Hassanal Bolkiah menyatakan :  

" Seraya mengucapkan syukur kepada Allah yang Maha Kuasa , saya mengumumkan bahawa mulai esok , Khamis tarikh 1 Mei 2014 , kita akan menyaksikan penguatkuasaan undang-undang syariah peringkat satu yang akan diikuti tahap - tahap lain .
"Menurut rencana , penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Brunei dijadualkan bermula pada 23 April lalu . Namun , Penolong Pengarah Unit Undang-undang Islam Jauyah Zaini berkata penangguhan dilakukan kerana " situasi yang tidak dapat dielakkan " .  

Hukum jenayah syariah di Brunei akan dilakukan secara beransur-ansur yang berkesudahan pada hukuman rejam untuk pelaku kejahatan sodomi dan zinah , potong tangan bagi pelaku pencurian , dan sebatan bagi pelaku pengguguran dan penenggak minuman beralkohol . Pada awal tahun ini , rancangan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah menuai protes keras dari berbagai elemen masyarakat di Brunei .  

Beberapa pihak menganggap hukuman semacam itu " tidak bertamadun dan mundur . 

"Namun , Sultan Hassanal Bolkiah menepis anggapan itu .
 " Teori menyatakan hukum Allah keji dan tidak adil , tapi Allah sendiri mengatakan hukumnya jelas adil , " kata Sultan .

Sistem mahkamah sivil Brunei saat ini mempunyai dua jalur . Jalur pertama berdasarkan pada undang-undang Inggeris . Sedangkan jalur kedua ialah mahkamah syariah yang sebelumnya hanya mempunyai kuasa terhad , semisal mengurusi masalah perkahwinan dan warisan .

(IH/BBC Id.)

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum, tuan.
Saya sedang menunggu maklum balas daripada tuan berkenaan emel saya semalam. Saya memohon agar tuan dapat memberikan maklumat yang berkenaan dengan kadar segera kerana tempoh masa kajian saya akan tamat pada bulan hadapan. Terima kasih.
-ayi0928@yahoo.com-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails