Monday, April 28, 2014

Jangan Tuduh Orang (DAP) Sebagai Anti Islam -Dr Mujahid.

 
Mujahid: Jangan tuduh orang (DAP) sebagai anti Islam

“Karpal tidak sesekali anti Islam”, tegas Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parti Buntar.
Mujahid, ahli Majlis Perpaduan yang dilantik Perdana Menteri, telah berkata hari ini:
“To me, it is not easy for us to accuse another as anti Islam just on the basis of their rejection of the Islamic State and Hudud on legal basis. It is my view that to be anti-religion, one would need to be driven by hatred and hostility towards all meanings of the religion including the rejection of Islam as the Federation’s official religion”.

DAP mencintai dan membela Islam

Pada kacamata Mujahid, DAP bukan anti Islam kerana pemimpinnya tidak mempamerkan sikap benci terhadap agama tersebut.
Sebaliknya ia MCA yang sering dituduh DAP sebagai anti Islam.
Ikutilah pandangan para Yang Berhormat DAP terhadap Islam dan hudud.
Baris atas, kiri ke kanan: (1) – (4)
Baris bawah: (5) – (8)
DAPleadership

(1) Teo Kok Seong

Ketua Pemuda DAP, Ahli Parlimen Rasah
“Pendirian saya sama seperti kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang … agar semua rakan dalam Pakatan Rakyat bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk berbincang dan menyelesaikan isu dan kekeliruan yang timbul berhubung pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan.”(FMT, 28 Apr 2014)

(2) Ng Suee Lim

Penolong setiausaha DAP Selangor, Adun Sekinchan
Ng Suee Lim mahu memetik hadis di persidangan DUN kerana dia “meminati agama Islam” (Utusan, 12 Julai 2011)
“Islam merupakan agama yang bersifat global, iaitu untuk semua …”
“… bagi saya Islam adalah agama yang murni”
Sumber: ‘Umno halang penganut agama lain dekati Islam(Roketkini, 14 Julai 2011)

(3) Tan Kok Wai

Pemangku pengerusi DAP Selangor, Ahli Parlimen Cheras

“[Keberkesanan Pulau Pinang sebagai model pentadbiran PR terutama untuk orang Melayu] dapat dilihat apabila PAS sendiri menghargai segala usaha yang dilakukan DAP di Pulau Pinang terutamanya untuk orang Islam dari segi peruntukan kewangan dan pelbagai dasar agama yang jauh lebih baik daripada apa yang telah dilakukan BN sebelum 2008. … Ia juga membuktikan DAP bukannya parti anti Melayu atau anti Islam seperti yang didakwa media Umno.” (Roketkini, 5 Feb 2014)

(4) Thomas Su

Penolong setiausaha pengelola DAP, Ahli Parlimen Ipoh Timor

“Risiko hudud? Pendirian PR nyata sekali. Ia hanya MCA/BN yang tidak mampu menerimanya walhal orang Malaysia sudah bergerak ke depan.” (Sumber: Tweet, lihat bawah)
Twitter - thomas_su- @tilianker Risk of Hudud
Nota: Ti Lian Ker yang berbalas tweet dengan Thomas Su merupakan ahli exco MCA pusat.

(5) Hew Kuan Yau

Ketua publisiti DAP
“Mereka cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan berkata bila kita (DAP) mentadbir negara kita nak jadikan agama Kristian (sebagai agama rasmi).”
“(Bila BN) cakap kepada orang Cina, (mereka kata) kita (Pakatan) nak tubuhkan negara Islam apabila tadbir negara, ini semua bohong kerana mereka sebenarnya hanya nak takutkan rakyat.”
Sumber: ‘PRU-13: Kuan Yau anggap siapa sokong BN bodoh(Utusan, 24 Apr 2013)

(6) Lim Guan Eng

Setiausaha-agung DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang

“Amar makruf nahi mungkar”
Memakai gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz

(7) Anthony Loke

Setiausaha pengelola DAP, Ahli Parlimen Seremban
“Sesiapa sahaja yang menghina Islam, DAP akan membela agama Islam. Sesiapa sahaja yang cuba menghina Islam, DAP akan pertahankan Islam.” (Harakah, 3 Nov 2012)

(8) Lau Weng San

Setiausaha pengelola DAP Selangor, Adun Kampung Tunku

“Najib kata Malaysia sebuah Negara Islam. Apa kata MCA?” (Sumber: Tweet, lihat bawah)
Twitter - lauwengsan- Najib said Malaysia is Islamic
(512 patah perkataan)

[Diangkat dari Blog Helen Ang. T. Kasih tuan punya blog.]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails